Dec 7, 2011

Kem Telaga Batin diisytihar nama baru



Rabu, November 23, 2011

Kem Telaga Batin diisytihar nama baru 


Kem Pengakap Telaga Batin, Seberang Takir, Kuala Terengganu kini diisytiharkan nama kepada Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan mengisytiharkan nama kem itu ketika merasmikan Jambori Malaysia Ke-12 dan Jambori Pengakap Antarabangsa Terengganu 2011, baru-baru ini.


Pengisytiharan sempena nama anakanda baginda Tengku Muhammad Ismail itu secara tidak langsung meletakkan Terengganu sebagai destinasi pelancongan ulung.

Kira-kira 10,800 pengakap dari 21 negara penuh minat menyertai Jambori yang diadakan selama lapan hari dan berakhir 25 November itu

Antara negera yang turut serta, termasuk Mesir, Jepun, Hongkong, Singapura, Vietnam, Nepal, Indonesia, Sri Langka, Brunei, Maldives dan Kazakhstan.

Pelbagai aktiviti diadakan, termasuk kembara Bandar, aktiviti lasak, aktiviti air, pertandin Mesir, Jepun, Hongkong, Singapura, Vietnam, Nepal, Indonesia, Sri Langka, Brunei, Maldives dan Kazakhstan.

Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu, berkata lebih 4,000 peserta dari Terengganu menyertai jambori kali ini dan selebihnya iaitu, 6,000 peserta dalam negara serta 800 lagi dari luar negara.

Pihak kami mahu setiap peserta mengambil manfaat sepenuhnya aktiviti ini kerana mampu memupuk semangat kerjasama antara pelbagai kaum, membina jati diri supaya lebih berdisplin, mengerat hubungan persaudaraan dan mengenali cara hidup dan budaya pelbagai Negara,” katanya.

Dec 6, 2011

Pingat Jasa Pengakap

Tahniah kepada Pengerusi Pasukan Latihan Negeri Johor/ Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor bhg Latihan -  Tn Hj Ibrahim bin Abdullah kerana telah dianugerah dengan Pingat Jasa Pengakap dari Persekutuan Pengakap Malaysia.


Majlis penganugerahan ini disempurnakan pada hari Penutupan Jombori Jota Joti pada 17 Oktober 2011 yang lalu di Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang. 


Majlis penganugerahan bintang dan pingat telah disempurnakan oleh Menteri Besar Pahang, YAB Dato. Seri Hj. Adnan bin Yaakob. Tahniah kepada Tuan Haji Ibrahim. Semoga terus maju di bawah pimpinan tuan.



Dec 5, 2011

Pemakaian Lencana Logo Pengakap Dunia

Berkuatkuasa 20 November 2011, pemakaian lencana logo Pengakap Dunia menjadi sebahagian dari lencana asas dalam uniform pengakap. Telah diwartakan semasa Jambori Malaysia Ke 12 di Terengganu baru - baru ini.





Nov 27, 2011

Unik Kontinjen Johor : Jambori Malaysia Ke-12 & Terengganu International Jamboree 2011

Pintu gerbang utama kontinjen


Empat pasangan suami isteri yang setia,
turut serta menyokong serta menyumbang khidmat kepada kontinjen







Persembahan zapin kontinjen mengondol tempat ke-3

Dua lawatan kehormat ke kontinjen Johor

Ketua Pengakap Negara pada 10.00 pg. 24 November 2011 (Khamis)

Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara pada Jamuan Perdana Kontinjen Johor 
pada 5.00 ptg. 22 November 2011 (Selasa)

Seorang peserta termuda

Baru berusia 12 tahun

Selamat Menyambut Tahun Baru 1433 Hijrah

Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor 
ingin mengucapkan

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah

kepada
semua pemimpin dan ahli Pengakap 

Nov 18, 2011

Upacara Penyerahan Bendera Kontinjen Johor ke Jambori Pengakap Malaysia ke-12 Terengganu

Upacara Penyerahan Bendera Kontinjen Johor ke Jambori Pengakap Malaysia ke-12 Terengganu telah berlangsung seperti berikut :

