Dec 21, 2009

Blog PPM Daerah Batu Pahat, Johor


Tahniah kepada PPM Daerah Batu Pahat di atas terbinanya laman blog daerah. semoga ianya menjadi pusat info kepada warga pengakap di daerah Batu Pahat. Tahniah!

http://bphtscout.blogspot.com/

Bengkel Pentarafan Pengakap Raja Johor



Sempena Ujian SIKAP Pengakap Raja N.Johor, Lembaga Pentaraf P.Raja akan menganjurkan

"Bengkel Pentarafan P.Raja"


Tarikh :22-24 Januari 2010
Tempat : Kem Jubli Intan,Tg Labuh BP



Diharap Tuan DC/PLD daerah,dapat menghantar peserta setiap daerah 10 orang pemimpin PM/PR yang mana ada menghantar P.Remaja yang menjalani ujian SIKAP.

Pemimpin PM/PR yang berminat tatacara Pentarafan P.Raja Johor, boleh dipertimbangkan .Surat kepada semua DC dalam proses, TK- Ketua Pentaraf.

Dipetik dari http://ibrahimjurulatih.blogspot.com/

Dec 17, 2009

Menggabungkan Maklumat bagi Aktiviti Daerah untuk dimuatkan dalam Portal Pengakap Negeri Johor

Adalah dimaklumkan bahawa Unit ICT Pengakap Johor akan melancarkan web portal rasmi Pengakap Johor.

Sehubungan itu, diminta Tuan Pesuruhjaya setiap daerah dalam negeri Johor menghantar nama dan maklumat pengurus web/blog milik setiap daerah kepada Pn Rosmah Abdullah ke e-mail rhah76@yahoo.com atau di alamat 53, Jln S/J 20, Taman Setia Jaya, 83000 Batu Pahat, Johor.

Ini adalah bertujuan untuk menjalinkan perkongsian berita dan maklumat yang terkini, menjadi pusat rujukan warga pegakap dan memantapkan perjalanan Pesekutuan Pengakap Negeri Johor.

Harap maklum.

Kursus Kepimpinan MK Bhg 1 P.Muda

Kursus kepimpinan Manikayu Bhg 1-P.Muda akan diadakan pada :

Tarikh : 19-20 December 2009
Tempat : Padang Sek Men Tinggi Kluang Johor

Untuk keterangan sila berhubung 0137014105 Pengerusi plnj

Dipetik dari http://ibrahimjurulatih.blogspot.com/

Sekolah Tinggi Kluang didokumentarikan dalam Majalah 3 TV3 2010

YBhg Dato Kaharuddin Momin Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara telah hadir untuk majlis penutupan majlis Airscout Kluang-Young Aviator yang bermula 14-16 Dec 2009, di Sekolah Tinggi Kluang dan Airfield Segamat.

Seramai 70 orang pengakap dari STK,MRSM Mersing dan Krew Majalah TV3 turut serta.
Kemungkinan Majlis ini dan sejarah Sekolah Tinggi Kluang akan ditayangkan di Majalah 3, TV3 pada April 2010.
Sebelum ini, krew Majalah 3 telah merakamkan aktiviti kepengakapan Sekolah Tinggi Kluang sepanjang tahun 2009. Tahniah untuk anda STK!

Aktiviti XPDC Kluang,Johor ke Sabah

PPM Kluang,Johor telah mengadakan aktiviti XPDC ke Sabah selama 7 hari bermula 16-23Dec 2009.Pemimpin pengakap yang turut menyertai xpdc adalah :

1. Tuan Hj Hamzah Taib - ASC - Ketua
2. En Isnin Abdullah - Persaudaraan BP
3. En Mohd Saril Suid - MRSM Mersing
4. En Md Falihin karman - Kelana BP
5. Cik Hasmiliya Hasim - Pemimpin PKK Kluang
6. Cik Mahaida Dahuri - Pemimpin PKK Kluang
7. Cik Nur Hasana Hamzah - Pemimpin Pengakap SMT

Tuan Hj Yaacob Karim telah melepaskan rombongan di STK jam 4 ptg,dijangka berlepas dilapangan K/terbang Senai jam 9.30 mlm ini.

