Dec 21, 2009

Blog PPM Daerah Batu Pahat, Johor


Tahniah kepada PPM Daerah Batu Pahat di atas terbinanya laman blog daerah. semoga ianya menjadi pusat info kepada warga pengakap di daerah Batu Pahat. Tahniah!

http://bphtscout.blogspot.com/

Bengkel Pentarafan Pengakap Raja Johor



Sempena Ujian SIKAP Pengakap Raja N.Johor, Lembaga Pentaraf P.Raja akan menganjurkan

"Bengkel Pentarafan P.Raja"


Tarikh :22-24 Januari 2010
Tempat : Kem Jubli Intan,Tg Labuh BP



Diharap Tuan DC/PLD daerah,dapat menghantar peserta setiap daerah 10 orang pemimpin PM/PR yang mana ada menghantar P.Remaja yang menjalani ujian SIKAP.

Pemimpin PM/PR yang berminat tatacara Pentarafan P.Raja Johor, boleh dipertimbangkan .Surat kepada semua DC dalam proses, TK- Ketua Pentaraf.

Dipetik dari http://ibrahimjurulatih.blogspot.com/

Dec 17, 2009

Menggabungkan Maklumat bagi Aktiviti Daerah untuk dimuatkan dalam Portal Pengakap Negeri Johor

Adalah dimaklumkan bahawa Unit ICT Pengakap Johor akan melancarkan web portal rasmi Pengakap Johor.

Sehubungan itu, diminta Tuan Pesuruhjaya setiap daerah dalam negeri Johor menghantar nama dan maklumat pengurus web/blog milik setiap daerah kepada Pn Rosmah Abdullah ke e-mail rhah76@yahoo.com atau di alamat 53, Jln S/J 20, Taman Setia Jaya, 83000 Batu Pahat, Johor.

Ini adalah bertujuan untuk menjalinkan perkongsian berita dan maklumat yang terkini, menjadi pusat rujukan warga pegakap dan memantapkan perjalanan Pesekutuan Pengakap Negeri Johor.

Harap maklum.

Kursus Kepimpinan MK Bhg 1 P.Muda

Kursus kepimpinan Manikayu Bhg 1-P.Muda akan diadakan pada :

Tarikh : 19-20 December 2009
Tempat : Padang Sek Men Tinggi Kluang Johor

Untuk keterangan sila berhubung 0137014105 Pengerusi plnj

Dipetik dari http://ibrahimjurulatih.blogspot.com/

Sekolah Tinggi Kluang didokumentarikan dalam Majalah 3 TV3 2010

YBhg Dato Kaharuddin Momin Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara telah hadir untuk majlis penutupan majlis Airscout Kluang-Young Aviator yang bermula 14-16 Dec 2009, di Sekolah Tinggi Kluang dan Airfield Segamat.

Seramai 70 orang pengakap dari STK,MRSM Mersing dan Krew Majalah TV3 turut serta.
Kemungkinan Majlis ini dan sejarah Sekolah Tinggi Kluang akan ditayangkan di Majalah 3, TV3 pada April 2010.
Sebelum ini, krew Majalah 3 telah merakamkan aktiviti kepengakapan Sekolah Tinggi Kluang sepanjang tahun 2009. Tahniah untuk anda STK!

Aktiviti XPDC Kluang,Johor ke Sabah

PPM Kluang,Johor telah mengadakan aktiviti XPDC ke Sabah selama 7 hari bermula 16-23Dec 2009.Pemimpin pengakap yang turut menyertai xpdc adalah :

1. Tuan Hj Hamzah Taib - ASC - Ketua
2. En Isnin Abdullah - Persaudaraan BP
3. En Mohd Saril Suid - MRSM Mersing
4. En Md Falihin karman - Kelana BP
5. Cik Hasmiliya Hasim - Pemimpin PKK Kluang
6. Cik Mahaida Dahuri - Pemimpin PKK Kluang
7. Cik Nur Hasana Hamzah - Pemimpin Pengakap SMT

Tuan Hj Yaacob Karim telah melepaskan rombongan di STK jam 4 ptg,dijangka berlepas dilapangan K/terbang Senai jam 9.30 mlm ini.

Berita dipetik dari http://ibrahimjurulatih.blogspot.com/

Tutorial Pengakap Raja 1 2010/2011 Anjuran PPD Johor Bahru

Adalah dimaklumkan bahawa siri program Pengakap Raja bagi sessi 2010/2011 njuran Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Johor Bahru akan dijalankan mengikut ketetapan berikut :

Nama Program : King Scout Tutorial 1 2010/2011
Tarikh : 18 hingga 21 Disember 2009
Tempat : Pusat Pertanian Kong-Kong Laut, Pasir Gudang
Masa : 2.30 ptg – 6.30 ptg (Waktu Pendaftaran)
Bayaran : RM 25 (Kos Pengurusan, Modul Pembelajaran, Sijil)
Sasaran Penyertaan : Tingkatan 4 & 5 (Yang ingin mendapatkan Anugerah Pengakap Raja)


Adalah dimohon bagi segala urusan yang berkaitan dengan kebenaran ibu bapa dan pengangkutan adalah berada di bawah tanggungan pihak tuan dan pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang perkara buruk yang berlaku sewaktu tempoh program dilangsungkan.

