Dec 29, 2013

PERUTUSAN KETUA PENGAKAP NEGARA MALAYSIA 2014

Sukacitanya dimaklumkan kepada semua ahli Pengakap bahawa satu rakaman perutusan khas bersempena menjelang sambutan tahun baru 2014 boleh disaksikan menerusi YouTube mulai jam 11.50 malam pada tanggal 21 Disember 2013 oleh KPPN dan KPN.

"Selamat Menonton, dan Selamat Menyambut Tahun Baru 2014"

Nov 25, 2013

KEPUTUSAN RASMI PERTANDINGAN JAMBORI ANTARABANGSA JOHOR KE-25 TAHUN 2013

Pertandingan Pintu Gerbang (Kategori Negeri)
Johan :  Perak
Ke-2 :  Terengganu
Ke-3 :  Kedah

Pertandingan Pintu Gerbang (Kategori Daerah)
Johan : Pontian
Ke-2  : Kulaijaya
Ke-3  : Johor Bahru

Pertandingan Kebudayaan
(Kategori Luar Negara)
Johan : Diniyah Putri Lampung, Indonesia
Ke-2  : Balikpapan, Indonesia
Ke-3  : Padang, Indonesia

(Kategori Negeri)
Johan : Negeri Sembilan
Ke-2 : Sarawak
Ke-3 : Melaka

(Kategori Daerah)
Johan  : Kulaijaya
Ke-2  : Kota Tinggi
Ke-3  : Muar

Anugerah Forum Remaja
Johan : Kuala Lumpur
Ke-2  : Selangor
Ke-3  : Pahang

Anugerah Pameran 
Johan : Muar, Johor
Ke-2  : Perak
Ke-3  : Kedah

Pertandingan Futsal
Johan : 388 Kedah
Ke-2  : Pontian FC
Ke-3  : Kulaijaya A

Pertandingan Paintball
Johan : Pontian
Ke-2  : Snd Port Dickson, Negeri Sembilan
Ke-3  : B-Quota

Pertandingan Scoutrace
Johan : Lion Scouts, Batu Pahat
Ke-2  : Southern Kota, Kota Tinggi
Ke-3  : Pontian

Pertandingan Fox Hunt
Johan : Grizzly Tilk, Kuala Lumpur
Ke-2  : Diaogo, Negeri Sembilan
Ke-3  : Birunian Scouts, Pahang

Pertandingan Scouts Got Talent
Johan : Darul Ulum Lido Bogor, Indonesia
Ke-2  : Farhan Iwrsyad Ibrahim, Melaka
Ke-3  : As King, Selangor

Pertandingan Creative Scouts
Johan : Muhammad Azizi, Kulaijaya
Ke-2  : Mohamad Nabil Aiman Roshidi, Kedah
Ke-3  : Muhammad Aiman Syakir, Kota Tinggi

Kontinjen Terbaik Negeri
Johan : Perak
Ke-2  : Kedah
Ke-3  : Terengganu

Kontinjen Terbaik Daerah
Johan : Pontian
Ke-2  : Kulaijaya
Ke-3  : Muar


Sumber sekretariat JIJ

TERIMA KASIH DI ATAS KERJASAMA MENJAYAKAN JAMBORI ANTARABANGSA JOHOR KE-25 TAHUN 2013

Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor 
merakamkan ucapan syabas dan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung atau tidak secara langsung dalam menjayakan Jambori Antarabangsa Johor Ke-25, antaranya seperti;

Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor
Pejabat Daerah Kulaijaya
Majlis Perbandaran Kulaijaya
JPN Johor
PDRM
Jabatan Kerja Raya
Jabatan Penerangan
Jabatan Kesihatan
Syarikat Air Johor
serta mana-mana pihak yang tidak dapat dinyatakan di sini.

