Mar 31, 2009

Kem Pengakap Jubli Intan

Tempat yang sesuai untuk menjalankan pelbagai aktiviti menarik.

Menguji kemahiran dan kreativiti


Bersantai dan rekreasi


Segalanya boleh didapati di sini


Kawasan yang luas untuk menjalankan sebarang program. Memiliki kemudahan asas seperti bilik air, tandas, bekalan elektrik serta air yang mencukupi. Bilik penginapan, dewan makan, tapak perkhemahan serta kemudahan lain yang selesa.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi talian
07-4289254.

Mar 29, 2009

Kursus Ketua Patrol Untuk Pemimpin Kumpulan

Tarikh : 26 - 28 Mac 2009
Tempat : Kem Muar, Pagoh
Anjuran : PPM Daerah Muar

Seramai 64 orang peserta dari kalangan guru (pemimpin Pengakap) dari daerah Muar telah menyertai program tersebut. Pesuruhjaya Negeri turut meluangkan masa melawat dan meninjau pembangunan kem yang unik serta masih mengekalkan keindahan persekitaran semulajadi.

Syabas daerah Muar.

CARA BAYARAN PENDAFTARAN PENGAKAP

Kreteria Bayaran Pendaftaran

1) Pendaftaran kumpulan (tahunan) - RM10.00

2) Yuran keahlian bagi P.Kanak-Kanak/P.Muda/P.Remaja/P. Istimewa - RM3.00 seorang

3) Yuran keahlian bagi P. Kelana/Pemimpin/Pen. Pemimpin/Pesuruhjaya/
Pen. Pesuruhjaya/Kuasa Penganjur/ahli Persaudaraan BP/ahli biasa
- RM5.00 seorang

Cara Bayaran

1) Kumpulan

Semua kumpulan hendaklah menyerahkan bayaran (bayaran pendaftaran/yuran keahlian) atas nama PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA,
melalui akaun bank MAYBANK. Bank slip hendaklah dimajukan kepada Ibu Pejabat PPM;

Ibu Pejabat,
Persekutuan Pengakap Malaysia,
Rumah B-P, Jalan Hang Jebat,
50150 Kuala Lumpur, Malaysia.

2) Akaun Bank

MAYBANK
Cawangan Wisma Hansam,
Kuala Lumpur.
No. Akaun : 514039014506

3) Ibu Pejabat

PPM akan mengeluarkan 'Resit Penerimaan Bayaran" yang diterima dari tiap-tiap kumpulan, daerah & negeri. Slip bayaran hendaklah dimajukan terus ke Ibu Pejabat PPM bersama-sama borang-borang pendaftaran.

4) Cara Pendaftaran

Pendaftaran hendaklah dibuat secara online ke laman web www.myscout.com.my/daftar & borang-borang pendaftaran yang telah diisi lengkap hendaklah dihantar ke alamat email daftar@scouts.my.

Mar 28, 2009

KAEDAH PEMBAHARUAN PENDAFTARAN AHLI/KUMPULAN 2009

CARA PENDAFTARAN

Pendaftaran hendaklah dibuat secara online ke laman web www.myscout.com.my/daftar & borang-borang pendaftaran yang telah diisi hendaklah di hantar ke alamat email daftar@scouts.my.

BORANG

Terdapat 2 jenis borang perlu digunakan;
1) borang maklumat ahli iaitu PPM-1(A) atau PPM-1(B).

2) fail Microsft Excel untuk pengisian & penghantaran maklumat ahli iaitu PPM-2(A), PPM-2(B) atau PPM-2(C).

PROSEDUR PENDAFTARAN
Prosedur pendaftaran Kumpulan Pengakap

1) muat turun borang PPM-1(A) dan PPM-1(B).

2) cetak & agihkan borang PPM-1(A) kepada ahli untuk diisi.

3) cetak & agihkan borang PPM-1(B) kepada pemimpin/Pen. Pemimpin/AJK Kump. untuk diisi.

4) kumpulkan borang PPM-1(A) & PPM-1(B) yang telah siap diisi.

5) muat turun fail Microsoft Excel PPM-2(A).

6) isikan fail Microsoft Excel PPM-2(A) dengan maklumat ahli yang telah dikumpul dari borang PPM-1(A) & PPM-1(B).

7) cetak borang PPM-2(A) - penyata lengkap yuran & perangkaan ahli dari helaian terakhir dalam fail Microsoft Excl PPM-2(A).

8) tanda tangan borang tersebut & hantarkan ssalinan kepada PPM Daerah & PPM Negeri.

9) buat bayaran yuran (jumlahnya seperti yang dinyatakan dalam PPM-2(A) terus ke akaun : "PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA" di MAYBANK (no. akaun : 514039014506)

10) hantarkan fail Microsoft Excel PPM-2(A) melalui email kepada daftar@scouts.my

11) dalam email tersebut sila sertakan maklumat berikut:

- Nama Sekolah/Institut Perguruan/Universiti/Kumpulan :
- Nombor Kumpulan :
- PPM Daerah :
- PPM Negeri :
- Jumlah Yuran :

Bagi tujuan muat turun,"right-click" pada pautan yang berkenaan & pilih "save target as ...." untuk simpan fail dalam komputer anda.