Sehubungan dengan itu surat kebenaran daripada JPN, surat rasmi program serta borang penyertaan akan diletakkan di dalam web http://scoutsjb.net/ pada 24/11/2009.
Sebarang permasalahan atau pertanyaan sila hubungi En. Zahri bin Saleh di 013-799 1525 (Pengarah Siri Program Pengakap Raja 2010/2011)


Borang Penyertaan :
http://www.fileden.com/getfile.php?file_path=http://www.fileden.com/files/2007/12/19/1652403/Borang%20Penyertaan.zip

Surat JPN :
http://www.fileden.com/files/2007/12/19/1652403/Surat%20JPN%20KST%202010%20001.jpg

Berita dipetik dari portal http://scoutsjb.net/

Dec 15, 2009

PERANCANGAN AKTIVITI PPM JOHOR TAHUN 2010

Sila klik pada gambar untuk melihat dengan jelas.
* Tidak termasuk program anjuran Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia, jemputan dari negeri-negeri dan negara.

Dec 14, 2009

Senarai nama Pemimpin PPM Johor layak anugerah Manikayu.

Senarai nama-nama Pemimpin PPM Johor yang telah menghantar borang penilaian Manikayu:

Pengakap kanak-Kanak
1. Hasbullah bin Jelani

2. Mahadi Mazelan
3. Tan Siew Chee Jonathan
4. Yap Yee Ping
5. Md Amirnurrasyid bin Kusni
6. Syahidan bin Shuib
7. Hasmiliya binti Kasim
8. Rizadah bin Ibrahim
9. Nursudinata Sudiyono
10 Md Aimerul bin Abd Majid
11 Hizam bin Selamat
12 Hj Musa bin Tugio
13 Nor Azlina Ryno
14 Siti Haslina binti Rejab Ali
15 Ramli bin Sarip
16 Zahari bin Husin
17 Mazni bin Saadon
18 Mahaida Dahuri
19 M.Jamaluddin bin Md Dawi

Pengakap Muda
1. Zuhailah binti Yusof
2. Moo Yi Cheyn
3. Siti Fatimah binti Imran
4. Md Falihin bin Kamari
5. Siti Farha binti Jaes
6. Khoo Seng Kee
7. Mohd Zaki Azman
8. Thia Chen Hui
9. Lim Wee Kee
10. Lim Kong Yong
11. Md Fareez bin Mazlan
12. Nor Hidayah binti Ismail
13. Hizam bin Selamat
14. Kama Azhar bin Ab Karim
15. Ramli bin Ibrahim
16. Rosmah binti Abdullah
17. Mohd Sahril bin Suid
18. Zulkifli bin Ahmad

Pengakap Remaja
1. Zaki Hilwan Acok
2. Asrizal bin Abdullah
3. Law Puay Seng
4. Teyo Li Peng
5. Teng Guek Ching
6. Ibrahim bin Abdullah
7. Kwei Pei Cheng
8. Afzainizam bin Ahmad
9. Liang Kee Phang
10 Azhar bin Noor Rahman

Pengakap Kelana
1. Lim Yong Chee
2. Md Khairi bin Jelani
3. Lee Theng Yang
4. Kerk Ching Soon
5. Lim Juh Jou
6. Ng Shyne Min
7. Ng Chen Tong
8. Nursidah binti Ab Hamid
9. Tan Sim Kai
10.Mohd Hafiz bin Ariffin
11.Azlan Shah Ab Bakar
12. Mohd Shamsul Riza Bashir

Majlis Anugerah Manikayu dicadang pada Sabtu 16-1-2010 UTHM Parit Raja B.Pahat, Johor Info- Pengerusi plnj tk.


dipetik dari laman blog http://ibrahimjurulatih.blogspot.com/

Dec 10, 2009

PINGAT PPM BAGI TAHUN 2009

Bintang Semangat Rimba Kelas 1-Emas
Tn Hj Yaacob b. A. Karim
Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor

Pingat Pekhidmatan Cemerlang
1. Tn Hj Mazlan b. Zaini -PPNJ Program
2. En Samat b. Limat - PPNJ Arkib
3. Pn Habibah bt Ismail - PPNJ Tugas Khas
4. Hanim bt Jantan - PPD Batu Pahat
5. Dahlan bin A. Majid - PPD Segamat

Pingat Perkhidmatan Setia
1. Megad Mohd Nizar b. A.Rahman - DC KLuang
2. Mohd Affandi b. Abdul Hamid - PPNJ Kelana
3. Junaidah bt Tahir - PPNJ Wanita
4. See Kwan Lian - ADC Segamat

Pingat Perkhidmatan Baik
1. Mohd Zakiyamani b. Clivon - ADC Kulai
2. Cheman b. Yusoh - ADC Muar
3. Suhaimee Sulaiman -ADC Segamat
4. Mohd Radzi b. Mahbob - ADC Batu Pahat
5. Rosman b. Saat - ADC Muar
6. Ustz Hizam b. Selamat - ADC Batu Pahat

Pingat Perkhidmatan Lama
1. Ramli b. Sharip - ADC Kulai
2. Samat b. Limat - PPNJ Arkib
3. Megad Mohd Nizar b. A. Rahman - DC Kluang
4. Mohd Affandi b. Abdul Hamid - PPNJ Kelana
5. Ma Som b. Abdan - ADC
6. Cheman b. Yusoh -ADC Muar
7. Rosman Saat - ADC Muar
8. Ng Cheng Tong - ADC JB

Sijil Kepujian Ketua Pengakap Negara
1. Mohd Fizam b. Abu Bakar - ADC JB
2. Ng Cheng Tong - ADC JB
3. Siti Aisah bt. Sawin - ADC JB
4. Sharizuan b. Norizan - ADC JB
5. Norhayati bt. Ahmad - ADC Batu Pahat
6. Kwei Pei Cheng - ADC Batu Pahat
7. Liang Kee Phang - ADC Batu Pahat

Tahniah diucapkan kepada penerima.


