Apr 26, 2009

Tahniah Pengakap Malaysia !!

Kata Tun Abdullah ...
" ... Pengakap banyak membentuk jati diri dan memberikan nilai tambah kepadanya sehingga beliau terpilih menjadi Perdana Menteri...." http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Nasional/20090425223030/Article/index_html


Kata Tan Sri Muhyiddin Yassin...

''...Sedar atau tidak dalam usianya 100 tahun, pengakap adalah pendukung dasar kerajaan dalam membina generasi dan insan madani yang kaya semangat patriotisme."....http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0426&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm


Tahniah kepada Persekutuan Pengakap Malaysia yang telah 101 tahun bertapak di bumi Malaysia.


Tahniah juga kepada semua warga Pengakap yang meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Sambutan 100 Tahun Kepengakapan Malaysia di Stadium Negara semalam (25 April 2009). Dianggarkan 5,000 pemimpin dan ahli pengakap dari seluruh negara serta wakil-wakil pengakap antarabangsa dari 15 negara hadir pada sambutan bersejarah itu.


Tahniah juga diucapkan kepada menteri-menteri yang sudi meluangkan masa memenuhi jemputan pengakap. Turut menyertai sambutan ialah Presiden Agung Kehormat Persekutuan Pengakap Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi; Timbalan Perdana Menteri , Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Ketua Pengakap Negara, Datuk Seri Dr. Shafie Salleh.



Tahniah juga kepada Tun Abdullah menerima Pingat Pengakap Rantau Asia Pasifik yang disampaikan Pengerusi Rantau Pengakap Asia Pasifik, Jejomar C Binay.
Tahniah juga kepada 100 ahli Pengakap yang turut menerima Pingat Peringatan 100 Tahun.


Tahniah juga diucapkan kepada Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor Tn Hj Yaacob b. A Karim kerana menjadi salah seorang penerima pingat peringatan 100 Tahun.




Tahniah juga diucapkan kepada Kumpulan Pengakap Udara Sekolah Tinggi Kluang, Johor di atas persembahan kawad tongkat dengan jayanya.


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0426&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm

Tahniah juga kepada Pasukan Pengakap Kanak-kanak Daerah Kulai Jaya, Johor di atas persembahan zapin yang menarik dan mencuit hati.

Tahniah juga kepada Kontinjen negeri Johor di atas penyertaan ke-2 teramai (540 orang) selepas kontinjen Selangor.


Tahniah kepada semua ahli pengakap!
PENGAKAP MALAYSIA GEMILANG


Apr 24, 2009

Kedudukan Peserta Sambutan 100 Tahun Kepengakapan Di Malaysia di Stadium Negara

Semoga pelan ini memudahkan pergerakan anda semua.
Selamat meraikan 100 Tahun Kepengakapan di Malaysia !!


Apr 21, 2009

AKTIVITI : PERTANDINGAN KAWAT KAKI DAERAH BATU PAHAT

Tarikh : 16 April 2009
Tempat : Kem Pengakap Jubli Intan, Tanjung Laboh
Keputusan : Pasukan Pengakap Kumpulan 15BP
(SMK Dato' Syed Esa, Batu Pahat)
Menyandang tempat pertama kawat kaki (perempuan) sekaligus merangkul
Piala Johan Keseluruhan Kategori NGO Peringkat Daerah (Sekolah Menengah)

Syabas dan tahniah kepada semua peserta yang telah berjaya.

Apr 20, 2009

KUSUS MANIKAYU

Aktiviti : Kursus Manikayu Peringkat III
Unit : Pengakap Kanak-Kanak/Pengakap Muda/Pengakap Remaja
Tarikh : 12 hingga 14 Jun 2009
Tempat : Kem Pengakap Jubli Intan, Tanjung Laboh
Sesiapa yang berminat sila hubungi PPNJ Latihan (013-7014105).
daftarlah SEGERA, jangan ketinggalan.....
Info PPNJ Latihan

Apr 17, 2009

SERAHAN DOKUMEN

Tindakan : Pesuruhjaya Daerah
Butiran : Senarai nama lengkap ahli Majlis Pesuruhjaya Daerah Tahun 2009
Hantar : melalui email rammlie@tm.net.my
Atau d/a : No. 53, Jln. S/J 20 Tmn. Setia Jaya, 83000 Batu Pahat, Johor
Serahan : sebelum 6 Mei 2009

Apr 16, 2009

Perhimpunan Raksaksa Pengakap Malaysia

Perhimpunan Raksaksa bersempena Sambutan 100 Tahun Kepengakapan di Malaysia

Adalah di maklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia akan menganjurkan Perhimpunan Raksaksa Sambutan 100 Tahun Kepengakapan di Malaysia pada tarikh dan tempat seperti berikut:

Tarikh : 25 April 2009 (Sabtu)
Masa : 7.30 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Stadium Negara, Jln Hang Jebat, Kuala Lumpur
Pembukaan oleh : Datuk Seri Najib Tun Razak
Pakaian : Uniform Pengakap lengkap

Semua ahli pengakap dijemput hadir.
Sila hubungi Pesuruhjaya-pesuruhjaya Daerah masing-masing untuk maklumat lanjut tentang Perhimpunan ini.

