Aug 28, 2011

SELAMAT NENYAMBUT HARI LEBARAN

PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA NEGERI JOHOR

ingin merakamkan ucapan 

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 
MINAL AIDIL WAL FAIZIN

kepada 
semua ahli Pengakap yang beragama Islam

semoga anda semua memperolehi kemenangan dalam melawan hawa nafsu dan juara dalam melaksanakan ibadah di sepanjang bulan Ramadhan al-Mubarak 

Aug 16, 2011

Menarik Tentang Majlis Musabaqah, Hafazan & Tadarus Al-Quran serta Berbuka Puasa PPMNJ


Program edisi ketiga ini lebih bermakna serta penuh dengan aktiviti yang dijalin gabung menjadikannya satu majlis yang unit sedewasa penganjurannya. Pada kali ini terdapat penyertaan nasyid, hafazan dan penyampaian sumbangan buat anak-anak yatim. 

Dijangkakan lebih kurang 200 hingga 250 orang yang akan hadir termasuklah seorang peserta hafazan yang cacat penglihatan. Bukan itu sahaja kali ini pihak pengelola juga melibatkan penyertaan Pengakap Kanak-kanak, Muda, Remaja serta Kelana. Selain dari jamuan berbuka para tetamu juga akan menyertai solat sunat tarawih, dan bersahur bersama-sama. Marilah hadir bagi merasai keunikan majlis sekali dalam setahun.

Majlis ini akan dirasmikan oleh YM Datuk Seri Dr. Tg. Dg Bhaismail bin Tg. Dg. Hj Ahmad 
Turut hadir Tn Hj. Yaacob bin A Karim Ketua Pesuruhjaya Negeri Johor dan barisan ahli Majlis Pesuruhjaya Negeri serta para tetamu jemputan khas.


Selamat Berpuasa. 

Aug 13, 2011

Majlis Musabaqah, Hafazan dan Tadarus Al-Quran serta Berbuka Puasa PPM Negeri Johor 2011

Tarikh : 20 Ogos 2011/20 Ramadhan 1432H
Hari : Sabtu
Masa Program : 11.00 hingga 10.30 malam
Majlis Penutup : 5.30 petamg 
Tempat : Kem Pengakap Jubli Intan, Tanjung Laboh Batu Pahat

Pengisian Program ;
(1) Pertandingan Musabaqah Al-Quran
(2) Pertandingan Hafazan
(3) Tadarus 
(4) Majlis Berbuka
(5) Solat Sunat Tarawih

Pakaian : Lelaki baju melayu bersamping dan bersongkok
                Wanita baju kurung johor dan bertudung 

Aug 6, 2011

Perkhemahan Lepasan UPSR 2011

Nama Program  :  Perkhemahan Lepasan UPSR 2011
Anjuran  :  PPM Negeri Melaka
Tarikh  :  26 hingga 29 September 2011
Lokasi  :  Kem Pengakap Melaka
Sasaran  :  1000 PKK Tahun 6 sahaja.
Had Kontinjen Negeri-Negeri  :  40 orang sahaja
Yuran Perkhemahan  :  RM 60.00
(Yuran meliputi makanan, minuman, sijil penyertaan, pengangkutan lawatan dan aktiviti)

Tempoh Perkhemahan  :  25 hingga 30 September 2011
Urusetia  :  En. Mohd Jamal Md Yusof / Mohd Firdaus Daud - 06-281 1978
E-mail   :  pengakapmelaka@yahoo.com

Tarikh Tutup Pendaftaran  :  25 OGOS 2011 

Objektif : 
Objektif Perkhemahan ini adalah untuk
> Memberi pendedahan awal kepada pengakap kanak-kanak tentang pergerakan kepengakapan yang bakal mereka lalui pada masa akan datang,
> Memberi peluang kepada pengakap kanak-kanak untuk berinteraksi sesama mereka di dalam suasana yang harmoni dan terkawal,
> Bertukar-tukar fikiran, mendedahkan pengakap kanak-kanak kepada kehidupan masyarakat di Malaysia yang berbilang kaum, bangsa dan agama melalui aktiviti-aktiviti yang dirancangkan.
> Memberi pendedahan kepada pengakap kanak-kanak serta pemimpin tentang perubahan dan informasi terkini dunia kepengakapan.
> Mencungkil ciri-ciri kepimpinan dalam pengakap.



