Tarikh : 30 Januari 2010
Hari : Sabtu
Masa : 2.00 petang
Tempat : Hotel Nagaria Inn Kluang
(Taman Intan, bersebelahan Stesen Minyak Shell)
Pakaian : Uniform lengkap
Semua ahli kelana negeri dijemput hadir.
Jan 29, 2010
Jan 27, 2010
Borang Permohonan Tauliah Sebagai Pen. Pesj. Negeri dan Pesuruhjaya Daerah
Sila hantar borang tersebut di atas yang telah lengkap diisi beserta salinan dokumen yang perlu disertakan kepada PPNJ Pentadbiran untuk urusan permohonan ke Ibu Pejabat dalam kadar segera.
Tuan/puan yang tauliahnya masih berkuatkuasa atau baru menerima tauliah 17 Januari 2010 tempoh hari tidak perlu berbuat demikian.
Tuan/Puan boleh download borang kosong di http://www.scribd.com/share/upload/11365751/bu9z4o401h1pvq42kow
Terima kasih di atas kerjasama tuan/puan.
Borang permohonan yang telah diterima dan direkod:
1) Tn. Hj. Maskon bin Hj. Saleh
2) Pn. Nursidah bt. Ab Hamid

Jan 26, 2010
Rover Moot Sedunia Kali Ke-13
Jambori Budaya Bangsa Serumpun Pagaruyung, Malaysia-Indonesia 2010

Tarikh : 7 hingga 13 Jun 2010
Tempat : Pagaruyong, Sumatera Barat, Indonesia
Yuran Perkhemahan : RM300-RM350
(Tidak termasuk tambang dan yuran kontinjen)
Ketua Kontinjen :Encik Ramli bin Sarip, Pesuruhjaya Daerah Kulaijaya
Sesiapa yang berminat menyertai atau inginkan keterangan lanjut, sila hubungi Pesuruhjaya Daerah Kulaijaya di talian 017-7123097.
Berkabung di atas kemangkatan DYMM Almarhum Baginda Sultan Johor
Salam PPNJ dan PPD,
Harap maklumkan kepada ADC, pemimpin dan pengakap semasa memakai uniform pengakap hendaklah dililitkan kain hitam selebar 2 inci di lengan kiri sebagai tanda penghormatan kita di atas kemangkatan DYMM Baginda Sultan Johor yang dikasihi selaku penaung PPM Negeri Johor.
Sedekahkan Al-Fatihah dan bertafakur(bukan Islam) dalam perjumpaan pengakap.
Tn Hj Yaacob A Karim
Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor.

Jan 22, 2010
BELASUNGKAWA
Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor
serta seluruh ahli pergerakan Pengakap Negeri Johor
merafak takziah kepada;
Duli Yang Maha Mulia Sultanah ZanariahTunku Ahmad, Sultanah Johor. Anakanda-anakanda almarhum baginda Sultan, seluruh ahli keluarga serta kerabat diRaja Johor di atas kemangkatan Sultan Johor Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail.
Al-Fatihah
SULTAN JOHOR MANGKAT

Kemangkatan baginda diumumkan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman pukul 11.20 malam ini. Menurut menteri besar, jenazah baginda akan disemadikan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah pada 2 petang esok.
Petang tadi, putera sulung baginda Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail dimasyhurkan Pemangku Raja dan istiadat mengangkat sumpah diadakan di Istana Besar Johor.
Manakala pemasyhuran Sultan Johor yang baru akan dilaksanakan di Istana Besar Johor sebelum upacara pemakaman jenazah Almarhum Sultan Iskandar petang esok.
Justeru, sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah ke atas roh Almarhum dan semoga dihimpunkan bersama orang-orang yang soleh – Al-Fatihah.
Jan 20, 2010
Majlis Anugerah Manik Kayu Mendapat liputan akhbar
Tingkat Kemahiran
SERAMAI 65 ahli pengakap pelbagai peringkat di negeri ini menyertai kursus manik kayu anjuran Persekutuan Pengakap Negeri Johor baru-baru ini.
Dengan kejayaan menyertai kursus tersebut, para peserta kini diiktiraf sebagai pengakap kanak-kanak, muda, remaja dan kelana dalam persatuan itu.
Majlis penganugerahan sijil kepada peserta yang diadakan di Dewan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat, Johor itu disempurnakan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Datuk Kaharudin Momin.
Turut hadir pada majlis itu ialah Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor, Yaacob A. Karim.
Jan 19, 2010
Lencana Persekutuan Pengakap Malaysia Edisi Baru 2010
Lencana Persekutuan Pengakap Malaysia Edisi Baru 2010 bagi PKK, PM, PR dan PK.
Untuk makluman, mulai 16 Januari 2010, rupabentuk lencana-lencana rasmi Pengakap Malaysia berwajah baru dan penggunaannya berkuatkuasa serentak pada tarikh pelancarannya di Kuala Lumpur.
Mulai tahun 2010 semua calon Pengakap Raja juga dikehendaki memakai 5 lencana tertinggi Pengakap Remaja versi baru. Tempahan atau penjualan lencana bolehlah melalui Scoutshop JB.
Anda juga boleh menghubungi
CRG Industri SDN. bHD,
Lot 11, Jalan E1/1, Kawasan Perindustrian Taman Ehsan,
Tel : 603-6274 9770
E-mail : info@crg.my
Web : www.crg.my

Jambori Budaya Indonesia/malaysia 2010
Tarikh : 8-12 Jun2010
Tempat : Tanah Datar,Sumatera barat Indonesia
Yuran : RM 300.00
(termasuk makan buffet 3kali,Jambori kit,lawatan/pengangkutan dari lapangan terbang Minangkabau ke tapak Jambori dan kembali)
Jika anda berminat, sila hubungi En Rahim Hamid HP:0176156880.

