Kursus Pentarafan Pengakap Raja bagi Bakal Pentaraf anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia


IBUPEJABAT PPM akan mengadakan Kursus Pentarafan Pengakap Raja bagi bakal pentaraf sepertimana maklumat berikut :

Tarikh : 18-21 Disember 2010
Tempat : Bagan Lalang, Sepang, Selangor
Bayaran : RM200.00

PPM Johor akan menghantar 10 orang Pemimpin :-

PESERTA
1. Afzainizam Ahmad - JB
2. Zalini Johari - JB
3. Khairul Anwar - Muar
4. Muhd Samsul Riza - Muar
5. Kama Azhar Abd Karim -BP
6. Abu Khan Misran -BP
7. See Kwee Lan - Segamat
8. Mohd Asfaizal Hasran - Kluang
9 .Trevor Lee - Kulaijaya
10. Zaki Hilwan Achok-Pontian

PEGAWAI
1. En Mohd Khir Mohd Muda - Pengarah Kursus
2. Hj Ibrahim Abdullah - Jurulatih
3. En Azhar Nor Rahman - Pembimbing
4. YM Raja Iskandar Raja Ali - Pembimbing

Berita dipetik dari laman blog http://ibrahimjurulatih.blogspot.com/

Nov 25, 2010

KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU 3.1 PKK/PM

Pasukan Latihan Pengakap N.Johor akan menganjurkan Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 3(1) Pengakap Kanak-Kanak dan Pengakap Muda pada :

Tarikh : 14hb hingga 16hb JANUARI 2011
Tempat : Kem Jubli Intan,Tg Labuh Senggarang Bt Pahat Johor
Bayaran : RM70.00 seorang Pemimpin/Penolong Pemimpin

Syarat Penyertaan :
Telah menghadiri Kursus Kepimpinan Manikayu PENGENALAN dan Peringkat 1

Peserta dikehendaki membawa Khemah sendiri,alat dapur seperti dapur gas,pinggan,mug,cawan,pisau,parang dan ikatan untuk gajet. Alat basah akan disediakan oleh Urusetia PLNJ

Sila hubungi 013-7014105 atau Tuan Pesuruhjaya Daerah anda untuk keterangan lanjut.

Nov 22, 2010

PESURUHJAYA PENGAKAP DAERAH KULAI 2018


En Jairuddin bin Hadjilani

Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kulai Jaya

Alamat :
SMK TAMAN PUTRI, 
JALAN SRI PUTRI 1/16, TAMAN PUTRI, 
81000 KULAI, JOHOR.

Nov 6, 2010

KARNIVAL PENDIDIKAN KOKURIKULUM PARLIMEN PAGOH 2010


Unit Kokurikulum, Jabatan Pelajaran Negeri Johor akan mengadakan Karnival Pendidikan Kokurikulum Parlimen Pagoh 2010 yang akan diadakan seperti maklumat berikut :

Tarikh : 9 hingga 10 November 2010
Tempat : SMK Felcra Bukit Kepong, Muar, Johor
Hari Pameran : 10 Nov 2010
Masa : 8.00 pagi hingga 6.00 petang.

Sehubungan dengan itu, Jabatan Pelajaran Negeri Johor memberi ruang kepada PPM Negeri Johor untuk turut serta mempamerkan aktiviti dan kegiatan dalam Pergerakan Pengakap.

Majlis ini akan dirasmikan oleh Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Jom ramai-ramai kita ke sana!!! Dapatkan buah tangan menarik di booth Pengakap!!

Jawatankuasa Terlibat
Penyelaras Pameran : Tn Hj Noh bin Hamim (PPNJ Pusat Sumber)
Pen. Penyelaras Pameran : Tuah bin Senin (ADC Muar)
Pembantu : Pengakap Daerah Muar.

Majlis MOU PPM Negeri Johor dan Kumpulan Pendidikan YPJ


Rabu, 2 November 2010 - Bertempat di Pusat Konvensyen PERSADA Johor, satu majlis menandatangani MOA/MOU di antara Kumpulan Pendidikan Yayasan Pelajaran Johor dengan IBFIM, FPAM, PERHEBAT dan Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor telah diadakan dengan jayanya.



Majlis berlansung selama hampir 2 jam turut melancarkan jurnal bertajuk "SAUJANA" terbitan KPYPJ.



Perjanjian MOA/MOU ini diantaranya memberi ruang bagi ahli pengakap negeri Johor yang berdaftar untuk melanjutkan pelajaran diperingkat Sijil dan Diploma di KPYPJ. Selain itu, KPYPJ akan menubuhkan kumpulan Kelana di peringkat kolej bagi membolehkan pelajar-pelajar KPYPJ menyertai pengakap dan menjadikan pergerakan ini sebagai satu cabang aktiviti kokurikulum di kolej mereka.



Satu langkah ke hadapan. Tahniah PPM Negeri Johor.



Berita dipetik dari http://scoutsjb.net

Tahniah Kepada Pesuruhjaya Daerah Batu Pahat di atas Pengalungan Manikayu 3 Bead di IYC


Tahniah kepada DC Batu Pahat, Tuan Mohd Asik bin Saim di atas pengalungan Manikayu 3 Bead di IYC tempohari.

Semoga penganugerahan itu melonjakkan Pergerakan Pengakap Daerah Batu Pahat khasnya dan PPM Negeri Johor umumnya.