Dec 7, 2009

PESURUHJAYA DAERAH DI NEGERI JOHOR 2010-2011

Batu Pahat : En Mohd Asik b. Saim
Muar : En Shes Sueba b. Baba
Kluang : En Megad Mohd Nizar b. A.Rahman
Pontian : En Azhar b. Noor Rahman
Mersing : En Kamis b. Hasan
Segamat : En Ismail b. Hj Buang
Kota Tinggi : Tn Hj Mohammed b. Redzuan
Johor Bahru : En Mohd Khairi b. Jailani (Memangku)
Kulai Jaya : En Ramli b. Sarip (Memangku)

Penyerahan Borang Tauliah PPNJ 2010-2011

Pada mesyuarat Majlis Pesuruhjaya Pengakap Ngeri Johor bertarikh 5 Disember 2009 bertempat di Tropical Inn, Johor Bahru - telah diedarkan :

1. Borang Tauliah
2. Borang Maklumat Rekod Majlis Pesuruhjaya Negeri
3. Borang Pendaftaran Ahli Dewasa bagi tahun 2010

Sehubungan dengan itu, tuan/puan dikehendaki menyerahkan borang tersebut kepada Unit Pentadbiran di alamat berikut sebelum atau pada 15 Disember 2009. Kerjasama anda amat dihargai.

RAMLI IBRAHIM
PPNJ Pentadbiran,
53, Jln S/J 20, Tmn Setai Jaya,
Off Jln Tan Swee Hoe, 83000 Batu Pahat, Johor

Borang Anugerah Pengakap PPM

Borang anugerah PPM telah diedar kepada semua Pesuruhjaya Daerah. Diharap pesuruhjaya memberikan kerjasama memilih pemimpin yang layak untuk anugerah tersebut. Borang anugerah mesti diserah kepada Pesuruhjaya Negeri secepat mungkin - makluman semua pemimpin-plnj

Jawatankuasa Pengakap dan Jawatankuasa Kecil Pengakap Rantau Asia Pasifik penggal 2009-2012.

Tahniah kepada perwakilan Malaysia yang telah terpilih untuk menganggotai Jawatankuasa Pengakap dan Jawatankuasa Kecil Pengakap Rantau Asia Pasifik penggal 2009-2012.

Semoga perlantikan tersebut memberi manfaat kepada perkembangan Pergerakan Pengakap Rantau Asia Pasifik amnya dan kepada Persekutuan Pengakap Malaysia khususnya.

Mengetuai senarai tersebut adalah Dr. Muhammed Mukhyuddin bin Sarwani, Pesuruhjaya Antarabangsa, Persekutuan Pengakap Malaysia, yang telah dilantik sebagai Naib Pengerusi Jawatankuasa Pengakap Rantau Asia Pasifik 2009-2012.

Tahniah juga diucapkan khusus untuk Pengakap Negeri Johor kerana 2 pemimpin telah terpilih menganggotai jawatankuasa tersebut:

En. Mohamed Hafiz bin Ariffin,
Young Adult Members Group - Ahli Jawatankuasa
(Penolong Pesuruhjaya Daerah Johor Bahru)

En. Azlan bin Ab Jalil,
Jawatankuasa Kecil Pengembangan Keahlian - Ahli Jawatankuasa
(Penolong Pesuruhjaya Ngeri Johor (Pemb. Kepengakapan)

Tahniah!

UJIAN PENTARAFAN PENGAKAP RAJA JOHOR 2010

Mesyuarat Lembaga Pentarafan N.Johor telah memutuskan UJIAN PERKHEMAHAN PENTARAFAN PENGAKAP RAJA JOHOR adalah :

Tarikh : 13-17 Mac 2010
Tempat : Kem Jubli Intan,Tg Laboh B.Pahat

13.3.2010 - Semua calon Pentaraf menyediakan kawasan perkhemahan
14.3.2010 - Pendaftaran/Calon layak akan didaftar untuk ujian ini.
Ujian bermula-
17.3.2010 - Penilaian/Penutup


Ketua Pentaraf - Hj Ibrahim Abdullah
S/Usaha - YM Raja Iskandar Raja Ali
AJK Pentaraf akan dilantik semula.


Minta kerjasama P.Remaja dan Pemimpin/DC anda membuat persiapan dari sekarang selepas habis SPM/STPM 2009. Selamat berjuang untuk Lencana Tertinggi "PENGAKAP RAJA"-Ketua Pentaraf -Plnj.

