Nov 25, 2012

Young Adult Members Group (YAMG) for the term 2012-2015.





Rabu,  21 November 2012
Young Adult Members Group (YAMG) bagi sesi 2012-2015. 

Forum Belia bagi Pengakap Rantau Asia Pasifik (Pacific Regional Scout Youth Forum) ke-7  telah dijalankan di BRAC Centre for Development and Management, Savar, Bangladesh pada 17 hingga 21 November 2012. Pada majlis tersebut, penyenaraian Ahli Jawatankuasa Forum Belia APR - Young Adult Members Group (YAMG) yang baharu telah pun diumumkan. Enam (6) muka baru tersebut dianggotai dari pergerakan pengakap berlainan negara. Mereka akan memegang amanah sebagai perwakilan YAMG bagi sesi 2012 – 2015.

Terdiri daripada Nizarul Idhafi Omar (Johor, Malaysia), Pangkaj Sutradhar (Bangladesh), Tam Man-ying (Hong Kong), Firuzul Abdulla Khaleel (Maldives), Eugene Lester Lin (Philippines), and Sornsawan Ho (Thailand).

Sornsawan terpilih sebagai pengerusi dan akan mewakili YAMG dalam Regional Scout Committee. Manakala 5 orang lagi termasuk Nizarul Idhafi Omar akan berkhidmat pada 5 jawatankuasa iaitu Young People, Adult Support, Pengurusan (Management), kewangan (Finance) dan profil Kepengakapan (Scouts Profile).Mereka akan turut terlibat dalam perancangan dan sokongan bagi APR Youth Forum ke-8  pada 2015.

Penglibatan YAMG dalam dalam pergerakan pengakap dunia memberi peluang kepada anak-anak muda untuk sama-sama bergandingan bahu menjalankan tanggungjawab di peringkat serantau dan menyediakan golongan muda dengan pengalaman dalam membuat keputusan.

Ahli YAMG bagi sesi 2009-2012 telah pun menamatkan amanah dengan jayanya pada persidangan tersebut. Mereka ialah Hafiz Ariffin (Johor, Malaysia), Maeed Mohamed Zahir (Maldives), Dicky Lam (Hong Kong), Ari Adipratomo (Indonesia), Jessy Seo Jieun (Korea), Oliver Lim (Singapore), Benz Tantivisitkul (Thailand).

Sesungguhnya, Persekutuan Pengakap Negeri Johor berbangga dengan pencapaian mereka berdua. Tahniah Nizarul Idafi dan terima kasih Hafiz!

Kenali Nizarul Idhafi Omar. http://ppmnjptd.blogspot.com/2012/11/nizarul-idhafi-omar.html


Nizarul Idhafi Omar


Nizarul Idhafi Omar
Persekutuan Pengakap Malaysia
(Kluang, Johor)

Personal Information:
Aged 21. Student in Universiti Teknologi Petronas taking Bachelor (Hons.) in Science of Petroleum
Geoscience

Scouting Background:
Rover Scout. King Scout Awardee, 2011; Attended the Jambore Serumpun Budaya Malaysia-
Indonesia, 2010; Attended the Chiangmai International Camporee in Thailand, 2007.

Nota :
Pernah muncul dalam rancangan MAJALAH 3.



Oct 31, 2012

Langkawi Geopark Maritime International Jamboree

Ketua Kontinjen Negeri Johor
En Cheman bin Yusoh
Pesuruhjaya Pengakap Daerah Muar


1 MALAYSIA LANGKAWI GEOPARK MARITIME INTERNATIONAL
SCOUT JAMBOREE AND ROVERMOOT
Tempat  :  Kuala Kok, Langkawi, Kedah
Tarikh  :  12 hingga 17 Disember 2012

Surat Kebenaran Kementerian Pelajaran Malaysia


link untuk download surat dalam format pdf :


Surat Siaran dari Persekutuan Pengakap Malaysia

link untuk download surat dalam format pdf :

Selamat berjambori.