Tarikh   :  17 November 2011
Masa    :  9.00 malam
Tempat  :  Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Segamat
Penglibatan  :  Kontinjen Johor terdiri daripada daerah-daerah yang melalui laluan Segamat - Terengganu (Batu Pahat, Segamat, Pontian).
Penyerahan Bendera oleh  :  Timbalan Pegawai Daerah Segamat





Oct 25, 2011

Selamat Menyambut Hari Deepavali


Selamat Hari Deepavali buat seluruh penganut agama Hindu yang menyambutnya di seluruh tanahair khususnya bagi ahli pengakap seluruh negara dan dunia.

Semoga sambutan kali ini akan lebih meriah dan melebarkan cahaya kesejahteraan keseluruhannya.

Oct 23, 2011

MAJLIS ANUGERAH MANIKAYU 2011


23 OKTOBER 2011 - Bertempat di SMK Desa Jaya, Pasir Gudang Johor telah berlangsungnya Majlis Anugerah Manikayu tahun 2011 dengan jayanya. Majlis dirasmikan oleh Ketua Pesuruhjaya Latihan Negara, Tn. Hj. Shukor Mohsin diiringi Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor, Tn Hj Yaacob A Karim.

          Seramai 6 orang penerima manikayu 3bead, 37 orang penerima manikayu unit PKK, 22 orang penerima manikayu unit PM dan 5 orang penerima manikayu PK dengan jayanya telah dikalungkan. Tahniah diucapkan kepada penerima dan para jurulatih terutama kepada Pengerusi Pasukan Latihan Negeri Johor, Tn Hj Ibrahim Abdullah.


           Sekalung penghargaan diucapkan kepada Tn Hj Shukor Mohsin di atas kesudian turun ke selatan tanahair bagi meraikan majlis yang dianjurkan. Petikan kata-kata beliau... "teruskan membantu melatih anak-anak pengakap. Lepas ini, buatlah uniform ke-2, ke-3...buat aktiviti dan janganlah disangkut manikayu yang diterima pada hari ini di belakang pintu sahaja".


            Pada majlis yang sama, turut diadakan majlis penutupan Kursus Manikayu Pengenalan dan peringkat 1 anjuran Pasukan Latihan Daerah Johor Bahru yang dikendalikan oleh Cikgu Basri Affandi. Ketua Kursus kali ini ialah En Azhan Sitam, ADC Batu Pahat. Tahniah untuk peserta kursus. Teruskan perjuangan pengakap.


En Azhan Sitam selaku Ketua Kursus MK.

Manikayu 2bead Pengakap Kanak-Kanak
  1. Tajularif Ibrahim
  2. Catherine Jinolis
  3. Mohd Nizam Mohd Salleh
  4. Muhd Salleh Amat Misra
  5. Norzila Md Esa
  6. Salihin Othman
  7. Mohd Rithauddin Alias
  8. Noraspalelawati Razali
  9. Muhd Zulfadli Hadri Abdul Rahim
  10. Mohd Faiz Mohd Nandari
  11. Salwana Samat
  12. Asmahwati Ramandon
  13. Nursuring Md Sidek
  14. Azlan Paiman
  15. Mohd Yazid Ismail
  16. Mohd Ranunah Omar
  17. Kamazrul Zefrin Kaulan
  18. Muhd Falihin Kamari
  19. Mohd Zairokin Kasran
  20. Mohd Khairul Azian Mahbob
  21. Zulkifli Ahmad
  22. Kama Azhar Ab Karim
  23. Muhd Yunus Judi
  24. Mohd Hasruddin Mohd Halid
  25. Azman Abd Hamid
  26. Abdul Latiff A Aziz
  27. Mohd Fauzy Mohd Tawai
  28. Ahmad Redzuan
  29. Lee Yen Yune
  30. Afzlan Khairollah
  31. Tan Gek Chen
  32. Mohd Nazrin Abd Halim
  33. Zarina Kintan
  34. Khairularifin Samsudin
  35. Yusri Buang
  36. Md Ali Saifuddin Mahmood
  37. Rosmi Hj Majidek
Manikayu  2bead Pengakap Muda