Penyertaan Daerah Batu Bahat Ke Jambori Melaka 2009

Keputusan mesyuarat PPM Daerah Batu Pahat pada 16 April 2009 telah melantik en. Hizam bin Selamat sebagai pengurus peserta daerah Batu Pahat yang akan bersama daerah Muar (ketua kontinjen negeri) ke Jambori Melaka. Sesiapa yang berminat atau memerlukan keterangan lanjut, sila berhubung terus menerusi talian 013-7239442.
Yuran rasmi penyertaan jambori sebanyak RM80.00 seorang.

Info DC BP

KURSUS MANIKAYU PENERANGAN & MODUL A

Kursus Manikayu Anjuran PPM Daerah Batu Pahat
Tarikh : 8 hingga 10 Mei 2009
Hari : Jumaat hingga Ahad
Tempat : Kem Pengakap Jubli Intan, Tanjung Laboh
Manikayu Unit : Pengakap Kanak-Kanak & Pengakap Muda
Sasaran : Pemimpin & Penolong Pemimpin Kumpulan Pengakap
Sesiapa yang berminat sila hubungi DC Batu Pahat (012-6522247)
Info DC BP

Apr 14, 2009

MESYUARAT : PPM DAERAH PONTIAN

Mesyuarat Majlis Pemimpin Pengakap Daerah
Tarikh : 22 April 2009
Hari : Rabu
Masa : 2.30 ptg.
Tempat : PPD Pontian (lama)
Semua pemimpin kumpulan dijemput hadir.
Info DC Pontian

MESYUARAT : PPM DAERAH BATU PAHAT

Mesyuarat Majlis Pesuruhjaya Daerah
Tarikh : 16 April 2009
Hari : Khamis
Masa : 3.00 ptg
Tempat : SMK (P) Temenggong Ibrahim, Batu Pahat
Semua Penolong Pesuruhjaya Daerah diwajibkan hadir.
Info DC BP.

Apr 13, 2009

Aktiviti : PPM Daerah Pontian

Kursus Pendedahan Pentarafan Pengakap Raja
Tarikh : 18 April 2009
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pg. - 5.00 ptg.
Tempat : HQ PPM Daerah Pontian
Kepada sesiapa yang berminat sila hubungi DC Pontian (012-7441552)
Info DC Pontian

Apr 12, 2009

Lagi Berita Pengakap Udara Johor di Akhbar


ARKIB : 10/04/2009
ST Kluang jadi kebanggaan
Oleh JAAFAR
AHMADutusanjohor@utusan.com.my
KLUANG 9 April - Pasukan Pengakap Malaysia bergerak selangkah lagi apabila berjaya menubuhkan Unit Pengakap Udara dengan Sekolah Menengah Tinggi Kluang (STK) Johor menjadi skuadron pertamanya (Skuadron 01 Kluang).
Ditubuhkan pada Februari 2008, STK kini menjadi pusat dalam melaksanakan pelbagai aktiviti dan kegiatan Pengakap Udara di negara ini.

Unit itu kini mempunyai 180 ahli setelah tiga lagi sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Mersing, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Mersing dan Sekolah Sains Sultan Iskandar, Mersing turut menubuhkannya. Penubuhannya selaras dengan langkah kerajaan untuk menggalakkan golongan remaja terutama pelajar agar meminati bidang aeroangkasa yang kini diperluaskan ke seluruh negara.

Idea menubuhkan Unit Pengakap Udara itu dicetuskan oleh seorang juruterbang anak tempatan yang juga seorang pengakap, Kapten Anand J. Samuel, 40, beberapa tahun lalu dan dipersetujui Pesuruhjaya Pengakap Malaysia.
Ekoran penubuhan unit itu, Anand yang kini berkhidmat sebagai pengurus operasi penerbangan dengan sebuah syarikat penerbangan di luar negara dilantik Pengakap Malaysia sebagai Pesuruhjaya Ibu Pejabat Kebangsaan (Udara).

