Jambori Pengakap Malaysia ke-13 Kuala Lumpur - PENGAKAP JOHOR

BERITA SEMASA

Dec 2, 2016

Jambori Pengakap Malaysia ke-13 Kuala Lumpur


Jambori Pengakap Malaysia ke-13 dan Jambori Antarabangsa Kuala Lumpur yang berlangsung di di Taman Metropolitan Batu, Taman Batu Muda, Kuala Lumpur melabuhkan tirai dengan jayanya. Seramai 6,500 pengakap termasuk dari luar negara berkampung di sepanjang penganjuran Jambori Pengakap Malaysia ke-13 merangkap Jambori Antarabangsa Pengakap Kuala Lumpur. Jambori telah berlangsung dari 25 November sehingga 1 Disember 2016.


Kontinjen Negeri Johor berjaya membawa pulang hadiah Johan Pertandingan Pintu Gerbang Terbaik. Idea dan jawatankuasa pintu gerbang telah ditugaskan kepada Pengakap Daerah Batu Pahat yang diketuai oleh Tn Hj Azmi dan juga Tuan Mohd Asik bin Saim.



Ketua kontinjen, Encik Abdul Razak bin Haji Idris, Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor unit program berjaya melaksanakan tugasnya dengan cemerlang sekali.



Pengiktirafan Pengakap Johor diteruskan lagi dengan penyampaian Sayap Kehormat dan Pingat Jubli Emas Pengakap Udara semasa Jambori Malaysia ke-13 dan Jambori Antarabangsa Kuala Lumpur kepada Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor, Tn Hj Yaacob bin A. Karim. Anugerah tersebut disampaikan oleh YBhg Tan Sri Dato' Seri Paduka Dr Shafie bin Mohd Salleh, Ketua Pengakap Negara. Satu penghormatan untuk Pengakap Johor. #msjkl16



Tahniah buat semua peserta, pemimpin dan juga jawatankuasa tertinggi kontinjen Johor. Jumpa di jambori seterusnya!






.

No comments:

Ahli Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor 2022-2024