Dec 8, 2014

Mesyuarat Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor Bil 2/2014


Adalah di maklumkan agenda Mesyuarat Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor pada 20 Disember 2014 adalah seperti berikut :

1.   Ucapan Pengerusi
2.   Pengesahan minit mesyuarat yang lalu
3.   Perkara berbangkit
4.   Pengesahan Pelantikan pegawai PPM Negeri Johor bagi sesi 2014/2015
5.   Keahlian tahun 2014
6.   Laporan ringkas dari :
            a.  Pasukan Latihan Negeri
            b.  Jambori Antarabangsa Terengganu
            c.  Perkampungan Belia Putrajaya
            d.  Jambori Antarabangsa Selangor
            e.  Jambori Antarabangsa Perak
            f.  Kembara Ilmu
            g.  Korobori Johor / JOTA JOTI
            h.  Agoonoree Kebangsaan
7.    Takwim aktiviti 2015
8.    Pelantikan Ketua kontinjen ke :
           i.  Jambori Kebangsaan
          ii.  Perkampungan Belia Putrajaya
         iii.  Jambori Budaya Kelantan
          iv.  Jambori Nasional Indonesia
9.    Aset PPM Negeri Johor
10.  Majlis Anugerah Sijil Pengakap Raja dan Bintang/Pingat PPM/PPMNJ
11.  Hal-hal lain.

Pakaian :  Uniform Nombor. 3

Harap maklum.


.

JAMBORI ANTARABANGSA PERAK 2014




24-30 November 2014 - Bertempat di pantai peranginan Teluk Batik, Lumut, Perak, telah berlangsungnya Jambori Pengakap Antarabangsa Perak ( Perak International Jamboree 2014). Kontnjen Johor yang diketuai oleh Pesuruhjaya Pengakap Daerah Pontian - Saudara Mohd Zaki bin Azman telah berkampung selama 7 hari 6 malam di Teluk Batik, Perak.


Jambori Pengakap yang berstatus antarabangsa ini dirasmikan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. Bertemakan Apreasisasi Budaya dan Pelancongan, jambori ini turut disertai oleh pengakap-pengakap dari luar negara iaitu Brunei, Indonesia, Khazastan, Thailand, Filipina, Cambodia, Mexico, Singapura dan Libya.  Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang jambori antaranya  seperti tarian, pakaian tradisional, aktiviti lasak, aktiviti lawatan ke Pulau Pangkor, Lawatan ke kapal TLDM, lawatan ke Paya Bakau dan sukan rakyat.



Pelbagai pertandingan diadakan dan Kontinjen Negeri Johor telah mendapat tempat pertama dalam acara tarian tradisional, tempat kedua dalam pertandingan pintu gerbang, tempat ketiga dalam acara pakaian tradisional dan tempat kelima dalam acara fotografi. Kejayaan ini membolehkan Kontinjen Negeri Johor dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan Jambori Pengakap Antarabangsa Perak.

Para pelajar yang menyertai jambori ini turut memperoleh Sijil Penyertaan dan Sijil Pencapaian untuk Anugerah Aman Jaya. Sijil ini diberi kepada 400 peserta terbaik daripada 7100 peserta yang mampu menyelesaikan aktiviti yang disertai.

Tahniah kepada SEMUA yang terlibat. Sekali Berpengakap Selamanya Berpengakap.

Ketua Kontinjen menjulang Piala Johan Keseluruhan


Berita Perasmian Jambori Antarabangsa Perak 2014 oleh Sultan Perak terpapar di dada akhbar negara dengan berlatar belakangkan Pintu Gerbang juga anggota kontinjen negeri Johor. Gambar tersebut di rakam sewaktu Sultan Perak, Sultan Nazrin melawat ke tapak kontinjen negeri Johor. Syabas!

Penyampaian cenderahati 

Penyampaian Pingat Peringatan PIJ2014

Keputusan :
Johan Keseluruhan Jambori Antarabangsa Perak 2014
1. Johan Tarian Tradisional.
2. Naib Johan Pintu Gerbang.
3. Ketiga Pakaian Tradisional.
4. Kelima Pertandingan Fotografi

Klik pautan utk lihat gambar jambori. Petikan dari koleksi pemimpin seluruh Malaysia dan kontinjen Johor.