Oct 21, 2012

WEBSITE RASMI TERBARU PENGAKAP MALAYSIA


WEBSITE RASMI PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA

Merujuk surat PPM-2(422)/2012 bertarikh 19 Oktober 2012, Mesyuarat Majlis Eksekutif Pengakap Negara (MPEN) yang telah diadakan pada 13 Oktober 2012 telah melancarkan website rasmi PPM yang baru yang beralamat www.pengakapmalaysia.org.

.

Oct 19, 2012

Majlis Anugerah Rambu dan Malam Sehimpun Budi Kumpulan 01 Kluang kali ke-10 (SM Tinggi Kluang) (

Tarikh : 19 Okt. 2012 (Jumaat)
Masa : 8.00 malam
Tempat : Dewan Bestari, SM Tinggi Kluang

Sekalung tahniah daripada PPM Negeri Johor di atas daya usaha berterusan serta inovatif para pemimpin serta ahli Pengakap Kumpulan 01 Kluang. Semoga kumpulan anda terus gemilang serta menjadi contoh teladan kepada pergerakan kumpulan Pengakap lain.

MESYUARAT JAWATANKUASA KONTINJEN JAMBORI LANGKAWI



MESYUARAT JAWATANKUASA KONTINJEN JAMBORI LANGKAWI

Tarikh  :  20 Oktober 2012
Hari  :  Sabtu
Masa  :  2.30 petang
Tempat  :  SK Parit Korma, Muar, Johor
Pengerusi  :  Tn Hj Yaacob A Karim

Dijemput semua DC atau wakil untuk hadir ke mesyuarat tersebut.

Ketua Kontinjen Negeri Johor
En Cheman bin Yusoh
Pesuruhjaya Pengakap Daerah Muar

Oct 2, 2012

PERUBAHAN TARIKH KURSUS ASAS PAYUNG TERJUN SIRI 1/2012

PERUBAHAN  TARIKH KURSUS ASAS PAYUNG TERJUN SIRI 1/2012


Dengan segala hormat dan sukacitanya bersama-sama ini dikepilkan surat perubahan  tarikh Kursus Asas Payung Terjun siri 1/2012 untuk makluman dan tindakan YBhg. Dato'/Datuk/Tuan/Puan.

Tarikh Baru  :  12 - 14 okt 2012 (jumaat-ahad)
 Tempat:  :  Segamat Golf and Country Club, Segamat, Johor.
 Yuran Penyertaan  :  RM200.00(seorang) (makan/minum,penginapan,sijil,lencana & bahan kursus)
 Yuran Pendaftaran  :  RM850.00(seorang) (dibayar kepada Persatuan Terjun Payung KL)

 Adalah dipohon kerjasama dari YBhg. Dato'/Datuk/Tuan/Puan agar dapat  memaklum dan memanjangkan kepada semua ahli-ahli pengakap diperingkat Negeri dan Daerah mengenai perubahan tarikh tersebut.

Sekian.




Sep 29, 2012

1 MALAYSIA LANGKAWI GEOPARK MARITIME INTERNATIONAL


1 MALAYSIA LANGKAWI GEOPARK MARITIME INTERNATIONAL
SCOUT JAMBOREE AND ROVERMOOT
Tempat  :  Kuala Kok, Langkawi, Kedah
Tarikh  :  12 hingga 17 Disember 2012

Surat Kebenaran

 Maklumat Jamboree

Tapak Jamboree

Borang Penyertaan

KURSUS ASAS PAYUNG TERJUN

Surat kebenaran menghadiri kursus

Kursus Asas Payung Terjun
Tarikh  :  7 Oktober 2012
Tempat  :  Segamat Golf and Country Club, Segamat, Johor

KURSUS KEPIMPINAN ASAS PENGAKAP LAUT

Surat kebenaran kursus

Kursus Kepimpinan Asas Pengakap Laut
Tarikh  :  5 hingga 7 oktober 2012
Tempat  :  Pengkalan Jabatan Laut Wilayah Selatan,
                Tanjung Pelepas, Gelang Patah, Johor
Rujukan :
Tuan Mohd Helmi Abu Bakar
Sekretariat Pengakap Laut Kebangsaan
Telefon :  012-3263126

Sep 19, 2012

Surat Kebenaran JPNJ untuk Menghadiri Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan

Surat Kebenaran JPNJ

Klik perkataan di atas untuk download surat tersebut.

