Mar 25, 2012

Penolong Ketua Pesuruhjaya Negeri Johor Sumber Dewasa Kembali Kerahmatullah


Almarhum Muhamad Yusof bin Hussein
telah meninggal dunia di hospital Johor Bahru pada hari Isnin, 26 Mac 2012 bersamaan 3 Jamadilawwal 1433H kerana penyakit jantung.

Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor
ingin mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga almarhum.
Semoga roh almarhum ditempatkan bersama-sama orang yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah

dari sumber keluarga almarhum.

PENGUATKUASAAN KAD KEAHLIAN DALAM SEMUA AKTIVITI PENGAKAP

Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor pada tahun 2012 akan menjalankan operasi penguatkuasaan yang lebih tegas dalam usaha meningkatkan bilangan pendaftaran kumpulan dan keahlian.

(1) semua calon Pengakap Raja tahun 2012 diwajibkan mengemukakan kad keahlian 2012 (terkini)
(2) dalam semua penyertaan aktiviti Pengakap dari peringkat kumpulan (sekolah) hingga ke peringkat antarabangsa hendaklah menunjukkan bukti kad keahlian
(3) surat peringatan dan makluman melalui JPN Johor / Pejabat Pelajaran Daerah telah dihantar ke sekolah-sekolah (kumpulan)
(4) masa untuk mendaftar juga dilanjutkan sehingga bulan Ogos 2012
(5) jika berlaku kehilangan kad keahlian, pemilik kad boleh memohon kad keahlian baru dari PPM Daerah/PPM Negeri

KAD KEAHLIAN PENGAKAP NEGERI JOHOR TAHUN 2012

Tarikh : 25 Mac 2012
Hari : Ahad
Tempat : Kem Pengakap Jubli Intan, Tanjung Laboh

Sukacitanya dimaklumkan bahawa kad keahlian keluaran terkini bagi pendaftaran keahlian Pengakap tahun 2012 telah diserahkan kepada Pesuruhjaya Daerah atau wakil rasminya. Para pemimpin mendapatkan kad berkenaan jika telah membuat pembayaran pendaftaran.

Keutamaan akan diberikan kepada kumpulan yang mendaftar awal. Jika ada sebarang masalah atau pertanyaan sila berhubung terus kepada Pesuruhjaya Daerah atau Urusetia Pengurusan Pendaftaran Pengakap di daerah masing-masing.


Info Ketua Urusetia Pengurusan Pendaftaran Pengakap Negeri Johor

Mar 21, 2012

Ujian Sikap Pengakap Raja PPM Negeri Johor 2012



Tarikh : 22 hingga 25 Mac 2012
Jangka masa : 4 hari 3 malam
Tempat : Kem Pengakap Jubli Intan, Tanjung Laboh
Bayaran Penyertaan : RM30.00 seorang

Semua peserta yang berminat menyertai ujian sikap Pengakap Raja haruslah memenuhi syarat yang ditetapkan oleh PPM Negeri Johor. Surat siaran telah diedarkan semua daerah beserta surat kebenaran JPN Johor.

Mar 20, 2012

KURSUS PENTARAF PENGAKAP RAJA PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2012




Tarikh : 21 hingga 25 Mac 2012
Tempat : Kem Pengakap Jubli Intan,
Tanjung Laboh, Batu Pahat, Johor
Anjuran : Persekutuan Pengakap Malaysia

PPM Negeri Johor selaku tuan rumah mengalu-alukan kedatangan para peserta kursus.

Mar 12, 2012

Mesyuarat Kursus Pentaraf Pengakap Raja Kebangsaan dan Pendaftaran Keahlian 2012

Mesyuarat Khas
Kursus Pentaraf Pengakap Raja Kebangsaan dan Pendaftaran Keahlian 2012 akan diadakan pada :

Tarikh : 13 Mac 2012 (Selasa)
Masa : 0930 pagi
Tempat : Dewan Kem Jubli Intan Tanjung Labuh BP

Semua DC/ASC dijemput hadir.
Pengerusi Tuan Hj Yaacob Karim.