  1. Nezelynn Suraya  Mohamed
  2. Norizal Mohd Zainal Abidin
  3. Raja Syairani Raja Soh
  4. Mohd Rizal Mat Said
  5. Nelson Iiamas
  6. Shellah AP Wnimwalker
  7. Chin Siew Fah
  8. Maslinda Mat Daros
  9. On Abd Wahab
  10. Mohd Asik Saim
  11. Mohd Jais Bakar
  12. Mohd Afizal Myusuf
  13. Norfaizzi Sulaiman
  14. Muhammad Akmal Ismail
  15. Mohd Asfaizal Hasran
  16. Rosmi Hj Majideek
  17. Ariffin Mohamad Ali
  18. Mohd Nordin Mejer
  19. Mohd Yusof Abu Bakar
  20. Norhayati Saini
  21. Hasniza Mat Zidik
  22. Noor Maizatulakmar Md Tamrim

Manikayu  2bead Pengakap Kelana

  1. Hanafi Omar
  2. Jasmi Hashim
  3. Abdul Hadi Muhamad Zainal
  4. Engku Tuah Engku Senin
  5. Khamarulzaman Samsudin.

Manikayu  3bead  Penolong Jurulatih

  1. Abdul Razak Hj Idris (Muar)
  2. See Kwan Lian (Segamat)
  3. Mohd Affandi Abd Hamid (Kluang)
  4. Tan Check Meng (Johor Bahru)
  5. Rosmah Abdullah (Batu Pahat)
  6. Ibrahim Yaacob (Kota Tinggi)

Model Gejet Pertama khas buat Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Sultan Iskandar



Ukuran Model :
panjang x lebar x tinggi

Hasil Kerja :
Kelana Kem Tanjung Labuh

Cenderahati kepada :
 D.Y.M.M Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar
(Ketika itu, DYMM Sultan adalah Tunku Mahkota Johor)

Majlis :
 Majlis Perasmian Pembukaan Jambori Antarabangsa Johor 2008

Tarikh Serahan :
 November 2008

Lokasi :
Kem Jubli Intan, Tanjung Laboh, Batu Pahat, Johor

Model Gejet Ke-4 khas buat Mantan Pegawai pelajaran Daerah Batu Pahat




Ukuran Model :
 panjang x lebar x tinggi

Hasil Kerja  :
 Kelana Kem Tanjung Labuh

Cenderahati kepada :
 Tn Hj Shafie Md. Shariff
 Mantan Pegawai Pelajaran Daerah Batu Pahat

Majlis :
 Majlis Perasmian Penutupan Perkhemahan Lepasan UPSR dan PMR 2011
dan Majlis Meraikan Persaraan Mantan PPD Batu Pahat - Tn Hj Shafie Shariff
Anjuran PPM Daerah Batu Pahat

Tarikh Serahan :
 19 Oktober 2011

Lokasi  :
Kem Jubli Intan, Tanjung Laboh, Batu Pahat, Johor

Model Gejet Ke-3 khas buat Dato Seri Dr Tengku Daeng BahaIsmail bin Daeng Ahmad



Ukuran Model :
 panjang x lebar x tinggi


Hasil Kerja  :
 Kelana Kem Tanjung Labuh

Cenderahati kepada :
YB Dato' Seri Dr Tengku Daeng BahaIsmail bin Daeng Ahmad

Majlis :
 Majlis Musabaqah, Hafazan dan Tadarus Al-Quran Serta berbuka Puasa anjuran PPM Negeri Johor

Tarikh Serahan :
 20 Ogos 2011

Lokasi  :
Kem Jubli Intan, Tanjung Laboh, Batu Pahat, Johor

Model Gejet Ke-2 khas buat Tunku Mahkota Johor


Ukuran Model :
panjang x lebar x tinggi

Hasil Kerja  :
Kelana Kem Tanjung Labuh

Cenderahati kepada :
Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Johor
Tengku Mahkota Johor