Nov 2, 2013

JAMBORI ANTARABANGSA JOHOR




















Aktiviti yang disediakan :

1.pertandingan pintu gerbang
2.pertandingan projek pioneering
3.pertandinagan pamiran kem anda
4.scout explorace
5.sukan laut dan darat
6.pembentangan ilmiah
7.lawatan Spore-Legoland
8.aktiviti pengakap semasa JIJ
9.Lencana
10.Malam INDABA,Gilwell Reunion,Persaudaraan BP-Pengakap Raja.



https://www.facebook.com/JIJ2013

.

Jul 10, 2013

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN, PERTANDINGAN NASYID, BERCERITA DAN SYARAHAN, SERTA BERBUKA PUASA PPM NEGERI JOHOR TAHUN 2013

Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor
menjemput para pemimpin Pengakap dan ahli Pengakap untuk hadir ke majlis di atas seperti butiran;

Tarikh : 13 Julai 2013
Hari : Sabtu
Masa : 9.00 pagi hingga 10.30 malam
Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah : 5.00 petang
Pakaian : Uniform Pengakap
Tempat : Kem Pengakap Jubli Intan Tanjung Laboh, Batu Pahat
Tetamu Khas Perasmian Penutup : Tn. Hj. A. Aziz bin Ismain, ADUN Senggarang
Turut Hadir : T. Hj. Yaacob bin A Karim, Ketua Pesuruhjaya Negeri, PPMNJ

Kedatangan tuan/puan diharap dapat mengimarah penghayatan serta sambutan bulan Ramadhan al-Mubarak 1434H, disamping memeriahkan majlis kami.

Info : SU Program PPMNJ


Jul 9, 2013

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK

Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor 

ingin mengucapkan

Selamat Berpuasa

kepada semua ahli Pengakap yang beragama Islam, serta kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat amnya.

Jul 5, 2013

MESYUARAT JAWATANKUASA/URUSETIA MAJLIS TILAWAH AL-QURAN, SYARAHAN AGAMA, BERCERITA DAN NASYID PPM NEGERI JOHOR 2013

Tarikh : 8 Julai 2013 (Isnin)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Kem Pengakap Jubli Intan, Tanjung Laboh

Info : SU Program PPMNJ

Jun 24, 2013

JOHOR INTERNATIONAL JAMBOREE 2013

Tarikh : 16 - 22 November 2013
Tempat : Hutan Bandar Kulaijaya, Johor
Yuran Penyertaan : RM80.00 (USD150.00 Antarabangsa)

KAMI MENGALU-ALUKAN KEDATANGAN ANDA.

Pertanyaan serta maklumat lanjut boleh didapati:

EMAIL: hello@johorjamboree.com
FACEBOOK: fb.com/JIJ2013
TWITTER: @johorjamboree13

BENGKEL PEMANTAPAN ASPEK PERTOLONGAN CEMAS PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA 2013

Tarikh : 28 hingga 30 Jun 2013
Tempat : Rumah B-P, Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur
Pendaftaran : 28 Jun 2013 (3.30 ptg - 8.00 mlm)
Anjuran : Jawatankuasa Pengurusan Risiko PPM

Penginapan dan makan minum disediakan.

Info : Pentadbiran

KURSUS PENTARAFAN PENTARAF PENGAKAP RAJA

Tarikh : 4 hingga 7Julai 2013
Tempat : Kem Dr Shafie Mohd Salleh, Bagan Lalang, Sepang Selangor
Tarikh Pendaftaran : 4 Julai 2013 (Khamis : 8.00 - 10.30 pagi)
Yuran Penyertaan : RM250.00 seorang

Info : Pentadbiran

KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU PERINGKAT 3.2 PERINGKAT PPM NEGRI JOHOR 2013

Tarikh : 28 hingga 30 Jun 2013
Hari : Jumaat hingga Sabtu
Pendaftaran : Jumaat (28 Jun 2013 : 2.00 PM)
Tempat : Kem Pengakap Jubli Intan, Tanjung Laboh
Yuran Penyertaan : RM100.00 seorang

Info: PKPNJ Latihan









TILAWAH AL-QURAN, PERTANDINGAN NASYID, SYARAHAN DAN MAJLIS BERBUKA PUASA PPM NEGERI JOHOR TAHUN 2013

Tarikh : 13 Julai 2013 (4 Ramadhan 1434H)
Hari : Sabtu
Tempat : Kem Pengakap Jubli Intan, Tanjung Laboh
Setiap PPM Daerah diwajibkan menghantar peserta masing-masing.

