Jul 30, 2010

LENCANA KEMAHIRAN PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA

Mesyuarat Majlis Pesuruhjaya Negara bertarikh 10 Julai 2010 bertempat di Rumah B-P, Kuala Lumpur telah memutuskan supaya penggunaan
Lencana Kemahiran Pengakap (Edisi Baru)
telah DIBENARKAN untuk diguna pakai bagi ujian-ujian
Skim Latihan Pengakap Kanak-kanak/ Muda/ Remaja/ Kelana.

Ruj. Surat PPM-2(468)/2010 bertarikh : 21 Julai 2010

Jul 28, 2010

JAMBORI 100 TAHUN PENGAKAP SINGAPURA / JAMBORI ASEAN KE-3

Tarikh : 4 hingga 9 Disember 2010

Tempat : Sarimbun Camp, Singapura

Penganjur : Scout Association Of Singapore

Yuran Pendaftaran Penyertaan Seorang : USD200.00 (P. Muda/P.Remaja) /
USD150.00 (Pemimpin Pengakap)
Meliputi penginapan dalam khemah, makan minum, aktiviti & kit jambori

Yuran Kontinjen : RM20.00 seorang

Tarikh Tutup Penerimaan Borang/Yuran : 30 Oktober 2010 (Sabtu)

Ketua Kontinjen Negeri Johor : En. Mohd Khairi bin Jailani

Sebarang keterangan lanjut & pertanyaan sila berhubung dengan en. Mohd Khairi Jailani.

Jul 27, 2010

Takziah Kepada En Mohd Asik bin Saim, Pesuruhjaya Pengakap Daerah Batu Pahat

Persekutuan Pengakap Malaysia
Negeri Johor Darul Takzim

ingin merakamkan ucapan takziah
kepada En Mohd Asik bin Saim,
(Pesuruhjaya Pengakap Daerah Batu Pahat)
dan ahli keluarga.

AL-FATIHAH

bersama kita panjatkan doa semoga roh al-marhum ayahanda tuan dicucuri rahmat-Nya serta ditempatkan bersama-sama golongan yang beramal soleh serta ahli-ahli syurga.

Jul 24, 2010

Syabas di atas kejayaan Mesyuarat Majlis Pesuruhjaya Negeri Bil. 1/2010

Sebahagian ahli jawatankuasa yang sempat merakamkan foto
di perkarangan blok bangunan Exora, SMK Permata Jaya Rengit, Batu Pahat

Jul 18, 2010

BERITA KEJAYAAN - Pasukan Pengakap 01 Di Malaysia Hari ini TV3

Tahniah kepada pasukan pengakap 01 Sekolah Tinggi Kluang kerana telah dipilih untuk menjadi tetamu di dalam Malaysia Hari Ini (MHI). Mereka telah di temubual pada hari Isnin, 18 Januari 2009.
Pasukan pegakap yang telah diketuai oleh Encik Megat Mohd. Nizar juga mendemonstrasikan kawad tongkat di dalam rancangan tersebut. Pihak sekolah mengucapka setinggi-tinggi tahniah kepada Pasukan Pengakap 01 kerana telah berjaya mengharumkan nama sekolah.








PERSIDANGAN KEBANGSAAN PESURUHJAYA-PESURUHJAYA MALAYSIA

Persidangan Kebangsaan
Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Pengakap Negeri di Malaysia

Tarikh : 9 Oogos 2010
Masa : 3 petang
Tempat : Kem Kijang, Kota Bahru, Kelantan

Jul 15, 2010

BLOG BARU PPM DAERAH MERSING


http://ppmmersingpengakap.blogspot.com/


TAHNIAH buat warga kerja ICT PPM Daerah Mersing keraja dengan jayanya mewujudkan blog ini. Semoga ianya menjadi medan perhubungan di antara PPMN Johor dan juga Daerah anda. Syabas!!

Jul 12, 2010

Jambori Asean Ke-3 dan Sambutan 100 Tahun Pengakap Singapura


Tarikh : 4 - 9 Dis. 2010
Tempat : Saribun Camp, Singapura
Tema : "BuildingCommon Space"

PROGRAM ANTARABANGSA (SEPT. 2010 - JAN.2011)

Program : APR COMMUNICATION FORUM
Tempat : Thimpu, Bhutan
Tarikh : 29 Sept. - 2 Okt. 2010


Program : JAMBORI ASEAN KE-3/JAMBORI 100 TAHUN SINGAPURA
Tempat : Sarimbun Camp, Singapura
Tarikh : 4 - 9 Dis. 2010


Program : HONG KONG SCOUT CENTENARY JAMBOREE
Tempat : Penny's Bay, near Hong Kong Disneyland
Tarikh : 27 Dis 2010 - 1 Jan. 2011


Program : 19 th NZ SCOUT JAMBOREE (ADVENTURE JAM 2011)
Tempat : Mystery Creek, Hamilton, New Zealand
Tarikh : 29 Dis. 2010 - 6 Jan. 2011