Majlis :
Majlis Penganugerahan Bintang, Pingat dan Anugerah Pengakap Diraja Peringkat Negeri Johor

Tarikh Serahan :
23 Julai 2011

Lokasi  :
Universiti Tun Hussein Onn, Parit Raja, Batu Pahat, Johor

Oct 14, 2011

PERHIMPUNAN PENGAKAP SELEPAS UPSR DAN PMR, PPM DAERAH BATU PAHAT 2011

Tarikh : 17 hingga 19 Oktober 2011
Hari : Isnin hingga Rabu 
Masa : 8.00 pagi (17 Okt. 2011) Pendaftaran
Tempat : Kem Pengakap Jubli Intan, Tanjung Laboh
Sasaran : Pelajar lepasan UPSR dan PMR
Anggaran Penyertaan : 300 orang

Sep 14, 2011

Borang Penyertaan Jambori Pengakap Terengganu 2011

4. Borang Penyertaan Jambori Nasional Ke-12 Terengganu International Scout Jamboree

Sep 5, 2011

Pengesahan Penyertaan Ke Jambori Pengakap Malaysia ke-12 Terengganu


Kepada semua DC, surat pengesahan penyertaan Jambori Pengakap Malaysia ke-12 Terengganu telah di email ke daerah masing-masing. sila maklumkan kepada ahli pengakap yang ingin turut serta dalam jambori ini.

Sep 2, 2011

Ucapan Takziah


Almarhum Ishak bin Kodri
Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor 
Unit Pengakap Kanak-Kanak
Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor merakamkan ucapan takziah dan turut berkongsi kesedihan kepada seluruh keluarga almarhum yang telah kembali kerahmatullah pada 2 Sept. 2011. Almarhum  semasa hayatnya merupakan seorang yang bertanggungjawab, berdedikasi dan tegas orangnya dalam menjalankan tugas yang diamanahkan. Pemergiannya amat dirasai dan meninggalkan jasa bakti yang amat tinggi di dalam profesionnya sebagai pendidik serta khidmat sukarela sebagai ahli Pengakap.

Al-Fatihah

Semoga roh almarhum dimuliakan serta ditempatkan bersama-sama orang yang beriman dan beramal soleh. 

Aug 28, 2011

SELAMAT NENYAMBUT HARI LEBARAN

PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA NEGERI JOHOR

ingin merakamkan ucapan 

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 
MINAL AIDIL WAL FAIZIN

kepada 
semua ahli Pengakap yang beragama Islam

semoga anda semua memperolehi kemenangan dalam melawan hawa nafsu dan juara dalam melaksanakan ibadah di sepanjang bulan Ramadhan al-Mubarak 

Aug 16, 2011

Menarik Tentang Majlis Musabaqah, Hafazan & Tadarus Al-Quran serta Berbuka Puasa PPMNJ


Program edisi ketiga ini lebih bermakna serta penuh dengan aktiviti yang dijalin gabung menjadikannya satu majlis yang unit sedewasa penganjurannya. Pada kali ini terdapat penyertaan nasyid, hafazan dan penyampaian sumbangan buat anak-anak yatim. 

Dijangkakan lebih kurang 200 hingga 250 orang yang akan hadir termasuklah seorang peserta hafazan yang cacat penglihatan. Bukan itu sahaja kali ini pihak pengelola juga melibatkan penyertaan Pengakap Kanak-kanak, Muda, Remaja serta Kelana. Selain dari jamuan berbuka para tetamu juga akan menyertai solat sunat tarawih, dan bersahur bersama-sama. Marilah hadir bagi merasai keunikan majlis sekali dalam setahun.

Majlis ini akan dirasmikan oleh YM Datuk Seri Dr. Tg. Dg Bhaismail bin Tg. Dg. Hj Ahmad 
Turut hadir Tn Hj. Yaacob bin A Karim Ketua Pesuruhjaya Negeri Johor dan barisan ahli Majlis Pesuruhjaya Negeri serta para tetamu jemputan khas.


Selamat Berpuasa. 