Dipetik dari laman blog http://ibrahimjurulatih.blogspot.com/

UJIAN PRA PENGAKAP RAJA 2010-JOHOR

Mesyuarat Lembaga Pentarafan Pengakap Raja Johor memutuskan satu Ujian Pra Pengakap Raja 2010 adalah seperti berikut :

Tarikh : 22-24 Januari 2010
Tempat : Kem Jubli Intan,Tg Laboh,B.Pahat

Surat siaran berkaitan akan dikeluarkan kepada Tuan Pesuruhjaya Daerah anda-Calon WAJIB menghadiri Ujian Pra Pengakap Raja (UJIAN SIKAP) sebelum menduduki Ujian Pentarafan Pengakap Raja.

Tahniah! kepada Pengakap Remaja yang lulus Ujian Perkhemahan Pengakap Raja 2009.Salam Pengakap. Terima kasih kepada Pemimpin/DC anda yang telah bekerja keras memberi ilmu kepengakapan dan memberi kerjasama yang mantap kepada Pasukan Latihan N. Johor. TK

dipetik dari laman blog PLNJ http://ibrahimjurulatih.blogspot.com/

Program Young Aviator

Tarikh : 14-16 Disember 2009
Anjuran : Sekolah Tinggi Kluang dengan kerjasama Kem Mahkota PTUD
Sasaran : Para pelajar atau pengakap udara yang berminat dengan aktiviti penerbangan atau rekreasi udara.

Keterangan :
Aktiviti bersifat memberi pendedahan awal kepada para pelaja sekolah berkenaan dunia penerbangan dan sukan udara.

Dec 6, 2009

APR Disaster Management Workshop

Cibubur, Jakarta, Indonesia - 16 hingga 19 November 2009

Program : APR Disaster Management Workshop
Anjuran : WOSM - APR dengan kerjasama Gerakan Pramuka Indonesia

Seramai 47 peserta dari 10 buah negara telah berkampung di tapak perkhemahan Pramuka di Cibubur untuk mencari satu keputusan mengenai pengurusan bencana dalam kepengakapan. Antara negara yang hadir termasuklah Pakistan, India, Jepun, Maldives, Bangladesh, Monggolia, Thailand, Filipina, Indonesia dan Malaysia.

Malaysia telah diwakili oleh 10 orang pemimpin pengakap. Saudara Zainol Hisham Bin Ahmad, ADC PLD Muar telah terpilih mewakili PPN Johor bagi menghadiri workshop tersebut.
Tahniah diucapkan.

Nov 30, 2009

Mesyuarat Majlis Pesuruhjaya Pengakap N.Johor


Mesyuarat ASC/DC Johor akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 5hb Disember 2009
Tempat : Hotel Tropical Inn, Johor Bahru
Masa : 9.00 pagi


Diharap semua dapat hadir. Harap maklum.

Perkhemahan 1 Malaysia

Perkhemahan 1 Malaysia akan diadakan :-
Tempat : Kem Pengakap Melaka,Bukit Katil Melaka
Tarikh : 11-13hb Disember 2009
Yuran : RM40.00
Khemah : Bawa Sendiri
Berminat hubungi telefon: 06-2811978 PPM Melaka. E-mail: mlkscout@stramyx.com

Sumber info : Blog PLNJ.

Borang CALT/CLT PPM

Diminta kerjasama pemimpin PPM Johor yang telah menghadiri Kursus CALT/CLT (3 bead/4 beads) belum hantar borang untuk diproses Ibupejaabat boleh hantar kepada saya, ada masalah jumpa-call saya 013-7014105. PPM Johor perlu ramai JL/PJL - Info dari PLNJ.

Nov 3, 2009

SEMOGA CEPAT SEMBUH


Tn Hj Yaacob b A Karim, Pesuruhjaya Pengakap negeri Johor akan menjalani satu pembedahan mata pada 9 November 2009.

Kami warga pengakap seluruh negeri Johor mendoakan agar operasi pembedahan berjalan lancar dan Tn Hj Yaacob cepat sembuh. Amin.

SELAMAT MENUNAIKAN HAJI 1430HIJRAH



Ucapan tahniah dan selamat menunaikan ibadah haji bagi tahun hijrah 1430 untuk PPNJ Pentadbiran,
En Ramli bin Ibrahim pada 15 November 2009. Beliau dijangka pulang pada 29 Disember 2009. Semoga selamat pergi dan balik serta memperoleh haji yang mabrur. Amin.

Oct 31, 2009

Kursus Jurulatih Antarabangsa Rantau Asia Pasifik


Kuala Lumpur, 19hb Oktober 2009. Seramai 40 orang peserta dari 12 Organisasi Pengakap Negara-Negara Rantau Asia Pasifik berkumpul untuk mengikuti kursus kejurulatihan peringkat Asia Pasifik yang merupakan acara iringan bagi Persidangan Pengakap Rantau Asia pasifik ke 23.

Kursus Jurulatih Antarabangsa tersebut telah dibuka dengan rasminya oleh Pesuruhjaya Latihan Negara Malaysia, Tuan Haji Abdul Shukor bin Mohsin dan dikendalikan oleh Jurulatih dari Negara Malaysia, Australia, Japan, UK, Canada, dan pejabat Rantau Asia Pasifik.

Para peserta akan berkampung di Pusat Belia Antarabangsa selama 7 hari untuk bersama-sama berkongsi pengalaman dan pengamalan demi membangunkan dan memperkasakan pergerakan pengakap di Rantau Asia Pasifik.

Dua orang wakil dari Johor ialah En Mohd Khir bin Muda (ASC Pembangunan/Penyelia Kem Tanjung Labuh) dan En. Azhar bin Noor Rahman (DC Pontian).

