Apr 16, 2010

JAMBORI PENGAKAP 1BELIA 1MALAYSIA

Merujuk rujuk kertas kerja Jawatankuasa Teknikal Latihan PPM bahawa YB Menteri Belia dan Sukan telah menjemput Majlis Persekutuan Pengakap Malaysia untuk menganjurkan Jambori Pengakap sempena Hari Belia Negara 2010.

Oleh itu, anda dipelawa untuk menyertai Jambori tersebut. Berikut disenaraikan maklumat Jambori Pengakap 1Belia 1Malaysia.

Tarikh Jambori : 14 hingga 16 Mei 2010
Lokasi Jambori : Wetland, Putrajaya
Kapasiti Kontinjen Johor : 200 orang
Yuran Jambori : RM 10.00
Penyertaan : Pengakap Muda, Pengakap Remaja, Pengakap Kelana dan Pemimpin.

Ketua Kontijen : En Barden bin Uteh
Pen. Ketua Kontinjen (PK) : En Mohd Affendi Abdul Hamid
Pen. Ketua Kontinjen (PR) : En Mukim Katimun
Pen. Ketua Kontinjen (PM) : En Abd Razak Idris.

Kepada semua pengakap yang berminat untuk menyertai jambori tersebut, sila daftar SEGERA.
Anda boleh hubungi Pesuruhjaya Pengakap Daerah masing-masing atau penama di atas.

Nota :
1. Keterangan Lanjut : http://ppmnjptd.blogspot.com/2010/04/jambori-pengakap-1belia-1malaysia.html
2. Bayaran yuran RM10.00(sepuluh ringgit) untuk mendapatkan 1 beg,yang mengandungi lencana,sijil,pen,buku,buton,sticker,dll.

JAMBORI PENGAKAP 1BELIA 1MALAYSIA

Rujuk : PPM – 7 (025) 2010
Tarikh : 24 Mac 2010

Semua Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri / Pesuruhjaya Pengakap Negeri

JAMBORI PENGAKAP 1 BELIA 1 MALAYSIA
BERSEMPENA SAMBUTAN HARI BELIA KEBANGSAAN 2010
DI TAMAN WETLAND PUTRAJAYA,
PADA 14 HINGGA 16 MEI 2010

Dengan segala hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dengan kerjasama Persekutuan Pengakap Malaysia akan menganjurkan Perkhemahan Pengakap 1 Belia 1 Malaysia bersempena sambutan Hari Belia Kebangsaan 2010 pada 14 hingga 16 Mei 2010.

2. Jambori yang akan menghimpunkan seramai 3,000 orang ahli Pengakap yang terdiri daripada Pengakap Muda, Remaja, Kelana dan Pemimpin-pemimpin Pengakap ini akan diadakan di Taman Wetland, Putrajaya, yang mana pada masa yang sama juga akan diadakan Jambori di Udara kali ke-3 (3rd National JOTA).

3. Sehubungan dengan itu, Persekutuan Pengakap Malaysia memohon jasa baik YBhg. Datuk/ Dato’/ tuan untuk menghantar seramai 160 orang peserta dari setiap negeri ke Jambori ini. Makan minum akan disediakan oleh pihak penganjur tetapi pengangkutan pergi balek dan khemah hendaklah disediakan oleh pihak PPM negeri masing-masing.

Segala kerjasama dan perhatian dari pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA MELALUI KEPENGAKAPAN”
"1 MALAYSIA"

Yang menjalankan tugas
Persekutuan Pengakap Malaysia

t.t.
MOHD ZAKI NURUD-DIN @ NORDIN

Ketua Setiausaha Eksekutif

LENCANA BARU PPM

IBUPEJABAT-15April. Mesyuarat Teknikal PPM telah meluluskan membeli dan memakai lencana baru mulai hari ini.Pesuruhjaya Latihan Negara,Tuan Hj Shukor Mohsin berharap semua pemimpin dapat menguji pengakap dan menggunakan lencana dengan betul.