Berita dipetik dari http://ibrahimjurulatih.blogspot.com/

Tutorial Pengakap Raja 1 2010/2011 Anjuran PPD Johor Bahru

Adalah dimaklumkan bahawa siri program Pengakap Raja bagi sessi 2010/2011 njuran Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Johor Bahru akan dijalankan mengikut ketetapan berikut :

Nama Program : King Scout Tutorial 1 2010/2011
Tarikh : 18 hingga 21 Disember 2009
Tempat : Pusat Pertanian Kong-Kong Laut, Pasir Gudang
Masa : 2.30 ptg – 6.30 ptg (Waktu Pendaftaran)
Bayaran : RM 25 (Kos Pengurusan, Modul Pembelajaran, Sijil)
Sasaran Penyertaan : Tingkatan 4 & 5 (Yang ingin mendapatkan Anugerah Pengakap Raja)


Adalah dimohon bagi segala urusan yang berkaitan dengan kebenaran ibu bapa dan pengangkutan adalah berada di bawah tanggungan pihak tuan dan pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang perkara buruk yang berlaku sewaktu tempoh program dilangsungkan.

Sehubungan dengan itu surat kebenaran daripada JPN, surat rasmi program serta borang penyertaan akan diletakkan di dalam web http://scoutsjb.net/ pada 24/11/2009.
Sebarang permasalahan atau pertanyaan sila hubungi En. Zahri bin Saleh di 013-799 1525 (Pengarah Siri Program Pengakap Raja 2010/2011)


Borang Penyertaan :
http://www.fileden.com/getfile.php?file_path=http://www.fileden.com/files/2007/12/19/1652403/Borang%20Penyertaan.zip

Surat JPN :
http://www.fileden.com/files/2007/12/19/1652403/Surat%20JPN%20KST%202010%20001.jpg

Berita dipetik dari portal http://scoutsjb.net/

Dec 15, 2009

PERANCANGAN AKTIVITI PPM JOHOR TAHUN 2010

Sila klik pada gambar untuk melihat dengan jelas.
* Tidak termasuk program anjuran Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia, jemputan dari negeri-negeri dan negara.

Dec 14, 2009

Senarai nama Pemimpin PPM Johor layak anugerah Manikayu.

Senarai nama-nama Pemimpin PPM Johor yang telah menghantar borang penilaian Manikayu:

Pengakap kanak-Kanak
1. Hasbullah bin Jelani

2. Mahadi Mazelan
3. Tan Siew Chee Jonathan
4. Yap Yee Ping
5. Md Amirnurrasyid bin Kusni
6. Syahidan bin Shuib
7. Hasmiliya binti Kasim
8. Rizadah bin Ibrahim
9. Nursudinata Sudiyono
10 Md Aimerul bin Abd Majid
11 Hizam bin Selamat
12 Hj Musa bin Tugio
13 Nor Azlina Ryno
14 Siti Haslina binti Rejab Ali
15 Ramli bin Sarip
16 Zahari bin Husin
17 Mazni bin Saadon
18 Mahaida Dahuri
19 M.Jamaluddin bin Md Dawi

Pengakap Muda
1. Zuhailah binti Yusof
2. Moo Yi Cheyn
3. Siti Fatimah binti Imran
4. Md Falihin bin Kamari
5. Siti Farha binti Jaes
6. Khoo Seng Kee
7. Mohd Zaki Azman
8. Thia Chen Hui
9. Lim Wee Kee
10. Lim Kong Yong
11. Md Fareez bin Mazlan
12. Nor Hidayah binti Ismail
13. Hizam bin Selamat
14. Kama Azhar bin Ab Karim
15. Ramli bin Ibrahim
16. Rosmah binti Abdullah
17. Mohd Sahril bin Suid
18. Zulkifli bin Ahmad

Pengakap Remaja
1. Zaki Hilwan Acok
2. Asrizal bin Abdullah
3. Law Puay Seng
4. Teyo Li Peng
5. Teng Guek Ching
6. Ibrahim bin Abdullah
7. Kwei Pei Cheng
8. Afzainizam bin Ahmad
9. Liang Kee Phang
10 Azhar bin Noor Rahman

Pengakap Kelana
1. Lim Yong Chee
2. Md Khairi bin Jelani
3. Lee Theng Yang
4. Kerk Ching Soon
5. Lim Juh Jou
6. Ng Shyne Min
7. Ng Chen Tong
8. Nursidah binti Ab Hamid
9. Tan Sim Kai
10.Mohd Hafiz bin Ariffin
11.Azlan Shah Ab Bakar
12. Mohd Shamsul Riza Bashir

Majlis Anugerah Manikayu dicadang pada Sabtu 16-1-2010 UTHM Parit Raja B.Pahat, Johor Info- Pengerusi plnj tk.


dipetik dari laman blog http://ibrahimjurulatih.blogspot.com/

Dec 10, 2009

PINGAT PPM BAGI TAHUN 2009

Bintang Semangat Rimba Kelas 1-Emas
Tn Hj Yaacob b. A. Karim
Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor

Pingat Pekhidmatan Cemerlang
1. Tn Hj Mazlan b. Zaini -PPNJ Program
2. En Samat b. Limat - PPNJ Arkib
3. Pn Habibah bt Ismail - PPNJ Tugas Khas
4. Hanim bt Jantan - PPD Batu Pahat
5. Dahlan bin A. Majid - PPD Segamat

Pingat Perkhidmatan Setia
1. Megad Mohd Nizar b. A.Rahman - DC KLuang
2. Mohd Affandi b. Abdul Hamid - PPNJ Kelana
3. Junaidah bt Tahir - PPNJ Wanita
4. See Kwan Lian - ADC Segamat

Pingat Perkhidmatan Baik
1. Mohd Zakiyamani b. Clivon - ADC Kulai
2. Cheman b. Yusoh - ADC Muar
3. Suhaimee Sulaiman -ADC Segamat
4. Mohd Radzi b. Mahbob - ADC Batu Pahat
5. Rosman b. Saat - ADC Muar
6. Ustz Hizam b. Selamat - ADC Batu Pahat

Pingat Perkhidmatan Lama
1. Ramli b. Sharip - ADC Kulai
2. Samat b. Limat - PPNJ Arkib
3. Megad Mohd Nizar b. A. Rahman - DC Kluang
4. Mohd Affandi b. Abdul Hamid - PPNJ Kelana
5. Ma Som b. Abdan - ADC
6. Cheman b. Yusoh -ADC Muar
7. Rosman Saat - ADC Muar
8. Ng Cheng Tong - ADC JB

Sijil Kepujian Ketua Pengakap Negara
1. Mohd Fizam b. Abu Bakar - ADC JB
2. Ng Cheng Tong - ADC JB
3. Siti Aisah bt. Sawin - ADC JB
4. Sharizuan b. Norizan - ADC JB
5. Norhayati bt. Ahmad - ADC Batu Pahat
6. Kwei Pei Cheng - ADC Batu Pahat
7. Liang Kee Phang - ADC Batu Pahat

Tahniah diucapkan kepada penerima.


Dec 7, 2009

PESURUHJAYA DAERAH DI NEGERI JOHOR 2010-2011

Batu Pahat : En Mohd Asik b. Saim
Muar : En Shes Sueba b. Baba
Kluang : En Megad Mohd Nizar b. A.Rahman
Pontian : En Azhar b. Noor Rahman
Mersing : En Kamis b. Hasan
Segamat : En Ismail b. Hj Buang
Kota Tinggi : Tn Hj Mohammed b. Redzuan
Johor Bahru : En Mohd Khairi b. Jailani (Memangku)
Kulai Jaya : En Ramli b. Sarip (Memangku)

Penyerahan Borang Tauliah PPNJ 2010-2011

Pada mesyuarat Majlis Pesuruhjaya Pengakap Ngeri Johor bertarikh 5 Disember 2009 bertempat di Tropical Inn, Johor Bahru - telah diedarkan :

1. Borang Tauliah
2. Borang Maklumat Rekod Majlis Pesuruhjaya Negeri
3. Borang Pendaftaran Ahli Dewasa bagi tahun 2010

Sehubungan dengan itu, tuan/puan dikehendaki menyerahkan borang tersebut kepada Unit Pentadbiran di alamat berikut sebelum atau pada 15 Disember 2009. Kerjasama anda amat dihargai.

RAMLI IBRAHIM
PPNJ Pentadbiran,
53, Jln S/J 20, Tmn Setai Jaya,
Off Jln Tan Swee Hoe, 83000 Batu Pahat, Johor

Borang Anugerah Pengakap PPM

Borang anugerah PPM telah diedar kepada semua Pesuruhjaya Daerah. Diharap pesuruhjaya memberikan kerjasama memilih pemimpin yang layak untuk anugerah tersebut. Borang anugerah mesti diserah kepada Pesuruhjaya Negeri secepat mungkin - makluman semua pemimpin-plnj

Jawatankuasa Pengakap dan Jawatankuasa Kecil Pengakap Rantau Asia Pasifik penggal 2009-2012.

Tahniah kepada perwakilan Malaysia yang telah terpilih untuk menganggotai Jawatankuasa Pengakap dan Jawatankuasa Kecil Pengakap Rantau Asia Pasifik penggal 2009-2012.

Semoga perlantikan tersebut memberi manfaat kepada perkembangan Pergerakan Pengakap Rantau Asia Pasifik amnya dan kepada Persekutuan Pengakap Malaysia khususnya.