Tauliah Penolong Jurulatih PPM Johor

Tahniah kepada penerima Sijil Penolong Jurulatih 3beads kepada Penolong Pesuruhjaya Negeri Johor iaitu :
1. Tuan Hj Ramli Ibrahim - Penolong Pesuruhjaya Negeri(Pentadbiran)
2. Tuan Hj Razak Hj Ismail - Penolong Pesuruhjaya Negeri(Tugas-Tugas Khas)
3. En.Ishak Kodri - Penolong Pesuruhjaya Negeri (Unit PKK)
4. En Afzainizam Ahmad - Penolong Pesuruhjaya Daerah JB(Latihan)
Majlis penganugerahan telah disampaikan pada Majlis Penganugerahan Manikayu Peringkat Negeri Johor pada 17 Januari 2010.
Diharap para penerima di atas dapat membantu PLNJ/PPM Johor menjalankan tanggungjawab sepertimana diarahkan oleh Ibupejabat Kuala Lumpur, Peusurhjaya Pengakap Negeri Johor, Pasukan Latihan negeri atau daerah-daerah yang memerlukan khidmat tuan-tuan.
dipetik dari laman blog http://ibrahimjurulatih.blogspot.com/
Majlis Penganugerah Manikayu PPM Johor 2010

Batu Pahat, 17 Januari 2010;
Seramai lebih 50 Pemimpin dan Penolong Pemimpin Pengakap Negeri Johor telah diraikan dalam Majlis Pengalungan Manikayu yang diadakan di Universiti Teknologi Tun Hussein Onn, Parit Raja, Batu Pahat. ia terdiri daripada 4 orang pemimpin 3 beads dan 64 orang pemimpin 2 beads unit PKK,PM,PR dan PK
Istiadat pengalungan manikayu telah disempurnakan oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Yang Berbahagia Dato’ Haji Kaharudin Bin Momin. Antara VIP yang telah hadir ialah Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor, Tn. Hj. Yaacob Bin A. Karim, Pegawai Pendaftar UTHM, Pesuruhjaya Pengakap Negeri Melaka, Tuan Hj Abdul Kader Bin Mohd Nor dan mantan Pesuruhjaya Negeri Johor Tn. Hj Ibrahim Bin Junid.
Majlis pada kali ini amat istimewa kerana selain para VIP dan kenamaan, dif-dif jemputan adalah termasuk suami dan isteri penerima anugerah manikayu. Setelah seringkali merelakan pasangan masing-masing meninggalkan rumah untuk berjuang di landasan pengakap, begitulah hasilnya dapat dilihat oleh pasangan masing-masing.
Majlis Pengakap Negeri Johor mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada penerima-penerima anugerah manikayu.
Ucapan setinggi penghargaan kepada ahli jawatankuasa diketuai oleh pengerusi Pasukan Latihan Negei Johor, Tn Hj Ibrahim bin Abdullah dan juga sokongan Tuan Pesuruhjaya PengakapNegeri Johor, Tn Hj Yaacob A Karim yang menjadikan majlis gilang-gemilang.

Info untuk Tuan Pesuruhjaya Daerah/Pengerusi Pasukan Latihan Daerah PPM Johor
Semua Tuan Pesuruhjaya Daerah/Pengerusi Pasukan Latihan Daerah PPM Johor,sila ambil makluman/tindakan diatas perkara yang berikut :-
1. Pendaftaran semua Ahli Pengakap & Pemimpin Pengakap didaerah tuan berkuatkuasa 1.1.2010
2.Semua Pemimpin & Penolong Pemimpin dikehendaki mengisi Borang Tauliah Pemimpin.
3.Tesis (Kertas Kajian-IV) untuk MK telah dibatalkan,mana-mana pemimpin yangtidak sempat menghantar/menulis tesis tersebut,dikehendaki hadir Kursus Kepimpinan MK Bhg 3.1 & 3.2 unit sama.
4. Mulai tahun ini,semua pencalonan MK dikehendaki menyertai salinan slip pendaftaran keahlian/kad keahlian jikada.
5. Semua Kursus Kepimpinan MK semua unit, borang kebenaran menjalankan kursus hendaklah dimohon melalui Pengerusi PLN, 2 bulan sebelum kursus itu dijalankan.
6.Harga setiap sijil Kursus Kepimpinan MK RM2.00 sekeping
7. Buku Log(Catitan) ada dijual oleh Pengerusi PLNJ harga RM2.00 sebuah.
8.Lencana PPM unit PKK,PM,PR,PK terbaru berkuatkuasa 16.1.10Diharap dengan kerjasama tuan,plnj dapat menjalankan aktivti dengan lancar.Terima kasih.