Program : 11th WORLD SCOUT YOUTH FORUM
Tempat : Blumenau, Brazil
Tarikh : 3 - 6 Jan. 2011


Program : 39 th WORLD SCOUT CONFERENCE
Tempat : Curitiba, Brazil
Tarikh : 10 - 14 Jan. 2011

Jul 10, 2010

NOTIS MESYUARAT MAJLIS PESURUHJAYA PENGAKAP NEGERI JOHOR

Tuan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor - Tuan Haji Yaacob A Karim memaklumkan iaitu Mesyuarat Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor dan Mesyuarat Agong Pasukan Latihan Negeri Johor akan diadakan pada :

Mesyuarat Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor
Tarikh : 24 Julai 2010 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi hingga 12.30 tengahari
Tempat : SMK Permata Jaya, Rengit, Batu Pahat, Johor

Mesyuarat Agong Pasukan Latihan Negeri Johor
Tarikh : 24 Julai 2010 (Sabtu)
Masa : 2.00 hingga 5.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Exsora, SMK Permata Jaya, Rengit, Batu Pahat, Johor
Pakaian : Uniform lengkap
Bawa Dokumen Untuk Serahan : satu salinan sijil manikayu dan kad pengenalan

Satu notis edaran makluman mesyuarat tersebut akan diedarkan.
Untuk makluman yang berkenaan sahaja. Terima kasih.

Jul 7, 2010

Individu yang berbakti : di belakang tabir menjayakan Kursus Kawad & Istiadat Pengakap

Tn Hj Yaacob bin A Karim
Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor
Percaya pada team work pengakap Johor untuk bersetuju membawa kursus ini ke Kem Pengakap Jubli Intan, Tanjung Labuh. Tetap ke kem walaupun terpaksa bertongkat. Semangat kental beliau membuatkan pengakap Johor terus bersemangat. Hidup Pak Akob!!
Tuan Mohd Asik : "Tuan Punya Daerah".
Selaku DC merangkap ketua urusetia sememangnya
Tuan Asik melunaskan tugas di atas pundak beliau sehingga sukses.

Tekun dengan hasil kerja tangan, supaya huruf yang dijadikan back drop sangat istimewa untuk tetamu istimewa & majlis istimewa. Tn. Hj. Noh : "Tuan Punya Pusat Sumber Pengakap Negeri Johor". Orangnya rendah diri tetapi amat bersemangat dalam melaksanakan tanggungjawab.


Tn. Khir orang paling berkuasa : "Kem Tuan Yang Punya"
Kata-kata gurauan, beliau adalah tuan Penyelia Kem Pengakap Tanjung Labuh setaraf dengan jawatan Pengetua AF - Akademi Fantasia.

Pn Habibah Ismail - PPNJ Tugas Khas ini memang komited dengan tugasnya. Syabas Kak Bib!!

Jul 6, 2010

TAHNIAH PPM NEGERI JOHOR

Syabas di atas kejayaan PPM Negeri Johor di atas kejayaan mengurus Kursus Kawad dan Istiadat Pengakap Tahun 2010.

TIDAK DILUPAKAN juga ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam memastikan kursus ini berjalan dengan lancar serta sukses.

Jul 5, 2010

Takziah Kepada Tn. Hj. Jahar bin Abd. Mulok

PPM Negeri Johor dan semua jawatankuasa serta peserta
Kursus Kawad & Istiadat Pengakap Tahun 2010
ingin merakamkan ucapan takziah
kepada Tn. Hj. Jahar b. Abd Mulok sekeluarga.
AL-FATIHAH
bersama kita panjatkan doa semoga roh al-marhum ayahanda tuan dicucuri rahmat-Nya serta ditempatkan bersama-sama gologan yang beramal soleh serta ahli-ahli syurga.

Jul 4, 2010

Kursus Kawad & Istiadat Pengakap 2010

Peserta kursus dan para jurulatih bergambar bersama Pesuruhjaya Latihan Negara


Peserta kursus ceria semasa menyampaikan cenderahati kepada YBhg. Tn. Hj. Abdul Shukor b. Mohsin, Pesuruhjaya Latihan Negara

Majlis perasmian penutup Kursus Kawad & Istiadat Pengakap yang telah disempurnakan oleh YBhg. Tn. Hj. Abdul Shukor b. Mohsin, Pesuruhjaya Latihan Negara


Majlis bacaan Yasin dan tahlil khusus kepada al-marhum ayahanda Tn. Hj. Jahar b. Abd. Mulok. ASC W.P. Labuan yang telah meninggal dunia pada 1 Julai 2010

Barisan para jurulatih


YBhg. Tn. Hj. Kaharudin b. Momin, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara menjamu selera ditemani Tn. Hj. Yaacob b. A Karim Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor, dan Tn. Hj. Rahmat b. Jaafar Setiausaha Latihan Negara


Ucapan Tn. Hj. Yaacob b. A Karim, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor, merangkap Pengarah Kursus Kawad & Istiadat Pengakap 2010


Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang;
Di lain masa berjumpa lagi.....


Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta, jurulatih serta semua pihak yang telah terlibat menjayakan kursus tersebut.