Mar 29, 2010

Pelancaran Laman Blog PPM Pontian


Tahniah diucapkan kepada PPM Pontian di atas terbinanya laman blog yang dapat menyalurkan berita-berita terkini aktiviti-aktiviti kepengakapan di daerah Pontian.

Anda boleh lawat laman blog ini di http://scouts-pontian.blogspot.com/

Tahniah dan Salam Pengakap!!

Mar 23, 2010

Hilangnya Tokoh Kepengakapan Negara

(Gambar diambil ketika Jambori Selangor 2001)

Tan Sri Sulaiman Daud meninggal dunia

Sekalung penghargaan untuk Allahyarham yang telah banyak menabur jasa kepada Persekutuan Pengakap Malaysia sepanjang pentauliahan sebagai Ketua Pengakap Negara dari tahun 1984 sehingga 2004.

23 MAC 2010 - Bekas Menteri Pertanian Tan Sri Sulaiman Daud meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 8.10 pagi ini setelah lama uzur menghidap kanser hati. Pengarah HKL Datuk Dr Zaininah Mohd Zain berkata jenazah dibawa balik ke kediaman Allahyarham di 61, Lorong Lai Tet Lok Satu Off Jalan Gurney di Kuala Lumpur.Allahyarham yang baru sahaja menyambut ulang tahun ke-77 pada 4 Mac lalu, meninggalkan empat anak, iaitu Mahathir, Norshida, Zelda Raha dan Azman.Isteri Allahyarham, Puan Sri Naemah Hasbi meninggal dunia pada 26 Mac 2005 akibat barah paru-paru.

Sulaiman, yang merupakan bekas Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak dan bekas anggota Parlimen Petra Jaya, Sarawak, pernah menjawat pelbagai jawatan sebagai menteri di peringkat persekutuan, bermula dengan Menteri Wilayah Persekutuan pada 19 Mac 1981.

Selain itu, Allahyarham juga pernah memegang jawatan Menteri Pelajaran (1981-84 dan juga 1995-99), Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan (1984-86), Menteri Tanah dan Pembangunan Wilayah (1986-89), Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1989-1990), Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (1990-1991) dan jawatan terakhirnya sebagai Menteri Pertanian (1995-1999).

Anak kelahiran Kuching, Sarawak yang berkelulusan ijazah kedoktoran pergigian dari University of Otago, New Zealand, pernah bertugas sebagai doktor gigi di kerajaan negeri Sarawak dan Jabatan Perubatan Brunei pada tahun 1960-an.
- Bernama

BELASUNGKAWA


Mantan Ketua Pengakap Negara
(1984-2004)

Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor
dan seluruh ahli Pengakap Negeri Johor

merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga almarhum Tan Sri Sulaiman bin Daud, mantan Ketua Pengakap Negara sejak tahun 1984 hingga 2004 .
Al-Fatihah

Mar 19, 2010

KURSUS MANIKAYU ANJURAN PENGAKAP NEGERI JOHOR 2010


1. Kursus Manikayu Pengenalan & Peringkat 1 PLD Johor Bahru

Tarikh : 2 hingga 4 April 2010 - Unit PKK dan PK
Tarikh : 23 hingga 25 April 2010 - Unit PM dan PR
Tempat: Akan dimaklumkan
Hubungi:
En Afzainizam 019-7902284 (Pengerusi PLDJB) - Website ScoutsJB PLD

2. Kursus Manikayu Pengenalan & Bahagian 1 PLD Pontian
Tarikh : 9 hingga 11 April 2010 - Semua unit PKK, PM, PR, PK
Tempat: Pusat Latihan Pengakap Daerah Pontian
Hubungi:
En Azhar Noor Rahman 012-7441552 (DC Pontian/ Pengerusi PLD Pontian)

3. Kursus Manikayu Pengenalan & Bahagian 1 PLD Muar
Tarikh : 9 hingga 11 April 2010
Tempat: Kem Pagoh, Muar
Hubungi: En Shes Suhaiba Baba 019-6516243 (DC Muar)

4. Kursus Manikayu Pengenalan & Bahagian 1 PLD Batu Pahat
Tarikh : 16 hingga 18 April 2010 - Unit PKK & PM
Tempat: Kem Jubli Intan,Tg Laboh Batu Pahat
Hubungi: En Mohd Asik Saim 012-6577242 (DC Batu Pahat)

5. Kursus Manikayu Pengenalan & Bahagian 1 PLD Mersing
Tarikh : 7 hingga 9 Mei 2010
Tempat: Wisma Kem Pengakap Mersing
Hubungi: En Kamis Hasan 017-7034686/ 07-7961990 (DC Mersing)

6. Kursus Manikayu Bahagian 3.1 & 3.2 PLN Johor
a. Bahagian 3.1 PKK/ PM/ PR/ PK - 28 hingga 30 Mei 2010
b. Bahagian 3.2 PM/ PR/ PK - 16 hingga 19 Jun 2010
c. Bahagian 3.2 PKK - 17 hingga 19 Jun 2010

Ujian Pentarafan Pengakap Raja Negeri Johor 2010





JUMAAT, 19 Mac 2010 - Pada 14 hingga 18 Mac 2010, telah berlangsung dengan jayanya Ujian Pentarafan Pengakap Raja anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor di Kem Pengakap Jubli Intan, Tajung Laboh, Batu Pahat, Johor.