Aug 13, 2011

Majlis Musabaqah, Hafazan dan Tadarus Al-Quran serta Berbuka Puasa PPM Negeri Johor 2011

Tarikh : 20 Ogos 2011/20 Ramadhan 1432H
Hari : Sabtu
Masa Program : 11.00 hingga 10.30 malam
Majlis Penutup : 5.30 petamg 
Tempat : Kem Pengakap Jubli Intan, Tanjung Laboh Batu Pahat

Pengisian Program ;
(1) Pertandingan Musabaqah Al-Quran
(2) Pertandingan Hafazan
(3) Tadarus 
(4) Majlis Berbuka
(5) Solat Sunat Tarawih

Pakaian : Lelaki baju melayu bersamping dan bersongkok
                Wanita baju kurung johor dan bertudung 

Aug 6, 2011

Perkhemahan Lepasan UPSR 2011

Nama Program  :  Perkhemahan Lepasan UPSR 2011
Anjuran  :  PPM Negeri Melaka
Tarikh  :  26 hingga 29 September 2011
Lokasi  :  Kem Pengakap Melaka
Sasaran  :  1000 PKK Tahun 6 sahaja.
Had Kontinjen Negeri-Negeri  :  40 orang sahaja
Yuran Perkhemahan  :  RM 60.00
(Yuran meliputi makanan, minuman, sijil penyertaan, pengangkutan lawatan dan aktiviti)

Tempoh Perkhemahan  :  25 hingga 30 September 2011
Urusetia  :  En. Mohd Jamal Md Yusof / Mohd Firdaus Daud - 06-281 1978
E-mail   :  pengakapmelaka@yahoo.com

Tarikh Tutup Pendaftaran  :  25 OGOS 2011 

Objektif : 
Objektif Perkhemahan ini adalah untuk
> Memberi pendedahan awal kepada pengakap kanak-kanak tentang pergerakan kepengakapan yang bakal mereka lalui pada masa akan datang,
> Memberi peluang kepada pengakap kanak-kanak untuk berinteraksi sesama mereka di dalam suasana yang harmoni dan terkawal,
> Bertukar-tukar fikiran, mendedahkan pengakap kanak-kanak kepada kehidupan masyarakat di Malaysia yang berbilang kaum, bangsa dan agama melalui aktiviti-aktiviti yang dirancangkan.
> Memberi pendedahan kepada pengakap kanak-kanak serta pemimpin tentang perubahan dan informasi terkini dunia kepengakapan.
> Mencungkil ciri-ciri kepimpinan dalam pengakap.



Aug 2, 2011

Pengakap mampu atasi krisis identiti - Tunku Ismail


Tunku Ismail Sultan Ibrahim bersama penerima bintang dan pingat Persekutuan Pengakap Malaysia di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia di Baru Pahat, baru-baru ini.


BATU PAHAT 2 Ogos - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, penyertaan remaja dalam pasukan beruniform seperti pengakap dapat membantu mengatasi krisis identiti dalam kalangan golongan itu yang dibimbangi boleh membawa kepada kehancuran moral.

sambungan berita 

Berita Daripada BERNAMA



TUNKU MAHKOTA JOHOR SEMPURNAKAN MAJLIS ANUGERAH BINTANG,PINGAT DAN SIJIL DIRAJA PENGAKAP MALAYSIA 2011
 

Monday 25/07/2011
BATU PAHAT, 25 Julai 2011 - “Melalui penglibatan sebagai anggota Pengakap, ia dapat menjauhkan remaja dan anak muda daripada gejala negatif”, titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

Baginda bertitah demikian ketika menyempurnakan Majlis Istiadat Penganugerahan Bintang dan Pingat Persekutuan Pengakap Malaysia dan Sijil DiRaja Anugerah Pengakap Raja di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada 23 Julai lepas.