Maklumat lanjut dan syarat pertandingan akan dihantar melalui surat oleh Jawatankuasa Program.

Info PKPNJ Program

Jun 9, 2013

MESYUARAT MAJLIS PESURUHJAYA PENGAKAP NEGERI JOHOR BIL. 2/2013

Tarikh : 16 Jun 2013
Hari : Ahad
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor
Alamat : Lot. 21 Nong Heights, Jalan Nong Chik, Johor Bahru
(berhadapan Masjid Taman Nong Chik/300 m dari Maktab Sultan Abu Bakar)
Pakaian : Uniform No. 3

Info. Perntadbiran

Mar 30, 2013

Al-Fatihah buat Allahyarham Zaid Mazri Buhari


Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor
dan seluruh ahli Pengakap Negeri Johor

merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga almarhum Mohd Zaid Mazri bin Buhari, 
mantan timbalan pengerusi majlis pengakap Kelana Negeri Johor.
Al-Fatihah


Mar 28, 2013

SEKITAR MAJLIS ANUGERAH PINGAT CEMERLANG AKADEMIK BAGI AHLI PENGAKAP NEGERI JOHOR

Anugerah Pingat Cemerlang Akademik Bagi Ahli Pengakap Negeri Johor
28 Mac 2013 - Khamis
Kem Pengakap Jubli Intan, Tanjung Labuh, Batu Pahat, Johor
Disampaikan oleh : YB Dr. Haji Mohd Puad Bin Zarkashi



















Model Gejet Khas untuk YB Dr Haji Mohd Puad Zarkashi



Ukuran Model :
 panjang x lebar x tinggi

Hasil Kerja  :
 Kelana Kem Tanjung Labuh

Cenderahati kepada :
 Yb Dr. Haji Mohd Puad Bin Zarkashi
Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia

Majlis :
Majlis Penyampaian Anugerah Akademik
dan Penutup Ujian Pentarafan Pengakap Raja
serta Perkhemahan Lencana Pengakap Kelana Negeri Johor

Tarikh Serahan :
28 Mac 2013

Lokasi  :
Kem Jubli Intan, Tanjung Laboh, Batu Pahat, Johor
YB Dr. Haji Mohd Puad Bin Zarkashi


Mar 27, 2013

PINDAAN MASA MAJLIS PENUTUP UJIAN PENTARAFAN PENGAKAP RAJA DAN PERKHEMAHAN LENCANA PENGAKAP KELANA SERTA PENYAMPAIAN ANUGERAH CEMERLANG PENGAKAP NEGERI JOHOR

Adalah ingin dimaklumkan bahawa masa majlis tersebut akan diadakan pada pukul 10.00 pagi pada 28 Mac 2013 (Khamis).

Sehubungan dengan itu, para penerima Anugerah Pingat Cemerlang Akademik diminta hadir pada pukul 8.30 pagi, dengan berpakaian uniform lengkap.

Para tetamu jemputan diminta hadir pada pukul 9.30 pagi.

Segala kesulitan amat dikesali. Harap maaf.

Hebahan Pentadbiran.

MAJLIS PENUTUP UJIAN PENTARAFAN PENGAKAP RAJA DAN PERKHEMAHAN LENCANA PENGAKAP KELANA SERTA PENYAMPAIAN ANUGERAH CEMERLANG AKADEMIK PENGAKAP NEGERI JOHOR

Tarikh : 28 Mac 2013 (Khamis)
Masa : 10.30 pagi
Tempat : Kem Pengakap Jubli Intan, Tanjung Laboh
Perasmi : YB Dato' Dr. Hj. Mohd Puad bin Zarkashi
               Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia merangkap Ahli Parlimen Batu Pahat
Pakaian : Uniform Pengakap No.3

Dijemput :
1) Tuan Pegawai Pelajaran Daerah
2) Pengetua dan Guru Besar
3) Semua Pen. Ketua Pesuruhjaya Negeri
4) Semua Pesuruhjaya Pengakap Daerah
5) Pen. Pesuruhjaya Pengakap Daerah
6) Para Pemimpin/Pen. Pemimpin Kumpulan
7) Para Penerima Anugerah Cemerlang Akademik dan Ibu bapa/penjaga

Kehadiran tuan/puan amat dialu-alukan.

