Sep 27, 2010

SURAT KEBENARAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA MENYERTAI JAMBORI

Adalah dimaklumkan bahawa surat kebenaran guru dan pelajar bagi menyertai jambori seperti di bawah telah dihantar, serta mendapat kelulusan rasmi KPM seperti rujukan berikut :

(1) Penyertaan ke One Land Scout Jamboree, Kem Kijang Kelantan
Rujukan surat KPM :KP(BPSH-SPDK)201/002/01/Jld.48 (62)

(2) Penyertaan ke Jambori 100 Tahun dan Jamboree Asean ke-2, Sarinbun Singapura
Rujukan surat KPM :KP(BPSH-SPDK)201/002/01/Jld.48 (63)

(3) Pelepasan guru ke Hong Kong Scout Centenary Jamboree, Kenny's Bay Hong Kong
Rujukan surat :KP(BPSH-SPDK)201/002/01/Jld.50 (23)

MAKLUMAT DIRI PESERTA ONE LAND SCOUT JAMBOREE

SEGERA

Pihak urusetia kontinjen Negeri Johor memerlukan maklumat pegawai/pemimpin bagi tujuan surat permohonan cuti tanpa rekod daripada JPNJ. (termasuk yang BUKAN GURU) :
(1) Nama lengkap
(2) No. K/P
(3) Jawatan
(4) Alamat lengkap/ No. telefon/ No. faks sekolah/pejabat
(5) Alamat lengkap/ No. telefon/ Hp. rumah semasa

Sila hantar dalam kadar segera, selewat-lewatnya 28 Oktober 2010 (Selasa) kepada encik Ismail Buang (Pesuruhjaya Daerah Segamat) melalui sms atau telefon (017-7243922) atau email (ismailnorzilah@yahoo.com)

Sep 25, 2010

Blog Pengakap Segamat.

Tahniah kepada pengakap Segamat yang telah membangunkan blog. Mudah-mudahan blog ini menjadi media info kepada warga pengakap Segamat khasnya kepada pengakap negeri Johor amnya. Syabas!!!

http://ppmsegamat.blogspot.com/


Sep 4, 2010

UCAPAN KHAS SEMPENA LEBARAN 1431H/2010

Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor ingin mengucapkan
selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri serta maaf zahir dan batin kepada
Ketua Pengakap Negara Malaysia
Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara
Barisan Kepimpinan PPM (Ibu Pejabat)
Semua Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri
Barisan Kepimpinan Majlis Pengakap PPM Negeri Johor
Barisan Kepimpinan Majlis Pesuruhjaya PPM Negeri Johor
Semua Pesuruhjaya Pengakap Daerah
Pemimpin / Penolong-Penolong Pemimpin Kumpulan Pengakap
dan semua ahli Pengakap yang beragama Islam
dengan mesej khas lebaran selamat bercuti dengan pemanduan berhemah
ke destinasi ditujui,
"Pandu Cermat Jiwa Selamat"

Sep 3, 2010

Keputusan Tilawah Al-Quran Pengakap Peringkat Kebangsaan : Kategori Perempuan Johan / Kategori Lelaki Naib Johan

Berita dibawa oleh ketua kontinjen Pengakap Negeri Johor ke Pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat Persekutuan Pengakap Malaysia di Sik, Kedah pada 1 hingga 3 September 2010 oleh Encik Khamis bin Hasan, Pesuruhjaya Pengakap Daerah Mersing.


Keputusan
Pertandingan Tilawah Al-Quran
Peringkat Persekutuan Pengakap Malaysia

Kategori Perempuan : Johan
Peserta : Sofi Soliha bt Sagimin
Daerah : Mersing

Kategori Lelaki : Naib Johan
Peserta : Muhamad Izzuddin Hafiz bin Khairil Anuar
Daerah : Kulaijaya

Tahniah untuk anda berdua khasnya, dan pada PPM Negeri Johor amnya.

Sep 1, 2010

Hong Kong Scouts Centenary Jamboree




Tarikh : 21 Dis. 2010 hingga 1 Jan 2011

Anjuran : The Scout Association of Hong Kong

Tempat : Penny's Bay, Hong Kong

Ketua Kontinjen PPM : En. Chan Ah Sang

Yuran Penyertaan : USD150.00

Yuran Kontinjen Malaysia : RM300.00

Tarikh Tutup Permohonan ke PPM : 30 Sept. 2010

(u.p. : En. Abd Rahim Abd Hamid)


Sesiapa yang berminat boleh berhubung dengan Ketua Pesuruhjaya Negeri Johor.