Tahniah diucapkan dan selamat berkhidmat.


Forum Belia Pengakap Rantau Asia Pasifik

Forum Belia Pengakap Rantau Asia PasifikKuala Lumpur, 22hb. Oktober, 2009. Forum Belia Pengakap Rantau Asia Pasifik telah dibuka secara rasminya oleh Ketua Pengakap Malaysia, Y. Bhg. Dato’ Seri Dr. Hj. Shafie bin Hj. Mohd Salleh.Para peserta yang terdiri daripada Belia Pengakap dari segenap ceruk Rantau Asia Pasifik berkumpul berbincang bersama untuk mengeratkan perhubungan dan membina kekuatan untuk kemajuan pergerakan Belia Pengakap serantau. Turut serta En Mohd Azlan Jalil - Pesuruhjaya Daerah Johor Bahru dan Mohd Hafiz Ariffin - Penolong Pesuruhjaya Daerah Johor Bahru.

Oct 16, 2009

Perpustakaan dan Galeri Pengakap Negeri Johor

Lokasi : Perpustakaan dan Galeri, Kem Pengakap Jubli Intan, Tajung Labuh, Batu Pahat
(Dahulu dikenali sebagai Dewan Syed Esa)

PPNJ Pusat Sumber : Tn Hj Mohd Noh bin Hj Hamim

Pusat rujukan pengakap, selatan tanahair.
Koleksi : Buku, gejet, gambar, bahan projek Ujian Pengakap Raja, dll.










Jasa Allahyarham Tun Sardon Kepada Pergerakan Pengakap Akan Dikenang


KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Jasa Allahyarham Tun Sardon Jubir kepada Pergerakan Pengakap dalam negara ini akan dikenang apabila Malaysia menjadi tuan rumah Persidangan Pengakap Rantau Asia Pasifik ke-23 dari 27 Okt hingga 1 Nov depan, kata seorang pegawai Persekutuan Pengakap Malaysia.

Sardon, yang merupakan Ketua Pengakap Negara dari tahun 1963 hingga 1973, telah banyak memberi sumbangan kepada Pergerakan Pengakap tempatan, terutamanya dalam mewujudkan Akta Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu (Akta Parlimen No 38 Tahun 1968), kata Sahrizal Sunari, Setiausaha Unit Persaudaraan B-P & Veteran, persekutuan tersebut

Dalam satu kenyataan , Jumaat Sahrizal berkata banyak pembangunan pengakap di Malaysia telah dilaksanakan oleh Sardon semasa beliau menerajui Persekutuan Pengakap Malaysia.

Antara yang menjadi kebanggaan adalah penganjuran Persidangan Pengakap Timur Jauh ke-4 pada tahun 1964, di mana Malaysia julung kali menjadi tuan rumah kepada persidangan Pengakap serantau, dan Jambori Pengakap Malaysia pertama pada 1966.

Sahrizal berkata bakti Sardon dalam pergerakan pengakap telah membolehkan tokoh tersebut menerima beberapa anugerah pengakap di dalam dan luar negara, antaranya "Pingat Emas" dari Pengakap Korea Selatan dan "Pingat Emas Raja" dari Pengakap Thailand.Sebagai mengenang jasa beliau juga, kem pengakap di Balakong, Selangor dinamakan Kem Pengakap Sardon Jubir.

Pada masa ini terdapat 24 buah negara menjadi ahli rasmi pergerakan pengakap Rantau Asia Pasifik. Mereka terdiri daripada Australia, Bangladesh, Bhutan, Brunei, Kemboja, Taiwan, Fiji, Hong Kong, India, Malaysia, Indonesia, Jepun, Kiribati, Korea Selatan, Maldives, Mongolia, Nepal, New Zealand, Pakistan, Papua New Guinea, Filipina, Singapura, Sri Lanka dan Thailand.

Sardon, yang dilahirkan pada 19 Mac, 1917 di Sungai Kluang, Rengit, Batu Pahat, telah memegang beberapa jawatan Kabinet dari tahun 1957 hingga 1973 sebagai Menteri Kerja Raya, Telekom & Pos, Menteri Pengangkutan dan Menteri Kesihatan.

Pada tahun 1974, beliau telah dilantik sebagai Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York dan kemudiannya dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang dari tahun 1975 hingga 1981.-- BERNAMA



Sep 14, 2009

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor ingin mengucapkan
Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri
khusus kepada;
Y.B. Ketua Pengakap Negara
Barisan Kepimpinan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Malaysia
dan warga PPM (Ibu Pejabat)
Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Negeri dan jawatankuasanya
Ahli Majlis PPM Negeri Johor
dan semua ahli Pengakap yang beragama Islam
dengan harapan semoga sambutan hari lebaran kali ini amat istimewa dan diraikan dengan penuh bermakna. Jika terdapat salah dan silap, terlanjur kata tersalah perilaku.
Kami menyusun sepuluh jari memohon maaf zahir dan batin.


Dari seluruh warga PPM Negeri Johor.

Aug 20, 2009

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

Kami semua warga Pengakap Negeri Johor ingin mengucapkan

S E L A M A T B E R P U A S A


kepada
semua ahli Pengakap yang beragama Islam,
semoga di bulan Ramadhan yang mulia ini kita dapat meningkatkan amalan dan ketakwaan.