Selamat mendaftar.

Mar 25, 2009

Mungkinkah Berlaku Pelantikan Muka-muka Baharu Dalam Barisan Pentadbiran PPMJ 2009?

Masih menjadi satu lagi teka-teki....!!!?

Siapakah nama-nama pemimpin Pengakap, yang mungkin dicalonkan untuk menerajui pentadbiran Persekutuan Pengakap Negeri Johor bagi tahun 2009?

Atau berlaku sebarang pertukaran jawatan PPNJ yang menjadi suatu kejutan.......????

Mar 21, 2009

Majlis Istiadat Penganugerahan Bintang dan Pingat PPM Peringkat Kebangsaan 2008

Tarikh : 28 Februari 2009
Hari : Sabtu
Tempat : Dewan Ballroom Istana Negeri, Kubang Kerian Kelantan
Disempurnakan oleh : Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan


Penerima Pingat Perkhidmatan Cemerlang (dari Negeri Johor)

1. Hj. Md Noh bin Hj. Hamim - PPNJ Pusat Sumber
2. Hj. Mohd Ali bin Mohd Noh - PPNJ Pentadbiran
3. Hj. Shapie bin Md Shariff - Pegawai Pelajaran Daerah Batu Pahat

Syabas dan tahniah.

5,446 orang ke Kem Jubli Intan sepanjang 2008

Menurut laporan rasmi yang dibentang oleh pihak pentadbiran Kem Jubli Intan, didapati peningkatan mendadak kunjungan orang ramai berbanding tahun 2007. Lokasi kem dipilih untuk menjalankan perkhemahan, kursus, kem motivasi, majlis perjumpaan dan sebagainya. Ini adalah satu kejayaan bagi pihak pengurusan kem.

Syabas dan tahniah diucapkan.

Senarai Tugas Pesuruhjaya Daerah

Tugas Am

Bertanggungjawab kepada Pesuruhjaya Negeri dan Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia, dengan kerjasama Majlis Pengakap Daerah di mana perlu untuk perkembangan, kemajuan, kebajikan, dan latihan ahli dan pemimpin daerah selaras dengan "prinsip, Organisasi dan Peraturan Persekutuan Pengakap Malaysia.

Tugas Khas

1. Untuk memberi sokongan, bimbingan dan nasihat kepada kumpulan-kumpulan Pengakap di daerahnya dalam bidang-bidang kuasa berikut;

a. penyediaan rancangan-rancangan untuk memenuhi objektif, tujuan, matlamat, visi, dan misi Persekutuan Pengakap Malaysia.
b. perkembangan pergerakan Pengakap
c. program muda-remaja dan aktiviti latihan
d. harta dan pentadbiran
e. latihan pemimpin
f. pentadbiran kakitangan
g. pemasaran dan promosi pergerakan Pengakap

2. Menggalakan kemajuan kumpulan-kumpulan Pengakap dalam daerah supaya setiap muda-remaja berpeluang mengambil bahagian.
3. Menyelia secara am aktiviti kumpulan-kumpulan Pengakap dalam daerah Pengakap dan memastikan jawatankuasa kumpulan menyokong cadangan dan menerima laporan pencapaian mereka.
4. Bersama-sama dengan pemimpin kumpulan menilai pencapaian kumpulan.
5. Menyiasat dan menyelesaikan perselisihan di antara ahli-ahli pergerakan .
6. Memastikan jawatankuasa pengurusan ditubuhkan bagi setiap kem atau kawasan aktiviti di dalam daerah dan bertindak sebagai penasihat bagi jawatankuasa pengusrusan.
7. Bekerjasama dan menjaga hubungan baik dengan lain-lain pertubuhan belia, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Persatuan Pandu Puteri, Persaudaraan BP, dan pemimpin masyarakat amnya.
8. Memastikan semua jawatankuasa kumpulan hadir semasa perlantikan Pemimpin Kumpulan sebagai suatu yang diutamakan.
9. Melawat kumpulan-kumpulan dan memberi nasihat tentang cara menjalankan aktiviti sebagaimana yang tercatat di dalam "Scouting for Boys", P.O.R. dan buku panduan Pengakap yang lainnya.
10. Menilai pengujian sebarang lencana dan berkuasa menarik balik lencana atas sebab-sebab yang munasabah.
11. Menjalankan perkara-perkara yang tercatat seperti perkara 124 Dasar, Organisasi dan Peraturan. Persekutuan Pengakap Malaysia.
12. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pesuruhjaya Negeri.