Tunku Mahkota Johor Sempurnakan Majlis Anugerah Bintang,Pingat & Sijil DiRaja Pengakap Malaysia 2011



BATU PAHAT, 25 Julai 2011 - "Melalui penglibatan sebagai anggota Pengakap, ia dapat menjauhkan remaja dan anak muda daripada gejala negatif", titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

 Baginda bertitah demikian ketika menyempurnakan Majlis Istiadat Penganugerahan Bintang dan Pingat Persekutuan Pengakap Malaysia dan Sijil DiRaja Anugerah Pengakap Raja di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada 23 Julai lepas.

 Tambah Tunku Ismail lagi, menyertai Pengakap berupaya menjadikan remaja masa kini mampu menangkis serangan negatif gejala sosial yang menyalahi moral, fizikal, dan tata susila masyarakat Malaysia.

 Baginda turut mengingatkan hadirin terhadap titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dalam salah satu program Jambori Pengakap Johor, remaja masa kini mengalami krisis identiti yang boleh membawa kepada kehancuran moral.

 Melalui penglibatan sebagai anggota pengakap, gejala ini akan dapat diatasi dengan nilai-nilai murni yang diterapkan oleh persatuan ini seperti bersemangat patriotik, jujur, dan menghormati orang lain.

 Majlis Penganugerahan Pengakap Raja adalah majlis pengiktirafan kepada ahli pengakap yang memberikan komitmen penuh kepada pertubuhan dan banyak menyumbang jasa bakti kepada pengakap di negara ini.

 Pengakap Raja adalah kelulusan ujian kepandaian tertinggi bagi ahli pengakap melalui satu sistem penilaian Lembaga Pentarafan Pengakap Raja berdasarkan skema yang ditetapkan Persekutuan Pengakap Malaysia.

 Seramai 251 anggota Pengakap menerima anugerah, iaitu 59 orang Penerima Bintang dan Pingat dan 192 orang Penerima Sijil DiRaja.

 Sijil Pengakap ini ditandatangani oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan Duli-Duli Sultan dan Raja-Raja di Malaysia.

 Turut hadir Ketua Pengakap Negara, Dato' Seri Paduka Dr. Haji Shafie Haji Mohd Salleh dan Profesor Ir. Dr. Abdul Aziz Dato' Abdul Samad, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)yang mewakili Naib Canselor UTHM.

Dipetik dari laman web UTHM http://www.uthm.edu.my/v2/content/view/819/229/lang,en/

Jul 29, 2011

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak

Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor
ingin mengucapkan
Selamat Berpuasa 

kepada semua ahli Pengakap di seluruh dunia yang beragama Islam, 
khususnya di negeri Johor
semoga kehadiran bulan umah Rasulullah yang penuh keberkatan 
dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk meningkatkan amalan ibadah

Jul 28, 2011

Taniah Kepada Penerima Bintang dan Pingat PPM dan Pengakap Raja Negeri Johor

Buat julung-julung kalinya Majlis Istiadat Penganugerahan Bintang dan Pingat Persekutuan Pengakap Malaysia dan Sijil DiRaja Anugerah Pengakap Raja telah disempurnakan oleh DYAM Tunku Mahkota Johor. Majlis ini telah berlangsung di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, UTHM Parit Raja Batu Pahat.


Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor ingin merakamkan ucapan taniah kepada;

58 penerima bintang dan pingat PPM
200 orang penerima Sijil DiRaja

Jul 24, 2011

MAJLIS ISTIADAT PENGANUGERAHAN BINTANG DAN PINGAT PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA DAN SIJIL DIRAJA ANUGERAH PENGAKAP RAJA PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 2011

MENJUNJUNG KASIH

DULI YANG AMAT MULIA
TUNKU ISMAIL IBNI SULTAN IBRAHIM
TUNKU MAHKOTA JOHOR

KE

MAJLIS ISTIADAT PENGANUGERAHAN BINTANG DAN PINGAT PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA DAN SIJIL DIRAJA ANUGERAH PENGAKAP RAJA
DEWAN TUNKU IBRAHIM ISMAIL UNIVERSITI TUN HUSSIEN ONN MALAYSIA

23 JULAI 2011 (SABTU) BERSAMAAN 21 SYAABAN 1432 HIJRAH