Taniah Calon SPM 2010

SEKALUNG TANIAH 

kepada semua calon SPM 2010, khususnya mereka yang terdiri daripada ahli Pengakap yang telah mencapai keputusan yang cemerlang.
Pihak PPM Negeri Johor menghargai kejayaan yang anda capai dan mendoakan kecemerlangan anda untuk melanjutkan diri ke menara gading atau IPTA/IPTS.

Mar 21, 2011

Majlis Penutupan Ujian Pentarafan Pengakap DiRaja Negeri Johor

Segak pemimpin dicontohi. 

"Salam Satu Malaysia" 
Banyak pesanan berguna disampaikan kepada para pemimpin dan calon Pengakap DiRaja.

Penyampaian cenderahati daripada Ketua Pesuruhjaya Negeri Kepada YBhg.Tn. Ismail b. Ramli Exco PPM

Penyerahan bendera dari Kem Komandan kepada Tn. Mohd Khir Muda sebagai tanda tamatnya Perkhemahan Ujian Pentarafan Pengakap DiRaja PPMNJ 2011

Mar 20, 2011

Pencapaian Cemerlang Para Calon Pengakap Raja 2011

Segak, siap sedia untuk ditaraf.

6 sahaja serikandi yang berani bersaing dengan 75 calon lelaki.

Bersatu hati dan rasa muhibah. 

Berfikiran kreatif dan kritis.

Bistari serta berinasiatif tinggi.

Iktiar hidup.

Mematuhi peraturan dan menghayati istiadat.

Masih gagah dan bersemangat mengharungi apa jua ujian pentaraf.

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat PPMNJ 1432H/2011

Ustaz Noor Erman bersemangat menyampaikan ceramah secara bersahaja.

Tetamu khusyuk mendengar dan menghayati ceramah. 

Tak kering gusi juga para hadirin nih? mendengar seloka penceramah.
Yang uniknya sambutan Maulidur Rasul kali ini turut disertai oleh para peserta, dan pemimpin daripada kaum Cina dan India. Syabas.

Mar 18, 2011

Pengakap SM Tinggi Kluang diberi penghargaan

Sekali lagi pasukan pengakap SM Tinggi Kluang diberi penghargaan untuk terlibat dalam upacara sambutan Majlis Penganugerahan Pingat Persekutuan Pengakap Malaysia di Istana Melawati tempohari. Tahniah dan syabas!


Anda boleh lihat video di alamat di bawah :



Kontinjen Johor di Korobori Kebangsaan Pengakap di Melaka


Pada 12 hingga 16 Mac 2011, telah berlangsung Korobori Pengakap peringkat kebangsaan di Kem Pengakap Bukit Katil, Melaka. Kontinjen Johor diketuai oleh En. Ramli b. Sharip, Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kulaijaya, 12 orang pemimpin dan 137 ahli PKK turut serta dalam korobori kali ini. Dimaklumkan bahawa peserta keseluruhan adalah sekitar 850 orang.  


 Dipenuhi dengan aktiviti berbentuk kemahiran dan permainan pengakap. Di antaranya melawat tempat menarik sekitar Melaka seperti River Cruise, Muzium Samudera, Muzium TUDM, Menara Taming Sari, Kota A Famosa dan Zoo Melaka.


Negeri Johor telah mengambil bahagian untuk persembahan malam kebudayaan pada mlm ketiga. Kumpulan persembahan malam kebudayaan dari kontinjen Johor terpilih sebagai 4 kelompok negeri terbaik yang membuat persembahan pada Malam Kebudayaan Perdana di malam terakhir .


Korobori berlangsung selama 5 hari itu diharapkan dapat memberi ilmu baru kepada ahli PKK. Sekalung penghargaan kepada pemimpin yang mengiringi ahli PKK tersebut. 


Syabas!

Mar 17, 2011

Tahniah dan Sekalung Penghargaan


Ujian Pentarafan Pengakap Raja Negeri Johor
12 hingga 17 Mac 2011
Tahniah buat Calon Pengakap Raja,
 Salam Penghargaan buat Pentaraf
 Ucapan terima kasih buat pembantu-pembantu, kelana kem dan sesiapa sahaja yang terlibat dalan Ujian Pentarafan Pengakap Raja Negeri Johor bagi tahun 2011.
Syabas!

Mar 16, 2011

MISI "IMPOSSIBLE" : Tiada Jalan Mudah Bagi Calon PR

Rambut perlu "pendek"??? nah barber special skill sedia berkhidmat. 