Aug 14, 2009

Sekitar Majlis Anugerah Bintang dan Pingat PPM Peringkat Negeri Johor 2009



























Sesiapa yang ingin mendapatkan gambar atau CD dari koleksi lanser
en. Sindi bin Sabilan, boleh menghubungi beliau di talian 017-7100576.




Add Image

Aug 12, 2009

MESYUARAT : MAJLIS PESURUHJAYA NEGERI KALI KE-2 TAHUN 2009 DITUNDA

Dukacitanya dimaklumkan mesyuarat Majlis Pesuruhjaya Negeri Kali Ke-2
pada 15 Ogos 2009 (Sabtu) bertempat di Timehotel, Mersing


DITUNDA
ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Pihak Pentadbiran PPMNJ memohon maaf di atas kesulitan yang timbul,
harap maklum.

Aug 10, 2009

MESYUARAT : MAJLIS PESURUHJAYA NEGERI KALI KE-2 TAHUN 2009

Tarikh : 15 Ogos 2009
Hari : Sabtu
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Hotel Timotel, Jalan Endau Mersing

Semua ahli Majlis Pesuruhjaya Negeri diwajibkan hadir.

UCAPAN TERIMA KASIH

Majlis Persekutuan Pengakap Negeri Johor
dan
seluruh ahli Pengakap negeri Johor
ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada

DATO' SERI DR. HAJI SHAFIE B. HAJI MOHD SALLEH
Ketua Pengakap Negara

di atas kesudian menyempurnakan
Majlis Penganugerahan Bintang Dan Pingat PPM
Dan Pingat 100 Tahun Kepengakapan di Malaysia Peringkat Negeri Johor

Aug 5, 2009

Persiapan Menjelang Majlis Penganugerahan Bintang & Pingat PPM Peringkat Negeri Johor



Siap sedia disusun mengikut bilangan penerima pada 8 Ogos 2009, yang akan disampaikan oleh Ybhg. Dato' Seri Dr. Hj. Shafie bin Mohd Salleh, Ketua Pengakap Negara.

Aug 2, 2009

MAJLIS PENGANUGERAHAN BINTANG DAN PINGAT PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA SERTA PINGAT 100 TAHUN KEPENGAKAPAN DI MALAYSIA PERINGKAT NEGERI JOHOR

Tarikh : 8 Ogos 2009
Hari : Sabtu
Masa : 10.30 pagi
Tempat : Hotel Seri Malaysia, Johor Bahru
Anjuran : PPM Negeri Johor
Semua anggota Majlis Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri, Majlis Pesuruhjaya Negeri dan para penerima pingat dipersilakan hadir.

Jul 28, 2009

Mesyuarat : Jawatankuasa Kerja Majlis Penyampaian Pingat Dan Bintang PPM Negeri Johor Tahun 2009

Tarikh : 1 Ogos 2009
Hari : Sabtu
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Serbaguna Kem Pengakap Jubli Intan, Batu Pahat
Semua jawatankuasa telah dilantik wajib hadir.
Sebarang pertanyaan boleh berhubung en. Ramli Hj. Ibrahim,
PPNJ Pentadbiran (012-7551300)

Jul 26, 2009

KARNIVAL PENGAKAP MALAYSIA TAHUN 2009

AKTIVITI : Pertandingan Kepandaian Dan Kemahiran Pengakap Kebangsaan, Perhimpunan Hari Pengakap Sedunia,
KL Moot 2009 dan JOTA/JOTI Kali Ke-5


Tarikh : 31 Julai hingga 2 Ogos 2009 (Jumaat hingga Ahad)
Jangka Masa : Tiga hari dua malam
Tempat : Pusat Latihan Pengakap Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Lot. 11, Jln. E1/1, Kws. Persindustrian, Tmn. Ehsan, 52100 Kepong, Kuala Lumpur
Anjuran : PPM (Ibu Pejabat) dengan kerjasama PPM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Yuran Penyertaan : PERCUMA
Ketetapan Penyertaan Oleh Penganjur :

1) Unit PKK (8 orang ahli & seorang pemimpin)
2) Unit PM (8 orang ahli & seorang pemimpin)
3) Unit PR (8 orang ahli & seorang pemimpin)
4) 3 orang Pesuruhjaya @ pemimpin

Pengesahan :

- Sila lengkapkan borang penyertaan Karnival Pengakap bagi setiap unit Pengakap kepada penganjur di no. faks (03-62725278) pada @ sebelum 25 Julai 2009.

- Sebarang keterangan lanjut boleh layari laman web : www.roverskl.org

Jul 20, 2009

KURSUS MANIKAYU PERINGKAT 3 (II) UNIT PKK/PM/PR/PK

Tarikh : 30 Julai hingga 2 Ogos 2009
Jangka Masa : 4 hari
Pendaftaran : 9.00 pagi (30 Julai 2009)
Tempat : Kem Pengakap Jubli Intan, Tanjung Laboh
Anjuran : PPM Negeri Johor

Ketua-ketua Kursus

1. Tn. Hj. Yaacob b. A Karim
2. Tn. Hj. Ibrahim b. Abdullah
3. En. Mukim b. Katimun
4. En. Mohd Khir b. Hj. Muda

Sebarang pertanyaan lanjut, atau anda amat berminat mengikuti kursus ini sila hubungi encik Mohd Asik b. Saim Pesuruhjaya Daerah Batu Pahat di talian 012-6522247.