Seramai 152 orang peserta, 15 pentaraf, 18 penolong pentaraf dan 20 orang urusetia (pemimpin dan kelana) terlibat dalam menjayakan program tersebut kali ini.

Manisnya ujian kali turut dibantu oleh Setiausaha Pasukan Latihan Negara, Tn Hj Rahmat bin Jaafar, En Ariff Harman - Pentaraf Pengakap Raja Negeri Selangor, Pn Mariyati Siwa - ADC Kapar, Selangor, En Razak Shahidan - Pesuruhjaya Ibu Pejabat PPM, Kapten Rosila Mohamad Haroman - Pegawai Teknikal Ibu pejabat PPM. Tuan Pesuruhjaya Negeri, Tn Hj Yaacob A Karim turut sama menjadi pemerhati tetap sepanjang program ini berlangsung.

Ujian Pentarafan Pengakap Raja 2010 ini diketuai oleh Tn Hj Ibrahim bin Abdullah.

Berikut adalah data ujian tersebut;
Batu Pahat - 65 orang
Johor Bahru - 60 orang
Kluang - 3 orang
Muar - 10 orang
Segamat - 3 orang
Kulai - 1 orang

Tn Hj Rahmat (Setaiusaha Pasukan Latihan Negara) bersama Tn Hj Ibrahim Abdullah (Pengerusi Pentaraf Pengakap Raja Negeri Johor/Pengerusi Latihan Pengakap Negeri Johor)

Apa yang disenyumkan tu???


Tn Hj Rahmat melawat ke tapak perkhemahan peserta.

Barisan Pentaraf, penolong pentaraf dan urusetia
(pandangan kiri)

Barisan Pentaraf, penolong pentaraf dan urusetia
(pandangan kanan)

Tuan Khir memberikan arahan kepada peserta

Barisan urusetia yang setia

Urusetia(kelana kem) yang bekerja keras sebelum, semasa dan selepas ujian.
Tanpa kalian, haru biru agaknya ujian ini dijalankan.

Tn Hj Rahmat, Tn Hj Yaacob, Tn Hj Ibrahim, en Ariff, en Khir dan Tn Hj Samsi sedang berbincang.

Majlis Penutupan dirasmikan oleh YB Tn Hj Ayub bin Hj Jamil, ADUN Rengit.

Dari kiri; Tn Hj Ibrahim Abdullah, Tn Hj Yaacob A Karim, YB Tn Hj Ayub bin Hj Jamil, Tn Hj Samsi dan Kapten Rosila Mohamad Haroman

Majlis Sambutan Maulidur Rasul

Semua calon Pentarafan Pengakap Raja Negeri Johor 2010 berkesempatan menyambut Maulidur Rasul di Kem Jubli Intan, Tanjung Laboh pada malam 17 Mac 2010(Rabu). Dikesibukan dinilai, dan kesuntukan masa, calon pentarafan dapat menganjurkan majlis yang penuh bermakna ini. Penceramah jemputan adalah Al-Ustaz Khairuzzikri bin Hj Anuar. Tetamu khas adalah Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor, Tn Hj Yaacob A Karim.


Orang paling "berpengaruh" di UPPR 2010 kali ini....Tuan Asik

Rambut panjang harus dipotong!!!

Antara aktiviti-aktiviti yang dinilai


Calon perempuan turut menunjukkan kebolehan mereka.

Kepada semua yang terlibat, tahniah diucapkan.

Kepada semua calon, kepengakapan anda bukan berakhir di sini. teruskan usaha seterusnya memajukan pengakap sama ada di kumpulan anda, daerah, negeri mahu pun negara.

Mar 12, 2010

PENDAFTARAN KUMPULAN/KEAHLIAN PPM JOHOR 2010



JANGKA MASA PENDAFTARAN



01 Feb-15 Mac 2010 – Pemberitahuan pendaftaran keahlian PPM Johor



16 Mac-15April 2010 - Pendaftaran berpusat di semua daerah seluruh Johor



16 April-30April 2010 - Penyerahan pendaftaran daerah kepada PPM Johor



1 Mei 2010 - Pendaftaran keahlian Pengakap Johor dihantar kepada Persekutuan PengakapMalaysia.



01 Mei 2010 - PENDAFTARAN DITUTUP.


Mar 8, 2010

Kursus Kejurulatihan-Penolong Jurulatih Kebangsaan ke-29

Kursus Kejurulatihan-Penolong Jurulatih Kebangsaan ke-29 telah diadakan pada 1-6 Mac 2010 di IYC Cheras K.Lumpur. Kursus tersebut memberi peluang kepada Pemimpin Pengakap untuk menimba pengetahuan baru didalam teknik,kemahiran,persembahan cara baru,bertukar idea antara kumpulan dan berkenalan di antara satu dengan lain.


