Feb 11, 2013

PENDAFTARAN KEAHLIAN 2013

Pendaftaran 2013

CONTOH

Adalah dimaklumkan bahawa semua Pemimpin Kumpulan bertanggungjawab memastikan pendaftaran kumpulan dan keahlian setiap ahli pengakap masing-masing bagi tahun 2013 dilaksanakan.

Anda boleh memuat turun Borang Pendaftaran bagi tahun 2013 di alamat :



Kaedah Pembayaran :

Semua pemimpin kumpulan hendaklah mendaftarkan semua ahli dengan mengisi borang yang disediakan serta menjelaskan bayaran terus ke dalam akaun Majlis Pengakap daerah masing-masing.  Sila hubungi Pesuruhjaya Daerah untuk keterangan lanjut.


Kadar bayaran pendaftaran bagi tahun 2013 yang telah ditetapkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia adalah seperti berikut:
  1. Kumpulan: RM 10.00 (*Hanya kepada kumpulan baharu ditubuhkan)
  2. Ahli Pengakap Kanak-kanak, Muda, Remaja & Pend. Khas : RM3.00
  3. Ahli Pengakap Kelana: RM5.00
  4. Pemimpin, Penolong Pemimpin dan Ahli Biasa: RM5.00
Borang Pendaftaran Excel yang telah dilengkapkan akan mengira jumlah bayaran yang dikehendaki secara automatik tetapi pihak tuan boleh menyemak semula untuk memastikan jumlah bayaran adalah tepat.

Tarikh tutup pendaftaran ialah selewat-lewatnya pada 30 Jun 2013.
Dengan penjelasan di atas, kerjasama dan tindakan awal daripada semua pihak untuk menjalankan pendaftaran kumpulan masing-masing adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila gunakan ruangan komen di bawah.



Feb 7, 2013

16th Australian Venture


The Scouts Australia South Australian Branch has accepted the responsibility for the hosting of the 16th Australian Venture to be held from 2-13 January 2015.
This triennial event is the major national youth event of the Venturer Scout section (ages 14.5 to 18 years) and will attract Scouting members from Australia and the Asia-Pacific region.
The Venture will run in accordance and compliance with the Scouts Australia Major National Events policy and in keeping with the spirit of the Venturer Scout program. The name of the Venture is  AV2015 - Heaps Good SA!
The Venture will include a 5 day expedition phase followed by a week of on-site and off-site activities based from the Woodhouse Activity Centre in the Adelaide Hills.
Participants will experience the best South Australia has to offer with a wide range of activities from hiking our picturesque walking trails through to exploring the City of Adelaide – and everything in between.
The 2015 Venture website located at www.av2015.scouts.com.au contains the most up to date event information and will be added to over the coming months to get everyone enthused.
To register your interest in attending this event click here.

Mesyuarat Agung Tahunan Sekretariat Pengakap Kelana Negara 2013

Tarikh  :  3 Mac 2013
Masa  :  8.30 pagi
Tempat  :  Dewan Rumah BP, Kuala Lumpur

2 orang wakil bagi setiap negeri akan turut serta dalam mesyuarat tersebut.

Harap maklum.

Feb 1, 2013

Sambutan Maulidurasul dan Majlis Penutup Ujian Sikap Pengakap Raja 2013


Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor
amat mengalu-alukan kedatangan

Semua Penolong Ketua Pesuruhjaya Negeri dan Pesuruhjaya Pengakap Daerah,

ke majlis :
Sambutan Maulidur Rasul 1434H dan
Majlis Penutup Ujian Sikap Pengakap Raja
PPM Negeri Johor Tahun 2013

yang akan berlangsung seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 3 Februari 2013
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Kem Pengakap Jubli Intan, Tanjung Laboh Batu Pahat
Pakaian  :  Uniform No.3

Kehadiran tuan diharapkan dapat mengimarahkan serta menyerikan lagi program tersebut.

.

Penangguhan kursus pentarafan pentaraf pengakap Raja 2013



Penangguhan kursus pentarafan pentaraf pengakap Raja 2013


Salam Pengakap

YBhg. Datuk / Dato' / Tuan

Dengan sukacitnya dikepilkan surat  mengenai perkara diatas di rujuk. Sehubungan dengan itu, kursus tersebut digantikan dengan Kursus Peningkatan Profesionalisma Pentaraf Pengakap Raja yang akan diadakan pada tarikh & tempat seperti berikut :

Tarikh     : 15 - 17 Feb 2013( jumaat - ahad)

Tempat   :  Pusat Latihan Pengakap Malaysia, Balakong, Selangor (PULAPEM)

Bayaran  :  RM150 (seorang) (termasuk makan/minum, tempat penginapan & bahan kursus)

Tarikh Pendaftaran Kursus  : 15 Feb 2013 (jumaat)

Masa Pendaftaran Kursus  :  10.00pagi - 12.00tghr

Tarikh Tamat Kursus  : 17 Feb 2013 (ahad jam 4.30ptg)

Dipohon kerjasama dan perhatian daripada YBhg. Datuk / Dato' / Tuan, bahawa penyertaan kursus ini adalah bagi peserta yang telah menghadiri Kursus Pentarafan Pentaraf Pengakap Raja di Pusat Kokurikulum, Jabatan Pelajaran Negeri Selangor & di Kem Jubli Intan , Tanjung Laboh, Johor serta 4 orang pentaraf Pengakap Raja Negeri yang terkanan serta dicalonkan oleh Lembaga Pentaraf Pengakap Raja Negeri. 

Sekian

NATASHA ADDHA BINTI BAHAROM
Pembantu Tadbir

Bagi Pihak

Ketua Setiausaha Eksekutif