Sep 14, 2011
Sep 5, 2011
Pengesahan Penyertaan Ke Jambori Pengakap Malaysia ke-12 Terengganu
Kepada semua DC, surat pengesahan penyertaan Jambori Pengakap Malaysia ke-12 Terengganu telah di email ke daerah masing-masing. sila maklumkan kepada ahli pengakap yang ingin turut serta dalam jambori ini.
Sep 2, 2011
Ucapan Takziah
Almarhum Ishak bin Kodri
Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor
Unit Pengakap Kanak-Kanak
Unit Pengakap Kanak-Kanak
Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor merakamkan ucapan takziah dan turut berkongsi kesedihan kepada seluruh keluarga almarhum yang telah kembali kerahmatullah pada 2 Sept. 2011. Almarhum semasa hayatnya merupakan seorang yang bertanggungjawab, berdedikasi dan tegas orangnya dalam menjalankan tugas yang diamanahkan. Pemergiannya amat dirasai dan meninggalkan jasa bakti yang amat tinggi di dalam profesionnya sebagai pendidik serta khidmat sukarela sebagai ahli Pengakap.
Al-Fatihah
Semoga roh almarhum dimuliakan serta ditempatkan bersama-sama orang yang beriman dan beramal soleh.