Ini merupakan kursus CALT kali pertama yang menggunakan silibus baru bersamaan dengan silibus yang digunapakai oleh WOSM.

Diharap, peserta-peserta kali ini dapat menyampaikan ilmu kepengakapan cara baru kepada negeri masing-masing.


Penyertaan dari Johor
Penilai Praktikum : Tn Hj Ibrahim bin Abdullah.
Pembimbing Kursus : En Mohd Khir bin Muda
Peserta Kursus : En Abd Razak Idris, En Affendi Abd Hamid dan Pn Rosmah Abdullah



Pengalungan Manikayu 4 Butir

Tahniah diucapkan kepada En Mohd Khir bin Muda di atas pengalungan Manikayu 4 butir yang telah di sampaikan oleh Pesuruhjaya Latihan Negara, En. Haji Abdul Shukor Bin Mohsin pada Majlis Penutupan Kursus Penolong Juruati Kebangsaan di Pusat Belia Antarabangsa, Cheras pada 6 Mac 2010. Tahniah!!

Majlis Penganugerahan Manikayu 2009

Maklumat Majlis
Tempat : Universiti Tun Hussien Onn Malaysia, Batu Pahat, Johor
Tarikh : 17 Januari 2010
Penyampai Anugerah : Ketua Pesuruhanjaya Pengakap Negara



Data
Manikayu 3 butir (Penolong Jurulatih Kebangsaan) - 4 Orang
1. Tuan Hj Ramli Ibrahim - Penolong Pesuruhjaya Negeri(Pentadbiran)
2. Tuan Hj Razak Hj Ismail - Penolong Pesuruhjaya Negeri(Tugas-Tugas Khas)
3. En.Ishak Kodri - Penolong Pesuruhjaya Negeri (Unit PKK)
4. En Afzainizam Ahmad - Penolong Pesuruhjaya Daerah JB(Latihan)

Manikayu 2 butir - 61 orang
PKK = 20 orang, PM = 18 orang, PR = 10 orang dan PK = 13 orang

Tahniah kepada Pasukan Latihan Negeri yang diketuai oleh Tn Hj Ibrahim Abdullah kerana berjaya melahirkan pelapis baru. Semoga pergerakan pengakap di Johor terus maju dan terus releven. Tahniah!!


Ketua Pesuruhanjaya Pengakap Negara, Y.Bhg Dato Kaharuddin Momin diiringi Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor, Tn Hj Yaacob A Karim
Mantan Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor
Tn Hj Ibrahim bin Junid diiringi Pengerusi Pasukan Latihan Negeri Johor, Tn Hj Ibrahim Abdullah
Pelapis baru Penolong Jurulatih Kebangsaan
Dari kiri : En Ishak Kodri, Tn Hj Ramli Ibrahim, Tn Hj Razak Ismail dan En Afzainizam Ahmad

Majlis Pelancaran dan Penganugerahan Pingat Jasa Pengakap

Persekutuan Pengakap Malaysia melancarkan koleksi pingat Pengakap Malaysia terbaru iaitu"Pingat Jasa Pengakap" ( PJP). Dan Majlis penganugerahan di adakan di International Youth Center Cheras pada 16/01/2010.



Mar 7, 2010

Tarikh Ujian Perkhemahan Pentarafan Pengakap Raja Johor 2010


Kepada semua calon ujian Perkhemahan Pentaraf Pengakap Raja negeri Johor
Tarikh : 14-18 Mac 2010
Hari : Ahad
Tempat : Kem Pengakap Jubli Intan Tg Laboh,Senggarang Bt Pahat Johor.
14.3.10 (Ahad) - Semua calon pentarafan pengakap raja menyediakan kawasan perkhemahan
15-18.3.10 (Isnin-Khamis) - Pendaftaran Pentaraf dan pendaftaran calon pentarafan yang layak berdasarkan 50% persediaan kawasan perkhemahan.

Ujian dimulakan mengikut jadual.
Pencalonan untuk ujian perkhemahan pentaraf pengakap raja negeri johor adalah :
1.Daerah JB/Daerah Kulaijaya 84 orang
2.Daerah BP 56 orang
3.Daerah Kluang 7 orang
4.Daerah Segamat 3 orang
5.Daerah Muar 2 orang
6.Daerah Pontian 1 orang
7.Daerah Mersing 1 orang

Jumlah calon pentarafan pengakap raja seramai 154 orang.
Selamat berjuang/LULUS UJIAN INI untuk menjadi seorang ahli PENGAKAP RAJA


MESYUARAT PEMIMPIN PEMIMPIN KELANA SEMUA PERINGKAT ( KUMPULAN / DAERAH / NEGERI / KLKM / KLM ) SE MALAYSIA

Merujuk surat PPM-6(012)2010 bertarikh 18.2.2010

Mesyuarat Pemimpin-pemimpin Pengakap Kelana se Malaysia akan diadakan pada :
Tarikh : 19-21 mac 2010
Tempat: Kem Pengakap Melaka,Pengkalan Badak, Bukit Katil, Melaka

Sila berhubung dengan PPNJ-Kelana, En Afendi Hamid untuk keterangan lanjut. 0166636629