Info : Pentadbiran

PERKHEMAHAN UJIAN LENCANA PENGAKAP KELANA NEGERI JOHOR

Tarikh : 25 hingga 28 Mac 2013
Tempat : Kem Pengakap Jubli Intan, Tanjung Laboh
Sasaran : Terbuka kepada semua ahli Pengakap Kelana
Sebarang Pertanyaan : Sila rujuk Urusetia Sekretariat Kelana Negeri

Info : PKPN Program

PERKHEMAHAN UJIAN PENTARAFAN PENGAKAP RAJA NEGERI JOHOR 2013

Tarikh : 25 hingga 28 Mac 2013
Tempat : Kem Pengakap Jubli Intan, Tanjung Laboh Batu Pahat
Sasaran : Para peserta yang telah lulus/lulus bersyarat Ujian Sikap PR
Melapor Diri : 8.30 pagi/ 25 Mac 2013 (Isnin)

Pra-Syarat Hadir Ujian Pentarafan
1. Telah bersiap sedia dari segi rohani, mental dan fizikal.
2. Melengkapkan semua keperluan/tugasan wajib untuk ujian.
3. Memahami dan akur tentang tanggungjawab sebagai seorang calon Pengakap Raja.

Info : PKPN Program

Mar 1, 2013

Surat Pendaftaran Keahlian Pengakap Tahun 2013

Salam Pengakap !



Berikut di uploadkan surat pendaftaran keahlian pengakap yang dikeluarkan oleh kementerian pelajaran bagi tahun 2013.

https://docs.google.com/file/d/0Bzuru1v63q-ZczdFWnRiSnhMUGc/edit?usp=sharing

selamat mendaftar.

.

Feb 11, 2013

PENDAFTARAN KEAHLIAN 2013

Pendaftaran 2013

CONTOH

Adalah dimaklumkan bahawa semua Pemimpin Kumpulan bertanggungjawab memastikan pendaftaran kumpulan dan keahlian setiap ahli pengakap masing-masing bagi tahun 2013 dilaksanakan.

Anda boleh memuat turun Borang Pendaftaran bagi tahun 2013 di alamat :



Kaedah Pembayaran :

Semua pemimpin kumpulan hendaklah mendaftarkan semua ahli dengan mengisi borang yang disediakan serta menjelaskan bayaran terus ke dalam akaun Majlis Pengakap daerah masing-masing.  Sila hubungi Pesuruhjaya Daerah untuk keterangan lanjut.


Kadar bayaran pendaftaran bagi tahun 2013 yang telah ditetapkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia adalah seperti berikut:
  1. Kumpulan: RM 10.00 (*Hanya kepada kumpulan baharu ditubuhkan)
  2. Ahli Pengakap Kanak-kanak, Muda, Remaja & Pend. Khas : RM3.00
  3. Ahli Pengakap Kelana: RM5.00
  4. Pemimpin, Penolong Pemimpin dan Ahli Biasa: RM5.00
Borang Pendaftaran Excel yang telah dilengkapkan akan mengira jumlah bayaran yang dikehendaki secara automatik tetapi pihak tuan boleh menyemak semula untuk memastikan jumlah bayaran adalah tepat.

Tarikh tutup pendaftaran ialah selewat-lewatnya pada 30 Jun 2013.
Dengan penjelasan di atas, kerjasama dan tindakan awal daripada semua pihak untuk menjalankan pendaftaran kumpulan masing-masing adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila gunakan ruangan komen di bawah.