Empat Zon Dalam PPMNJ

Daerah-daerah pentadbiran Persekutuan Pengakap Negeri Johor telah dibahagi kepada empat zon utama. Setiap zon ditadbir oleh empat orang Penolong Pesuruhjaya Negeri atau Penyelia Kawasan iaitu;

Zon Utara - en. Bardin b. Uteh
Zon Barat - en. Abu Soud b. Dardak
Zon Timur - Hj. A. Rahman b. Mokhtar
Zon Selatan - Hj. A. Rahman b. Johan

Zon Utara terdiri daripada 3 daerah (Muar, Ledang, Segamat)
Zon Barat terdiri daripada 2 daerah (Batu Pahat, Kluang)
Zon Timur terdiri daripada 2 daerah (Kota Tinggi, Mersing)
Zon Selatan terdiri daripada 3 daerah (Kulai, Pontian, Johor Bahru)

Mar 18, 2009

Pentarafan Pengakap Raja Negeri Johor 2009

Tarikh : 15 hingga 18 Mac 2009
Tempat : Kem Jubli Intan, Tanjung Laboh Batu Pahat

Seramai 110 orang calon Pengakap Raja telah berjaya melalui ujian pentarafan. Seramai 93 calon lelaki dan 17 calon wanita. Antara daerah yang menghantar pesertanya ialah Batu Pahat (53 org.), Johor Bahru (25 org.), Muar (10 org.), Kluang (13 org), dan Pontian (1 org.).

Syabas dan tahniah kepada semua pentaraf, urusetia dan calon Pengakap Raja.

Daerah Ke-10 PPMNJ

Setelah diisytiharkan oleh Kerajaan Negeri Johor dengan rasminya pada tahun 2008, Ledang menjadi sebuah daerah baharu. PPMNJ turut mengikuti jejak langkah yang sama.

Dalam pentadbiran PPMNJ daerah Ledang dimasukan ke dalam Zon Utara bersama dengan daerah Muar dan Segamat yang diselia oleh seorang PPNJ Kawasan iaitu en. Bardin b. Uteh.

Perubahan Jawatan Dalam Pentadbiran PPMNJ

Siapakah barisan muka-muka baru yang akan menjadi pelengkap menerajui jentera pentadbir Persekutuan Pengakap Negeri Johor pada 2009 belum diumumkan sepenuhnya.

Antara calon yang telah diumumkan oleh Pesuruhjaya Negeri pada Mesyuarat Majlis Pesuruhjaya pada 15 Mac 2009 ialah;

Tn. Hj. Ibrahim b. Abdullah - PPNJ Bahagian Latihan
En. Bardin b. Uteh - PPNJ Zon Utara (Muar, Ledang, Segamat)
En. Ramli b. Hj. Ibrahim - PPNJ Bahagian Pentadbiran

Syabas dan tahniah diucapkan kepada mereka yang telah dilantik.

Siapakah calon bagi Pesuruhjaya Daerah Ledang

Masih menjadi teka-teki.........
Siapa yang bakal memangku sebagai peneraju daerah baharu ini.

Sudi-sudikanlah, berkongsi komen atau pandangan anda ke dalam blog ini.

Persempadanan Daerah Baharu PPM Negeri Johor

Daerah pentadbiran Pengakap Negeri Johor telah bertambah satu lagi menjadi kesemuanya berjumlah 10 buah.

Johor Bahru
Kota Tinggi
Batu Pahat
Kulaijaya
Segamat
Mersing
Pontian
Kluang
Muar
Ledang

Pada mesyuarat Majlis Pesuruhjaya Negeri pada 15 Mac 2009, Pesuruhjaya Negeri Johor telah mengumumkan Ledang sebagai daerah pentadbiran baharu dalam PPMNJ.

Tahniah kepada semua ahli Pengakap daerah Ledang.

Info Pentadbiran.

Mesyuarat Majlis Pesuruhjaya Negeri 1/2009

Tarikh : 15 Mac 2009
Hari : Ahad
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Kem Jubli Intan, Tanjung Laboh

Semua ahli Majlis Pesuruhjaya Negeri dijemput hadir.
Memo Pentadbiran.

Mar 16, 2009

Selamat Datang ke Blog Unit Pentadbiran PPMNJ

Selamat Datang Ke Blog PPM Negeri Johor Bahagian Pentadbiran.
Semoga media elektronik ini menjadi perkongsian ilmu dalam berpengakap.

Hubungi :

Tuan Haji Yaacob bin A. Karim,
Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor 
Kem Jubli Intan Tg. Labuh,
Km 9, Jalan Tanjung Labuh,
83200 Senggarang,
Batu Pahat, Johor Darul Takzim.
Telefon : 07-4289254.
E-mail Pesuruhjaya : scjohor@gmail.com


PEJABAT

Tuan Haji Yaacob bin Abdul Karim
No. 14, Jalan Mustapha
83000 Batu Pahat
Johor Darul Takzim

atau

Ramli bin Hj Ibrahim
Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor
(Unit Pentadbiran),
No. 53, Jalan S/J 20,
Taman Setia Jaya,
83000 Batu Pahat, Johor
Telefon : 012-7551300 / 07-4336604
E-mail Pentadbiran : ppmnjohor@yahoo.com.



====== Salam Pengakap ========