Jul 14, 2009

Kursus Manikayu Pengenalan dan Peringkat 1

Tarikh :7 hingga 9 Ogos 2009
Hari : Jumaat hingga Ahad
Tempat : Ibu Pejabat PPM Daerah Mersing
Anjuran : Pasukan Latihan Daerah Mersing

Sesipa yang berminat sila hubungi Pesuruhjaya Daerah Mersing dengan segera.

Jul 13, 2009

52nd JAMBOREE ON THE AIR/13th JAMBOREE ON THE INTERNET (JOTA/JOTI)

Tarikh : 17 hingga 18 Oktober 2009
Hari : Sabtu dan Ahad
Anjuran : W.O.S.M

Sesiapa yang berminat boleh hubungi wakil JOSRAC di daerah masing-masing.

Jul 11, 2009

JAMBORI DI UDARA 9JOTA0 WILAYAH ASIA PASIFIK KALI KE-5

Tarikh : 1 Ogos hingga 2 Ogos 2009
Hari : Sabtu hingga Ahad
Masa : 2400 hingga 1700
Penganjur : Krew Kelana Komunikasi Ibu Pejabat
(bagi pihak Persekutuan Pengakap Malaysia)

Sebarang pertanyaan sila berhubung terus kepada encik Ahmad Razif Ramli, Pesuruhjaya Ibu Pejabat (komunikasi) di talian 019-3828534.

Risalah berkenaan JOTA ini boleh dimuaturun dari http://jota.scouts.my

SEMINAR PENGURUSAN RISIKO

Tarikh : 17 hingga 19 Julai 2009
Hari : Jumaat hingga Ahad
Tempat : Rumah B-P, Jalan Hang Jebat
Anjuran : Persekutuan Pengakap Malaysia

Sesiapa yang berminat menyertai boleh memohon kepada Pesuruhjaya Negeri, setiap negeri kouta dua orang peserta sahaja.

Jul 7, 2009

Kursus Manikayu Pengenalan dan Peringkat 1

Tarikh : 10 hingga 12 Julai 2009
Hari : Jumaat hingga Ahad
Tempat : Rumah Pengakap PPM Daerah Muar
Anjuran : PPM Daerah Muar

Sesiapa yang berminat mengikuti kursus ini sila hubungi Pesuruhjaya Daerah Muar.

Jun 28, 2009

Program Pelantikan Kelana Negeri Johor 2009

Seramai 98 orang peserta telah menyertai program pelantikan Kelana Negeri Johor edisi ke-2 yang berlangsung selama tiga hari dua malam bertempat di Kem Pengakap Jubli Intan. Majlis Penutupan rasmi telah dilakukan oleh Pesuruhjaya Negeri Johor pada 28 Jun 2009.

Turut dijalankan Mesyuarat Agong Majlis Kelana Negeri Johor sesi 2009/11 pada malam 27 Jun 2009. Pada majlis ini penyerahan tugas secara rasmi telah disempurnakan oleh en. Ramli Ibrahim kepada en. Fandi A Hamid, Penolong Pesuruhjaya Negeri Unit Kelana yang baharu.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada en. Fandi A Hamid bersama barisan MKN yang baru dilantik. Selamat maju jaya.

Jun 19, 2009

GARIS PANDUAN PENGLIBATAN MURID SEKOLAH DALAM PROGRAM ANJURAN NGO SELAIN DARIPADA AGENSI DI BAWAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

1. Semua permohonan untuk melibatkan guru-guru, staf sokongan dan murid sekolah di dalam apa sahaja program hendaklah melalui Pengarah JPN.

2. Sokongan dan kelulusan permohonan hanya dikeluarkan oleh Pengarah JPN.

3. Penyertaan murid adalah dengan kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga.

4. Penyertaan murid-murid hendaklah tidak mengganggu atau menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran mereka.

5. Guru-guru pengiring hendaklah dilantik oleh pihak sekolah mengiringi murid ke program berkenaan.

6. Pihak penganjur hendaklah menanggung semua kos penganjuran program yang dianjurkan.

7. Pihak penganjur dan pihak sekolah hendaklah memastikan langkah-langkah keselamatan dan kebajikan guru, staf sokongan dan murid terjamin semasa pergi dan balik menghadiri program yang dijalankan.


Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/2004
Ruj. surat JPNJ/31/0005/Jld.23(97)

Jun 17, 2009

SEGAMAT MENDAPAT PESURUHJAYA BAHARU

Tahniah diucapkan kepada encik Ismail bin Buang
kerana telah dilantik memangku sebagai
Pesuruhjaya Pengakap Daerah Segamat.

Seluruh warga Majlis Pengakap Negeri Johor mengalu-alukan di atas perlantikan tuan, Syabas.