Mengetuai senarai tersebut adalah Dr. Muhammed Mukhyuddin bin Sarwani, Pesuruhjaya Antarabangsa, Persekutuan Pengakap Malaysia, yang telah dilantik sebagai Naib Pengerusi Jawatankuasa Pengakap Rantau Asia Pasifik 2009-2012.

Tahniah juga diucapkan khusus untuk Pengakap Negeri Johor kerana 2 pemimpin telah terpilih menganggotai jawatankuasa tersebut:

En. Mohamed Hafiz bin Ariffin,
Young Adult Members Group - Ahli Jawatankuasa
(Penolong Pesuruhjaya Daerah Johor Bahru)

En. Azlan bin Ab Jalil,
Jawatankuasa Kecil Pengembangan Keahlian - Ahli Jawatankuasa
(Penolong Pesuruhjaya Ngeri Johor (Pemb. Kepengakapan)

Tahniah!

UJIAN PENTARAFAN PENGAKAP RAJA JOHOR 2010

Mesyuarat Lembaga Pentarafan N.Johor telah memutuskan UJIAN PERKHEMAHAN PENTARAFAN PENGAKAP RAJA JOHOR adalah :

Tarikh : 13-17 Mac 2010
Tempat : Kem Jubli Intan,Tg Laboh B.Pahat

13.3.2010 - Semua calon Pentaraf menyediakan kawasan perkhemahan
14.3.2010 - Pendaftaran/Calon layak akan didaftar untuk ujian ini.
Ujian bermula-
17.3.2010 - Penilaian/Penutup


Ketua Pentaraf - Hj Ibrahim Abdullah
S/Usaha - YM Raja Iskandar Raja Ali
AJK Pentaraf akan dilantik semula.


Minta kerjasama P.Remaja dan Pemimpin/DC anda membuat persiapan dari sekarang selepas habis SPM/STPM 2009. Selamat berjuang untuk Lencana Tertinggi "PENGAKAP RAJA"-Ketua Pentaraf -Plnj.

Dipetik dari laman blog http://ibrahimjurulatih.blogspot.com/

UJIAN PRA PENGAKAP RAJA 2010-JOHOR

Mesyuarat Lembaga Pentarafan Pengakap Raja Johor memutuskan satu Ujian Pra Pengakap Raja 2010 adalah seperti berikut :

Tarikh : 22-24 Januari 2010
Tempat : Kem Jubli Intan,Tg Laboh,B.Pahat

Surat siaran berkaitan akan dikeluarkan kepada Tuan Pesuruhjaya Daerah anda-Calon WAJIB menghadiri Ujian Pra Pengakap Raja (UJIAN SIKAP) sebelum menduduki Ujian Pentarafan Pengakap Raja.

Tahniah! kepada Pengakap Remaja yang lulus Ujian Perkhemahan Pengakap Raja 2009.Salam Pengakap. Terima kasih kepada Pemimpin/DC anda yang telah bekerja keras memberi ilmu kepengakapan dan memberi kerjasama yang mantap kepada Pasukan Latihan N. Johor. TK

dipetik dari laman blog PLNJ http://ibrahimjurulatih.blogspot.com/

Program Young Aviator

Tarikh : 14-16 Disember 2009
Anjuran : Sekolah Tinggi Kluang dengan kerjasama Kem Mahkota PTUD
Sasaran : Para pelajar atau pengakap udara yang berminat dengan aktiviti penerbangan atau rekreasi udara.

Keterangan :
Aktiviti bersifat memberi pendedahan awal kepada para pelaja sekolah berkenaan dunia penerbangan dan sukan udara.

Dec 6, 2009

APR Disaster Management Workshop

Cibubur, Jakarta, Indonesia - 16 hingga 19 November 2009

Program : APR Disaster Management Workshop
Anjuran : WOSM - APR dengan kerjasama Gerakan Pramuka Indonesia

Seramai 47 peserta dari 10 buah negara telah berkampung di tapak perkhemahan Pramuka di Cibubur untuk mencari satu keputusan mengenai pengurusan bencana dalam kepengakapan. Antara negara yang hadir termasuklah Pakistan, India, Jepun, Maldives, Bangladesh, Monggolia, Thailand, Filipina, Indonesia dan Malaysia.

Malaysia telah diwakili oleh 10 orang pemimpin pengakap. Saudara Zainol Hisham Bin Ahmad, ADC PLD Muar telah terpilih mewakili PPN Johor bagi menghadiri workshop tersebut.
Tahniah diucapkan.