Juruterbang berasal dari Kulim, Kedah itu berkata, sebagai pesuruhjaya udara beliau bertanggungjawab menggerak dan menyelaraskan segala aktiviti unit itu bagi memastikannya berfungsi dengan lebih tersusun. "Ketika ini kami mempunyai 18 pemimpin termasuk beberapa Kelana Udara yang membantu menggerakkan unit ini," katanya selepas majlis Penyampaian Sayap Kehormat kepada enam pemimpin Pengakap Udara, di STK baru-baru ini.
Penerima tersebut ialah Megat Mohd. Nizar Abdul Rahman (STK), Hasbullah Jelani, Mohd. Sahril Suid, Kamis Hasan (Pesuruhjaya Pengakap Mersing), Mohd. Haizal Faris Jaafar (Kelana Udara) dan Muhammad Akmal Ismail (Kelana Udara).

Menurut Anand, seperti pengakap darat dan laut, anggota Unit Pengakap Udara juga perlu mengikuti ujian berdasarkan sukatan pelajaran yang ditetapkan bagi melayakkan mereka mendapat Lencana Udara Kelas Kedua dan Lencana Udara Kelas Pertama. Beliau berkata, ujian kelas kedua membabitkan pelajaran undang-undang Udara, Asas Penerbangan dan Perhubungan Radio, manakala kelas pertama pula ialah Terminologi Pesawat, Meteorologi, Navigasi dan Had Prestasi Manusia. "Kesemua 180 anggota Unit Pengakap Udara termasuk 80 dari STK telah lulus kedua-dua ujian dan telah menerima lencana masing-masing," katanya.

Beliau berkata, pihaknya merancang untuk melaksanakan beberapa aktiviti dengan membabitkan Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) yang berpangkalan di Kem Mahkota, Kluang. Menurutnya, jika diluluskan aktiviti itu akan dilaksanakan tahun ini dan beberapa aktiviti lain pula akan menyusul. "Kami berharap menerusi aktiviti ini akan meningkatkan lagi semangat pelajar untuk mendalami bidang aeroangkasa dan seterusnya menjadi juruterbang atau angkasawan," katanya.

Selain itu, pembabitan golongan remaja dalam Unit Pengakap Udara juga boleh menghindarkan mereka daripada terjebak dalam kegiatan tidak berfaedah termasuk penyalahgunaan dadah, katanya. Anand melahirkan penghargaan kepada semua pemimpin dan sekolah menengah yang telah mengambil inisiatif menubuhkan unit tersebut di tempat masing-masing. "Saya berharap unit ini akan terus berkembang di seluruh negara tidak lama lagi sejajar dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan lebih ramai pakar dalam jurusan aeroangkasa," katanya.

Enam Pemimpin Pengakap Udara Terima Lencana

Tahniah untuk enam pemimpin yang berjaya mendapat lencana Pengakap Udara.

Berikut adalah petikan daripada akhbar Kosmo di atas penyiaran program tersebut yang telah pun dijalankan. Tahniah kepada penganjur dan peserta.



PENGIKTIRAFAN.
Kluang, 11 April 2009, Sabtu, Akhbar Kosmo
Seramai enam pemimpin Unit Pengakap Udara menerima lencana masing-masing pada majlis penyampaian Sayap Kehormat pada majlis yang diadakan di Sekolah Menengah Tinggi Kluang (STK), Johor baru-baru ini.

Unit Pengakap Udara ditubuhkan pada Februari tahun lalu oleh Pasukan Pengakap Malaysia dengan STK menjadi skuadron pertamanya (Skuadron 01 Kluang).

Idea penubuhan unit tersebut datang daripada seorang juruterbang tempatan yang juga merupakan seorang ahli pengakap, Kapten Anand J. Samuel. Menurut Anand, penglibatan remaja dalam Unit Pengakap Udara boleh menghindarkan mereka daripada terjebak dalam kegiatan tidak berfaedah.

Apr 5, 2009

JAMBORI PENGAKAP MELAKA BANDARAYA WARISAN DUNIA KE-7 TAHUN 2009

Tarikh : 30 Mei hingga 4 Jun 2009
Tempat : Kem Pengakap Melaka, Bukit Katil
PPMNJ akan menghantar satu kontinjen yang akan diketuai oleh
encik Shes Sueba bin Baba, Pesuruhjaya Daerah Muar.

Apr 3, 2009

UJIAN RADIO AMATUR

Adalah sukacitanya dimaklumkan bahawa Ujian Radio Amatur akan diadakan pada 24 Jun 2009 (Rabu).
Tarikh tutup pendaftaran adalah
pada 17 April 2009.
Sila dapatkan borang dengan segera sebelum terlambat.

Apr 1, 2009

MEMOHON SUMBANGAN BAHAN PENGAKAP UNTUK PUSAT SUMBER PENGAKAP NEGERI JOHOR

Sukacitanya dimaklumkan pihak Pusat Sumber Pengakap Negeri berharap terdapat individu atau sesiapa sahaja yang bermurah hati mendermakan bahan-bahan Pengakap untuk dipamerkan untuk tatapan serta rujukan orang ramai.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi talian 07-4289254.
(waktu pejabat)