6th Asia Pacific Regional Scout Youth Forum

Tarikh : 22 hingga 25 Oktober 2009
Jangka Masa : 4 hari
Tempat : Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Cheras Kuala Lumpur
Anjuran : Persekutuan Pengakap Malaysia

23rd Asia Pacific Regional Scout Conference

Tarikh : 27 Oktober hingga 01 November 2009
Jangka masa : 6 hari
Tempat : Hotel Hilton, Kuala Lumpur
Anjuran : Persekutuan Pengakap Malaysia

Course For Leader Trainers (CLT)

Tarikh : 19 hingga 25 Oktober 2009
Jangka masa : 7 hari
Tempat : International Youth Centre (IYC), Cheras Kuala Lumpur
Anjuran : Asia Pacific Regional Scout
Yuran Penyertaan : RM500.00 seorang peserta

Jun 16, 2009

Program Perkhemahan Belia

Tarikh : 19 hingga 22 Jun 2009
Hari : Jumaat hingga Isnin
Tempat : Sungai Teminggul, Kluang
Bayaran Penyertaan : PERCUMA
Penyertaan : Terbuka kepada Kelana

Sesiapa yang BERMINAT atau memerlukan keterangan lanjut; sila hubungi en. Fandi di talian (016-2978107).

Cepat? Jangan terlewat. Segeralah mendaftar.

KURSUS MANIKAYU EDISI SELANJUTNYA

Kursus Maniayu Peringkat Penerangan & Bahagian I
pada 19 hingga 21 Jun 2009
bertempat di daerah Johor Bahru (anjuran PLD Johor Bahru)


Kursus Manikayu Peringkat Penerangan
pada 27 Jun 2009
bertempat di daerah Muar (anjuran PLD Muar)


Kursus Manikayu Peringkat 1 (Unit PKK & PM)
pada 24 hingga 26 Julai 2009
bertempat di daerah Muar (anjuran PLD Muar)

Info PPNJ Latihan

Jun 14, 2009

Kursus Manikayu 3(i) PKK, PM & PR Anjuran PLNJ


Kursus Manikayu Peringkat 3(i) bagi unit PKK, PM dan PR telah diadakan dengan jayanya di Kem Jubli Intan, Tanjung Labuh, Batu Pahat, Johor pada 12 hingga 14 Jun 2009. Seramai 45 orang peserta yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin pengakap seluruh negeri Johor telah menyertainya. Kursus ini adalah anjuran Pasukan Latihan Negeri Johor yang diterajui oleh ASC Latihan, Tn Hj Ibrahim Abdullah.
Ketua Kursus PKK : Tn Hj Ibrahim bin Abdullah
Ketua Kursus PM : En Mohd Khir bin Muda
Ketua Kursus PR : En Azhar bin Noor Rahman
dibantu oleh penolong jurulatih :
Tn Hj Mazlan Karim
En Ramli bin Ibrahim
En Mohd Asik bin Saim
Tn Hj Noh bin Hamim
En Ng Cheng Tong
YM Raja Iskandar bin Raja Ali
turut dibantu 6 orang pembimbing, 5 orang urusetia dan 10 orang pengakap kelana kem. Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor, Tn Hj Yaacob A Karim telah merasmikan upacara penutupan dan penyampaian sijil. Syabas dan tahniah diucapkan.

Jun 11, 2009

ROVERMOOT 1 MALAYSIA

Tarikh : 23 hingga 27 Julai 2009
Hari : Khamis hingga Isnin
Pendaftaran : 3.00 petang (Khamis, 23 Julai 2009)
Tempat : Kem Tengku Mahkota, Bandar Tun Razak, Jengka Pahang
Anjuran : PPM dengan kerjasama PPM Negeri Pahang dan PPM Daerah Jengka
Yuran Penyertaan : RM100.00 seorang
Kriteria Peserta : Ahli Kelana (Berumur 17 1/2 tahun ke atas)
Tarikh Pengesahan Mendaftar : 5 Julai 2009 (Ahad)

Kelas Persediaan Peperiksaan Radio Amatur

Tarikh : 20 hingga 21 Jun 2009
Hari : Sabtu dan Ahad
Tempat : Rumah BP, Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur
Yuran Penyertaan : RM30.00 seorang
Anjuran : PPM dengan kerjasama Krew Kelana Komunikasi (Ibu Pejabat PPM)
Pertanyaan : Cik Yusra' Adilah (012-4555411)

PENDAFTARAN KEAHLIAN DAN KUMPULAN TAHUNAN PENGAKAP MALAYSIA 2009

PERINGATAN
Kepada semua ahli Pengakap Negeri Johor yang budiman, pendaftaran keahlian Pengakap fasa kedua telah bermula dari 01 April dan akan berakhir pada 30 Jun 2009. Mana-mana kumpulan yang belum mendaftar diminta mendaftar segera secara online dialamat laman web www.myscout.com.my/daftar dan hantar pendaftaran terus ke Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia di alamat email daftar@scouts.my.

Segala keprihatinan dan kerjasama daripada pihak anda, amat dihargai.
Terima kasih.

PPNJ Pentadbiran

Jun 2, 2009

ANUGERAH GEMILANG PRESIDEN


Tahniah diucapkan kepada Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor, Tn Hj Yaacob A Karim kerana telah menerima Anugerah Gemilang Presiden daripada kerajaan Negeri Melaka. Pingat ini telah disampaikan oleh YAB Datuk Seri Haji Mohd Ali bin Rustam, Ketua Menteri Melaka pada 31 Mei 2009 di Jambori Pengakap Melaka Bandaraya Warisan Dunia ke-7, Kem Pengakap Bukit Katil, Melaka.

Tahniah daripada kami warga Pengakap seluruh negeri Johor.
Terima kasih Kerajaan Melaka dan PPM Negeri Melaka kerana mencalonkan Pesuruhjaya kesayangan kami bagi menerima anugerah tersebut.