Feb 14, 2011
SALAM MAULIDUR RASUL 1432 HIJRAH
Feb 9, 2011
Feb 8, 2011
Perginya Seorang Tokoh Pengakap Negeri Johor Berjasa





Feb 5, 2011
Tuan Haji Hamidon bin Harun - Mantan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor
Tuan Haji Hamidon bin Harun mantan Pesuruhjaya Pengakap
Negeri Johor telah kembali ke rahmatullah pada 6 Februari 2011 lebih
kurang pukul 12.20 pagi di Hospital Pakar Ampang.
Jenazah almarhum akan disembahyangkan di Masjid Taman Tun Razak Ampang, dan akan dikebumikan di tanah perkuburan KOSAS pada 6 Februari 2011.
Seorang tokoh Pengakap negeri Johor yang aktif dan disegani. Beliau seorang yang berpewatakan lemah lembut tetapi tegas, dan tetap pendirian. Walaupun beliau mempunyai masalah kesihatan iaitu penyakit jantung, semasa hayatnya beliau masih berupaya memikul tanggungjawab sebagai Pesuruhjaya Negeri Johor selepas mantan Tn Hj Ibrahim bin Junid dilantik sebagai ahli Majlis Persekutuan Pengakap Malaysia.
Apabila segala tugas yang telah diamanahkan ke atas beliau telah selesai serta berpuas hati dengan organisasi PPMN Johor yang telah mantap, maka ketika itu beliau membuat keputusan untuk menyerahkan jawatan Pesuruhjaya Negeri kepada Tn Hj Yaacob bin A Karim hingga sekarang.
Perginya almarhum merupakan satu kehilangan besar bagi PPMNJ. Jasa dan bakti yang telah beliau sumbangkan pasti tetap dikenang buat selamanya.
Semoga roh almarhum dicucuri rahmat serta ditempat bersama-sama orang yang beriman dan para solihin.
Feb 3, 2011
Belasungkawa Allahyarham Mantan Menteri Besar Johor - Datuk Abdul Ajib bin Ahmad

Beliau pernah berkhidmat di Kementerian Dalam Negeri dan Sektor Awam sebagai Pegawai Perhubungan Industri di sebuah Syarikat Minyak. Dalam arena politik beliau pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Y.B. Dato’ Musa Hitam (1975-1982). Dalam tahun 1982, beliau kemudian dilantik menjadi Menteri Besar menggantikan Tan Sri Othman Bin Mohd Saat. Dalam Pilihanraya Umum 1986, beliau memenangi Kerusi Parlimen Mersing. Beliau telah dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Feb 2, 2011
Feb 1, 2011
Laman Blog Berita Terkini Pelajar Malaysia di Mesir
Tokoh Pengakap - Siri 1

Bersama Pengakap SM Sains Kota Tinggi di rumah beliau.
Bersama sebahagian Kontinjen Negeri Johor di Jambori Pengakap Negeri Selangor tahun 2000. Allahyarham menjadi ketua kontinjen. Pada Jambori ini, KONJO (Kontinjen Johor) memenangi 5 acara diantaranya ialah Tapak Khemah Tersusun, Kebersihan, Pintu Gerbang Terbaik, Persembahan Malam Kebudayaan.
Bersama kontinjen Johor di Jambori Pengakap di Perak

Jasa allahyarham dalam menyumbang bakti dalam kepengakapan membakar semangat jiwa di kalangan anak didik beliau. Semoga Rohnya di tempatkan disisi orang-orang beriman.
Gelaran allahyarham dikalangan ahli pengakap negeri Johor = Ayah.
Bila sebut Ayah, itulah dia Allahyarham Tn Hj Ismail bin Hussien.