Ibupejabat akan mengeluarkan Sijil untuk lencana tersebut-dalam proses,untuk dibukukan.

Sumber Info : PLNJ

Apr 12, 2010

Kursus Manik Kayu Anjuran PLD Pontian


Ahad, 11 April 2010 - Pada 9, 10 dan 11 April 2010, bertempat di Pusat Latihan Pengakap Daerah Pontian, Kompleks Penghulu Mukim Serkat, Pontian, Negeri Johor, telah diadakan Kursus Manik Kayu unit PM, PR dan PK dengan jayanya.
Kursus telah menerima lawatan daripada Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor, Tn Hj Yaacob A Karim.
Ketua Kursus MK Unit Muda - En Abd Razak Idris
Ketua Kursus MK Unit Remaja - En Tan Check Meng
Ketu Kursus MK Unit Kelana - En Affendi Abd Hamid
Tahniah buat DC Pontian - En Azhar Noor Rahman, En. Zaini Mohd Said - pengerusi PLD Pontian serta barisan ADC dan kelana Pontian kerana berjaya menganjurkan kursus Manik Kayu dengan cemerlang. Tahniah juga buat barisan barisan jurulatih yang diketuai oleh Tn Hj Ibrahim Abdullah - Pengerusi Pasukan Latihan Negeri Johor.
Jumpa Lagi di MK 3(i) nanti.

Apr 6, 2010

Pertukaran Nama Jawatan Pesuruhjaya Pengakap Negeri di Semenanjung Malaysia kepada Ketua Pesuruhjaya Negeri

Pada 28 Mac 2010 bertempat di Pusat Belia Antarabangsa, Cheras, Kuala Lumpur telah berlangsungnya Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Persekutuan Pengakap Malaysia.

Berikut adalah maklumat yang diperolehi dari majlis berprestij tersebut. Semua perkara tersebut berkuatkuasa SERTA MERTA.

Ahli Majlis Pengakap Malaysia bagi sesi 2009-2011
1. Yang DiPertua Majlis Pengakap Negara
Dato' Seri Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd Salleh

2. Timbalan Yang DiPertua
YBhg. Dato' Aziz Jamaludin bin Mhd Tahir

3. Naib Yang DiPertua
YBhg Tan Sri Dato' Seri Halim bin Mohammad

4. Bendahari Kehormat
YB Dato' Dr. Mohamad Shahrom bin Osman


Pindaan Policy, Organisation and Rules (POR) atau Dasar Pertubuhan Persatuan
Beberapa pindaan telah dilakukan dan di antaranya;

1. Pertukaran jawatan Pesuruhjaya Pengakap Negeri kepada Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri bagi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. Bertujuan bagi menyeragamkan jawatan tersebut dengan negeri Sabah dan Sarawak.

2. Pertukaran nama jawatan ini turut melibatkan perubahan pada bilangan lengkar di epolet. Lengkar ditambah satu daripada sebelumnya - 3 lengkar menjadi 4 lengkar.

3. Perubahan ini hanya melibatkan jawatan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri. Bagi Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri, bilangan lengkar pada epolet masih sama.

Sumber info : Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor, Tn Hj Yaacob A Karim.


Apr 2, 2010

Jambori Budaya Serumpun Malaysia/Indonesia

Jambori Budaya Serumpun Malaysia/Indonesia di Pagar Ruyung, Tanah Datar, Sumatera Barat, Indonesia.

Jambori akan berlangsung pada 8 hingga 12 Jun 2010.

Sehingga 31 Mac 2010, seramai 52 orang pemimpin dan ahli pengakap negeri Johor telah mendaftarkan diri untuk mengikuti Jambori ini.

Jika pemimpin atau ahli pengakap negeri Johor berminat, boleh menghubungi;

Encik Ramli bin Sharip
Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kulai Jaya
017-7123097