Kuku harus dipotong pendek???? jika tidak boleh balik ......

Mmmm..... praktikal mesti boleh buat. Selagi tak berjaya??? buat sampai dapat.

Nak kata perangkap bukan..... berkas kayu api pun bukan???? 

Nih kaki ayam salut tepung????tinggal panaskan kuali je....

Cubaan menyeludup makanan "KANTOI", jadi kena buat kenduri sama urusetia. Bersedekah perlu ikhlas.

Mar 15, 2011

Raja Permaisuri Agong, PM terima anugerah tertinggi Pengakap


PUTRAJAYA: Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini dianugerahkan Bintang Semangat Padi Kelas Pertama (Emas) daripada Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM). 


Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan menyampaikan anugerah itu sempena Majlis Pengurniaan Bintang dan Pingat PPM peringkat kebangsaan di Istana Melawati di sini, hari ini.
Bintang Semangat Padi adalah anugerah tertinggi PPM yang disampaikan kepada tokoh-tokoh terbilang dan penerima yang layak hanya daripada kalangan pemimpin negeri dan negara.

Pada majlis itu, Raja Permaisuri Agong turut dimahsyurkan selaku Pesuruhjaya Pengakap Negara Kehormat, manakala Perdana Menteri diisytihar sebagai Presiden Agung Pengakap Malaysia. 

Turut hadir Ketua Pengakap Negara, Datuk Seri Dr Shafie Mohd Salleh. 

Seramai 130 orang dikurniakan bintang dan pingat hari ini iaitu Bintang Pahlawan, Bintang Semangat Padi Perak, Bintang Semangat Rimba Emas, Bintang Semangat Rimba Perak, Bintang Semangat Rimba Perak (Kehormat) serta pingat perkhidmatan Gemilang dan pingat perkhidmatan Cemerlang. 

Ia dikurniakan sebagai pengiktirafan kepada pemimpin-pemimpin pengakap yang berjasa kepada bangsa dan negara selaras dengan komitmen terhadap PPM. 
Anugerah khas Bintang Pahlawan iaitu anugerah tertinggi yang diberi kepada pemimpin dan anggota-anggota pengakap yang memberi khidmat dalam menyelamatkan nyawa dan harta benda masyarakat sekelilingnya diterima Pengakap Remaja Sekolah Menengah Kapar Indah iaitu Muhammad Syazwan Zakaria. 

Sementara itu, antara penerima Bintang Semangat Padi Perak iaitu anugerah kedua tertinggi PPM adalah Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia. 

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan dan Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Noriah Kasnon adalah antara penerima Bintang Semangat Rimba Perak iaitu anugerah yang disampaikan kepada tokoh-tokoh yang memberi perkhidmatan dan bakti terpuji kepada pergerakan Pengakap. - BERNAMA 


http://www.bharian.com.my/bharian/articles/RajaPermaisuriAgong_PMterimaanugerahtertinggiPengakap/Article

Mar 14, 2011

Ragam Ujian Pentarafan Pengakap Raja Negeri Johor

Bendera dah dikibar tanda ..... ujian dah bermula????

Redup & dingin suasana yang setaraf perkhemahan 5 bintang.

Merenung nasib??????? boleh lulus ka.......

Tugasan model projek pioneering calon PR ..... gempaq????

Nih.... bumbung rumah???? model "iglu iklim tropika"

Urusetia Pentarafan Setia Menjalankan Tugas

 
Gandingan Trio Mantap ....., memastikan majlis perasmian lancar

Mesyuarat pentadbiran Pentaraf Pengakap Raja 2011

      
Kelana Kem Jubli Intan tak menang tangan ...... setia mencurah bakti

Masalah tidak dicari, bersatu teguh ...... juga yang penting "happy" 

Mar 13, 2011

Calon Menduduki Ujian Pentarafan Pengakap Raja 2010

Para calon sedang mendaftar diri 

Majlis Penyampaian Cenderahati kepada YB. Exco Kerajaan Negeri Johor

Para hadirin tekun mendengar ucapan perasmian

Barisan calon Pengakap Raja berkobar-kobar menantikan arahan Pentaraf

Bilangan Calon Mengikut Daerah
Johor Bahru - 12
Batu Pahat - 45
Kulaijaya - 09
Pontian - 01
Mersing - 01
Pasir Gudang - 01
Kluang - 06
Segamat - 04
Muar - 03