Aug 2, 2011

Pengakap mampu atasi krisis identiti - Tunku Ismail


Tunku Ismail Sultan Ibrahim bersama penerima bintang dan pingat Persekutuan Pengakap Malaysia di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia di Baru Pahat, baru-baru ini.


BATU PAHAT 2 Ogos - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, penyertaan remaja dalam pasukan beruniform seperti pengakap dapat membantu mengatasi krisis identiti dalam kalangan golongan itu yang dibimbangi boleh membawa kepada kehancuran moral.

sambungan berita 

Berita Daripada BERNAMA



TUNKU MAHKOTA JOHOR SEMPURNAKAN MAJLIS ANUGERAH BINTANG,PINGAT DAN SIJIL DIRAJA PENGAKAP MALAYSIA 2011
 

Monday 25/07/2011
BATU PAHAT, 25 Julai 2011 - “Melalui penglibatan sebagai anggota Pengakap, ia dapat menjauhkan remaja dan anak muda daripada gejala negatif”, titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

Baginda bertitah demikian ketika menyempurnakan Majlis Istiadat Penganugerahan Bintang dan Pingat Persekutuan Pengakap Malaysia dan Sijil DiRaja Anugerah Pengakap Raja di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada 23 Julai lepas.

Tunku Mahkota Johor Sempurnakan Majlis Anugerah Bintang,Pingat & Sijil DiRaja Pengakap Malaysia 2011



BATU PAHAT, 25 Julai 2011 - "Melalui penglibatan sebagai anggota Pengakap, ia dapat menjauhkan remaja dan anak muda daripada gejala negatif", titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

 Baginda bertitah demikian ketika menyempurnakan Majlis Istiadat Penganugerahan Bintang dan Pingat Persekutuan Pengakap Malaysia dan Sijil DiRaja Anugerah Pengakap Raja di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada 23 Julai lepas.

 Tambah Tunku Ismail lagi, menyertai Pengakap berupaya menjadikan remaja masa kini mampu menangkis serangan negatif gejala sosial yang menyalahi moral, fizikal, dan tata susila masyarakat Malaysia.

 Baginda turut mengingatkan hadirin terhadap titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dalam salah satu program Jambori Pengakap Johor, remaja masa kini mengalami krisis identiti yang boleh membawa kepada kehancuran moral.

 Melalui penglibatan sebagai anggota pengakap, gejala ini akan dapat diatasi dengan nilai-nilai murni yang diterapkan oleh persatuan ini seperti bersemangat patriotik, jujur, dan menghormati orang lain.

 Majlis Penganugerahan Pengakap Raja adalah majlis pengiktirafan kepada ahli pengakap yang memberikan komitmen penuh kepada pertubuhan dan banyak menyumbang jasa bakti kepada pengakap di negara ini.

 Pengakap Raja adalah kelulusan ujian kepandaian tertinggi bagi ahli pengakap melalui satu sistem penilaian Lembaga Pentarafan Pengakap Raja berdasarkan skema yang ditetapkan Persekutuan Pengakap Malaysia.

 Seramai 251 anggota Pengakap menerima anugerah, iaitu 59 orang Penerima Bintang dan Pingat dan 192 orang Penerima Sijil DiRaja.

 Sijil Pengakap ini ditandatangani oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan Duli-Duli Sultan dan Raja-Raja di Malaysia.

 Turut hadir Ketua Pengakap Negara, Dato' Seri Paduka Dr. Haji Shafie Haji Mohd Salleh dan Profesor Ir. Dr. Abdul Aziz Dato' Abdul Samad, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)yang mewakili Naib Canselor UTHM.

Dipetik dari laman web UTHM http://www.uthm.edu.my/v2/content/view/819/229/lang,en/