Dec 7, 2011

Kem Telaga Batin diisytihar nama baru



Rabu, November 23, 2011

Kem Telaga Batin diisytihar nama baru 


Kem Pengakap Telaga Batin, Seberang Takir, Kuala Terengganu kini diisytiharkan nama kepada Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan mengisytiharkan nama kem itu ketika merasmikan Jambori Malaysia Ke-12 dan Jambori Pengakap Antarabangsa Terengganu 2011, baru-baru ini.


Pengisytiharan sempena nama anakanda baginda Tengku Muhammad Ismail itu secara tidak langsung meletakkan Terengganu sebagai destinasi pelancongan ulung.

Kira-kira 10,800 pengakap dari 21 negara penuh minat menyertai Jambori yang diadakan selama lapan hari dan berakhir 25 November itu

Antara negera yang turut serta, termasuk Mesir, Jepun, Hongkong, Singapura, Vietnam, Nepal, Indonesia, Sri Langka, Brunei, Maldives dan Kazakhstan.

Pelbagai aktiviti diadakan, termasuk kembara Bandar, aktiviti lasak, aktiviti air, pertandin Mesir, Jepun, Hongkong, Singapura, Vietnam, Nepal, Indonesia, Sri Langka, Brunei, Maldives dan Kazakhstan.

Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu, berkata lebih 4,000 peserta dari Terengganu menyertai jambori kali ini dan selebihnya iaitu, 6,000 peserta dalam negara serta 800 lagi dari luar negara.

Pihak kami mahu setiap peserta mengambil manfaat sepenuhnya aktiviti ini kerana mampu memupuk semangat kerjasama antara pelbagai kaum, membina jati diri supaya lebih berdisplin, mengerat hubungan persaudaraan dan mengenali cara hidup dan budaya pelbagai Negara,” katanya.

Dec 6, 2011

Pingat Jasa Pengakap

Tahniah kepada Pengerusi Pasukan Latihan Negeri Johor/ Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor bhg Latihan -  Tn Hj Ibrahim bin Abdullah kerana telah dianugerah dengan Pingat Jasa Pengakap dari Persekutuan Pengakap Malaysia.


Majlis penganugerahan ini disempurnakan pada hari Penutupan Jombori Jota Joti pada 17 Oktober 2011 yang lalu di Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang. 


Majlis penganugerahan bintang dan pingat telah disempurnakan oleh Menteri Besar Pahang, YAB Dato. Seri Hj. Adnan bin Yaakob. Tahniah kepada Tuan Haji Ibrahim. Semoga terus maju di bawah pimpinan tuan.



Dec 5, 2011

Pemakaian Lencana Logo Pengakap Dunia

Berkuatkuasa 20 November 2011, pemakaian lencana logo Pengakap Dunia menjadi sebahagian dari lencana asas dalam uniform pengakap. Telah diwartakan semasa Jambori Malaysia Ke 12 di Terengganu baru - baru ini.