Harap Maklum.

Jika tidak berjaya, anda boleh ke facebook Ramli Ibrahim.


Sep 18, 2012

Pertandingan Tilawah Al-Quran, Syarahan Agama dan Nasyid Peringkat Kebangsaan.

Pertandingan Tilawah Al-Quran, Syarahan Agama dan Nasyid Peringkat Kebangsaan.
Lokasi : Kem Pengakap Tanjung Labuh, Batu Pahat, Johor
Tarikh : 21 hingga 23 September 2012 Lokasi : Kem Pengakap Tanjung Labuh, Batu Pahat, Johor
200 Orang peserta terlibat. marilah beramai=ramai mengimarahkan program ini. insyaallah.

Aug 1, 2012

Majlis Tilawah A-Quran, Tadarus dan Berbuka Puasa Anjuran PPM Negeri Johor

Tarikh : 3 dan 4 Ogos 2012
Hari : Jumaat dan Sabtu
Masa Pendaftaran : 0800 (3 Ogs. 2012/Jumaat)
Tempat : Kem Pengakap Jubli Intan Tanjung Laboh, Batu Pahat
Pakaian Peserta : uniform Pengakap


Aktiviti :
Majlis Tadarus Al-Quran
Majlis Tilawah Al-Quran
Pertandingan Syarahan Agama
Pertandingan Nasyid
Majlis Berbuka Puasa

Majlis penutup program akan diadakan pada 4 Ogos 2012 (Sabtu) pukul 1700.
Dengan sukacitanya dan penuh takzim pihak pengelola turut mengundang rasmi:

Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor
Semua Penolong Ketua Pesuruhjaya Negeri Johor
Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Pengakap daerah dan penolongnya
Para pemimpin dan semua ahli Pengakap

Pakaian tetamu : Baju kebangsaan/uniform Pengakap


Jul 18, 2012

Mesyuarat Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat PPM Negeri Johor 2012

Tarikh : 22 Julai 2012 (Ahad)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Dewan Serbaguna, Kem Jubli Intan Tanjung Laboh
Uniform : No. 3
Pengerusi : Tuan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor

Jun 22, 2012

Mesyuarat Khas PPNJ dan Semua Pesuruhjaya Daerah


Salam Tuan/Puan PPNJ dan Pesuruhjaya Daerah.

Mesyuarat Khas PPNJ dan Semua Pesuruhjaya Pengakap Daerah  akan di adakan seperti maklumat berikut :

Tarikh  :  24 Jun 2012
Tempat  :  Kem Pengakap Jubli Intan, Tanjong Labuh
Masa  :  9.00 pagi

Agenda :
1.  Pendaftaran Keahlian Pengakap 2012 - Yuran dan Kad keahlian.
2.  Perkemahan Pramuka Santri Nusantara 2012
3.  Pertandingan Musabaqah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Anjuran PPM di Negeri Johor


Pengerusi Mesyuarat : Tn Hj Yaacob A Karim.
Kehadiran : Wajib



Perkemahan Pramuka Santri Nusantara 2012
Tarikh : 2 hingga 8 Julai 2012
Lokasi : Bumi Perkemahan Raja Ali Kelana, Telagapunggur, Batam, Indonesia



Jun 6, 2012

Tokoh Guru Segamat 2012 : Bardin bin Uteh


Satu lagi penghargaan diterima oleh warga pengakap iaitu Tuan Bardin bin Uteh di atas penganugerahan sebagai Tokoh Guru 2012 Daerah Segamat sempena sambutan Hari Guru Peringakat daerah yang diadakan di Dewan SJKC Li Chi baru-baru ini.