Bilangan Calon Mengikut Keturunan 

Melayu - 41 
Cina - 36
India - 01

Bilangan Calon Mengikut Jantina
Lelaki - 75
Perempuan - 06

JUMLAH KESELURUHAN - 81 ORANG CALON


SENARAI KETUA KONTINJEN NEGERI SEPANJANG 2011

Korobori Melaka : En. Ramli b. Sharip (Pesj. Daerah Kulaijaya)
Jambori Belia 1Malaysia  : Tn. Hj Mazlan b. Hj. Zaini
Jambori Nasional Indonesia : En. Megad Mohd Nizar b. A Rahman
Jambori Malaysia Ke-12 : Tn. Hj. Ramli b. Hj. Ibrahim




Pelantikan oleh KPPNJ.

Mar 8, 2011

Selamat Menduduki Ujian Pentarafan Pengakap Raja 2011

Tarikh : 12 hingga 17 Mac 2011
Hari : Sabtu hingga Khamis
Tempat : Kem Pengakap Jubli Intan, Tanjung Laboh
Kehadiran : Semua Pentaraf Pengakap Raja Negeri Johor dan
                  semua calon Pengakap Raja yang layak sahaja

Taklimat Jambori Malaysia Ke-12/Jambori Antarabangsa Terengganu 2011

Tarikh : 13 Mac 2011
Hari : Ahad
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Dewan Aktiviti Kem Pengakap Jubli Intan
Untuk Dihadiri Oleh : Pesuruhjaya-pesuruhjaya Pengakap Daerah 

Ketua Kontinjen Negeri Johor

Mar 3, 2011

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1432H Peringkat PPM Negeri Johor dan Penutup Pentarafan Pengakap Raja 2011

Tarikh    : 17 Mac 2011
Hari        : Khamis
Masa       : 11.30 pagi
Tempat  : Dewan, Kem Pengakap Jubli Intan
Pakaian  : Uniform (Nombor 2)

Jemputan Khas : En. Ismail bin Ramli 
                            (Exco Pengakap Malaysia)

Semua ahli Majlis Pesuruhjaya Negeri dijemput hadir.

Mar 2, 2011

Program Cintai Hutan Dan Pemeliharaan Alam Sekitar, Perlantikan Kelana Negeri Johor Dan Ujian Lencana

Tarikh : 4 hingga 7 Mac 2011
Hari: Jumaat hingga Isnin
Tempat : Hutan Lipur Gunung Belumut, Kluang
Anjuran : PPM Negeri Johor dengan kerjasama Pejabat Hutan Kluang dan Jabatan Alam Sekitar Caw. Kluang
Yuran : RM60.00 seorang
Aktiviti : Mendaki gunung Belumut, permainan berpasukan, khidmat bakti kelana dll.
Kebenaran : Surat kebenaran daripada JPN Johor telah diperolehi

Sebarang pertanyaan lanjut boleh diperolehi daripada en. Affandi Hj. Abdul Hamid, Pen. Pesj. Negeri Unit Kelana.

Majlis Perasmian Pentarafan Pengakap Raja Negeri Johor 2011

Tarikh : 13 Mac 2011
Hari : Ahad
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Serbaguna Kem Pengakap Jubli Intan
Perasmi : YB. Tuan Haji Md Jais bin Sarday, Exco Belia Dan Sukan Negeri Johor
Sesi Khas : Perjumpaan YB. Exco bersama Ahli Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri
Pakaian : Uniform Pengakap (Nombor 2)

Semua Ahli Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri DIWAJIBKAN hadir.

Mar 1, 2011

Majlis Tahlil Khusus Untuk Almarhum Hj. Hamidon Harun Mantan Ketua Pesuruhjaya Negeri Johor

Tarikh : 12 Mac 2011
Hari : Sabtu 
Masa : 7.15 malam
Tempat : Surau Kem Pengakap Jubli Intan
Tetamu Khas : Ketua Pesuruhjaya Negeri Johor
Undangan : Dijemput semua Pen. Pesuruhjaya Negeri, Pesuruhjaya/Pen. Pesj. Daerah, Pemimpin/pen. pemimpin dan ahli kelana.


Aturcara :


- Ketibaan para tetamu
- Ketibaan Ketua Pesuruhjaya Negeri Johor
- Solat Maghrib 
- Bacaan surah Yasin dan Tahlil
- Solat Isyak 
- Jamuan ringan


Pihak kami berharap mesej ini dapat dipanjangkan kepada rakan-rakan.  Kehadiran tuan pada majlis tersebut amat kami alu-alukan, dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.