Tuan Bardin bin Uteh juga dicalonkan sebagai Tokoh Guru Peringkat Negeri Johor bagi tahun 2013 di atas khidmat bakti beliau selama35 tahun dalam bidang pendidikan. Tahniah buat tuan.

Petikan akhbar Harian Metro 3 Jun 2012 

Jawatan dalam Pengakap Johor 2012/2013


.

May 31, 2012

Ujian Pentarafan Pengakap Raja Negeri Johor 2012


Ujian Perkhemahan Pentarafan Pengakap Raja Johor 2012
Tarikh  :  04 hingga 08 Jun 2012
Tempat  :  Kem Pengakap Jubli Intan Tanjung Labuh, Batu Pahat, Johor

Dimaklumkan bahawa seramai 120 Pengakap Remaja seluruh Johor akan berkhemah selama 4 hari 3 malam sebagai Ujian Perkhemahan. Peserta merupakan Calon Pengakap Raja yang lulus Ujian Sikap Mac lalu.

Buat peserta - Selamat menduduki ujian.
Buat Jurulatih - Selamat melaksanakan tugas.
.

May 26, 2012

Ketua Pesuruhjaya Pengakap Sarawak Meninggal Dunia

Warga Pengakap Negeri Johor mengucapkan takziah kepada keluarga Tuan Dunstan Melling Undau, Ketua Pesuruhjaya Pegakap Negeri Sarawak yang telah meninggal dunia akibat kemalangan semalam. Takziah juga kepada semua ahli pengakap Sarawak. Daripada warga pengakap negeri Johor Darul Takzim.

Apr 30, 2012

Jambori Jutaan Belia Sempena Sambutan Hari Belia Negara Tahun 2012


Tarikh : 23 - 27 Mei 2012
Tempat : Putrajaya
Sumbangan Kit Cenderahati : RM10.00 seorang
Kos pengurusan pengangkutan pergi balik dibawah urusan daerah masing-masing.

PPM Negeri Johor akan menghantar lebih kurang 1,000 orang peserta ahli Pengakap.
(Syarat khas peserta mestilah ahli Pengakap berdaftar bagi tahun 2012)

Ketua Kontinjen Negeri Johor : Encik Ramli bin Sharip (Pesuruhjaya Daerah Kulaijaya)
Timbalan Kontinjen : Tn Hj Mohammed bin Redzuan (Pesuruhjaya Daerah Kota Tinggi)
Naib Ketua Kontinjen : En Abu Khan bin Misran (Pesuruhjaya Daerah Batu Pahat)

Surat Kebenaran Kemenerian Pelajaran untuk ke Perhimpunan Jutaan Belia 2012
Surat Siaran PPM
Surat Siaran PPM sambungan


Kursus Pengurusan dan Pentadbiran

Tarikh : 4 hingga 6 Mei 2012
Jangka Masa : 3 hari 2 malam
Masa Pendaftaran : 9.00 pg - 12.00 tgh.
Tempat : Wisma Shafie Mohd Salleh, Balakong Selangor
Anjuran : PPM dengan Kerjasama INTAN
Pendaftaran Kursus : RM250.00 seorang

Surat KPM - Pelepasan Tugas Menghadiri Kursus Pengurusan dan Pentadbiran

Apr 26, 2012

Surat Jawapan Pelepasan Kementerian Pelajaran ke Rovermoot Negeri Selangor 2012 kepada Persekutuan Pengakap Malaysia


Surat Mohon pelepasan dari Pengakap Malaysia ke Kementerian Pelajaran Malaysia

Apr 22, 2012

Tuan Haji Abu Bakar bin Hassan Mantan Bendahari Majlis Pengakap Negeri Johor Kembali Kerahmatullah

Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor
merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga almarhum Tn Hj Abu Bakar bin Hassan yang telah meninggal dunia pada pukul 3.00 petang 29 April 2012 (Ahad) di Muar. 
Semoga roh almarhum dilimpahi kerahmatanNya serta ditempatkan bersama orang yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah

Apr 11, 2012

Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kluang 2018


En Shukor bin Selamat

Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kluang

Pemegang Manikayu 3bead

Taman Sutera, Simpang Renggam,
Johor Darul Takzim

Apr 10, 2012

Kunjungan KPPNJ dan Barisan Pemimpin Pengakap ke Kediaman Rasmi Tn Hj Ibrahim Junid

Sekitar Majlis Sambutan Hari Lahir Mantan Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor -  Tn Hj Ibrahim bin Junid


Rombongan Ahli Mesyuarat Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri dari SK Parit Keroma menuju ke rumah mantan Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor - Tn Hj Ibrahim bin Haji Junid di Taman Bunga Raya, Jalan Temenggong Ahmad, Muar, Johor.


Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor, Tn Haji Yaacob A Karim memberi ucapan selaku ketua rombongan sempena Majlis Ulangtahun Kelahiran Tn Hj Ibrahim bin Junid.


Memotong kek, simbolik acara diraikan.


Di antara koleksi Tn Hj Ibrahim Junid


"Korek jangan tak korek". masing-masing meneliti koleksi Tn Hj Ibrahim Junid.
"Hj...boleh minta bawa balik tak ?"


Jamuan yang disediakan


Masing-masing khusyuk dengan penerangan Tn Hj Ibrahim Junid.

.

Sekitar Mesyuarat Majlis Persekutuan Pengakap Negeri Johor siri 1/2012


Barisan Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor menerima tauliah dan memperbaharui persetiaan pengakap.


Menandatangani tauliah yang diterima di hadapan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor, Tn Hj Yaacob A Karim.


Barisan penerima manikayu 2bead - Unit Kanak-kanak, Muda, Remaja dan Kelana dari seluruh daerah di negeri Johor. 


Penerima Manikayu 3bead - En Suhaimi Sulaiman (ADC Segamat)


 Penerima Manikayu 3bead - Cik See Kwan Lian (ADC Segamat) 


Tn Hj Yaacob A Karim mempengerusikan mesyuarat.


Ahli mesyuarat khusyuk menelaah minit mesyuarat yang lepas.


Pengerusi Majlis yang berdedikasi

.

Pesuruhjaya Pengakap Daerah Muar 2018


Encik Zainee bin Khamis

Pesuruhjaya Pengakap Daerah Muar

Alamat :
SMK Dato' Sri Amar DiRaja,
Muar, Johor

Facebook :

.

Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kota Tinggi 2018


Tn Hj Muhammad bin Redzuan
Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kota Tinggi

PESARA GURU

Email :

mohammedredzuan@yahoo.com
.

Pesuruhjaya Pengakap Daerah Batu Pahat 2018


ABU KHAN BIN MISRAN

Pesuruhjaya Pengakap Daerah Batu Pahat

Pemegang Manikayu 3bead

Alamat :
Guru Penolong Kanan HEM
SK Lubok, Semerah, Batu Pahat, Johor

Email :
pengakapsemerah@yaho​o.com

Facebook :
http://www.facebook.com/Pengakap Semerah Batu Pahat
.

PPNJ Logistik


YM Raja Iskandar Raja Ali

Penolong Ketua Pesuruhjaya Negeri
Logistik


Jurulatih Pengakap Kebangsaan - 4bead
Setiausaha Pasukan Latihan Pengakap Negeri Johor
Pentaraf Pengakap Raja Negeri Johor
Pemegang Manikayu Unit PM, PR dan PK.

Alamat :
SMK Tinggi Batu Pahat,
Batu Pahat, Johor

Emel :
mrbpsikundur@yahoo.c​om

Facebook :
http://facebook.com/​Raja Iskandar

.

Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor 2012/2013

Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri-Tuan Hj Yaacob Karim

Penolong Pesuruhjaya Negeri
------------------------------

PPNJ Kanan & Kerohanian - Hj Abd Kadir Abd Majid
PPNJ Pembangunan Kepengakapan - En Bardin Uteh
PPNJ Antarabangsa - Hj Mazlan Hj Zaini
PPNJ Latihan & Sumber Dewasa - Hj Ibrahim Abdullah
PPNJ Program - En Mohd Khir Muda
PPNJ-Perhubungan - En Daud Abd Rahman
PPNJ Pentadbiran - Hj Ramli Ibrahim
PPNJ Persaudaraan BP - Hj Sahak Harun
PPNJ Zon Utara - En Shes Sueba Baba
PPNJ Zon Selatan - Hj A Rahman Johan
PPNJ Tengah - En Abu Soud Hj Abd Dardak
PPNJ Wanita - Hjh Junaidah Md Tahir
PPNJ PKK - En Mukim Katimum
PPNJ PM - En Mohd Asik Saim
PPNJ PR & Udara - En Megad Mohd Nizar A Rahman
PPNJ Pengakap Laut - En Khamaruzaman Samsudin
PPNJ Pengakap Kelana Sekolah - En Abd Razak Hj Idris
PPNJ Pengakap Kelana Terbuka - En Zalini Johari
PPNJ Pendidikan Khas -  Pn  Nurul Huda Jamal
PPNJ Radio Amatur - En Den Atan
PPNJ Visual Dokumentasi - Hj Maskum Mohd Salleh
PPNJ Pusat Sumber - Hj Mohd Noh Hj Hamim
PPNJ Protokol - Major(B) Hj On Wahab
PPNJ ICT-Buletin - Pn Rosmah Abdullah
PPNJ Kebajikan - Hj Hamzah Taib
PPNJ Kebudayaan - Hj Razak Ismail
PPNJ Peng Risiko & Kecemasan - En Mohd Affendi Ab Hamid
PPNJ Sekolah Swasta - En Tan Chek meng
PPNJ Penulisan - Pn Norshidah Hamid
PPNJ Sambutan & Majlis Rasmi - Pn Habibah Ismail
PPNJ Bahan Sejarah - Hj Samat Limat
PPNJ Khidmat Masyarakat - En Mohd Ali Yunus
PPNJ Persaudaraan Pengakap Raja - En Azhar Nor Rahman
PPNJ Logistik - YM Raja Iskandar Raja Ali
PPNJ Alam Sekitar - En Zainol Hisham Ahmad.

PESURUHJAYA DAERAH
--------------------------
Muar - En Cheman Yusoh
Segamat - En Ismail Buang
Mersing - Hj Kamis Hasan
Batu Pahat - En Abu Khan Misran
Kluang - En Shukor bin Selamat
Pontian - En Mohd Zaki bin Azman
Johor Bahru - En Mohd Sani Hasan
Kulaijaya - En Ramli Sarip
Kota Tinggi - Hj Muhammad Redzuan

Selamat Menjalankan Tugas.

.

Apr 1, 2012

Mesyuarat Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor Kali 1/2012

Tarikh : 8 April 2012
Hari : Ahad
Masa : 9.30 pagi
Pengerusi : Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor
Tempat : SK Parit Keroma Darat, Jalan Hj. Kosai, Muar
Pakaian : Uniform No. 3
Dijemput hadir :
(1) Semua Penolong Ketua Pesuruhjaya Negeri (yang telah dilantik baharu/dilantik semula)
(2) Pesuruhjaya Pengakap Daerah
(3) Penolong Pesuruhjaya Daerah (Latihan)
(4) Penolong Pesuruhjaya Daerah (Program)
(5) Ketua Urusetia Pengurusan Pendaftaran Pengakap Daerah atau Penolong Pesuruhjaya Daerah (Pentadbiran)

Mar 25, 2012

Penolong Ketua Pesuruhjaya Negeri Johor Sumber Dewasa Kembali Kerahmatullah


Almarhum Muhamad Yusof bin Hussein
telah meninggal dunia di hospital Johor Bahru pada hari Isnin, 26 Mac 2012 bersamaan 3 Jamadilawwal 1433H kerana penyakit jantung.

Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor
ingin mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga almarhum.
Semoga roh almarhum ditempatkan bersama-sama orang yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah

dari sumber keluarga almarhum.