Apr 28, 2015

'LETTERHEAD' RASMI PERSEKUTUAN PENGAKAP NEGERI JOHOR

'LETTERHEAD' RASMI PENGAKAP NEGERI JOHOR

Salam Pengakap

Maklumat dari PPM Negeri Johor.

'Perhatian kepada Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri, Pesuruhjaya Pengakap Daerah, Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah, Kumpulan-kumpulan dan Pemimpin. Berikut adalah link/pautan untuk pihak puan memuat turun letterhead rasmi Pengakap Johor.'



Apr 25, 2015

KURSUS RETRET KEJURULATIHAN KEBANGSAAN KALI PERTAMA 2015

RETRET KEJURULATIHAN KEBANGSAAN KALI PERTAMA

Sukacita dimaklumkan bahawa Pasukan Latihan Negara, Persekutuan Pengakap Malaysia akan menganjurkan retret Kejurulatihan Kebangsaan kali Pertama seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 22 - 24 Mei 2015
Pendaftaran : 22 Mei (1430pm - 1830pm)
Tempat : Mutiara Semenyih Training Village and Eco Resort, Lot 1407, KM 27, Jalan Sungai Lalang, 43500 Semenyih, Selangor.
Yuran Penyertaan :  RM80.00 seorang (merangkumi makan/minum, penginapan dan bahan kursus)

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk bahagian Siaran atau hubungi

Tuan Haji Ibrahim bin Abdullah
Pen. Ketua Pesuruhjaya Negeri - Latihan

Surat kebenaran oleh Kementerian Pendidikan Malaysia




PERKHEMAHAN PENGAKAP PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT KEBANGSAAN 2015 (5th Malaysia International Agoonoree 2015)

Jabatan Pendidikan Negeri Johor (Sektor Pendidikan Swasta & Pendidikan Swasta) telah dilantik oleh Bahagian Pendidikan Khas, KPM untuk mengelolakan perkhemahan tersebut yang berlagsung pada :
Tarikh : 20-24 April 2015
Tempat  : Kem PLKN Sekakap Mersing, Johor.

Agoonoree Antarabangsa kali  ke-5 tahun 2015 diadakan bertujuan untuk mewujudkan rangkaian hubungan; persahabatan dan persaudaraan dalam pengakap di semua peringkat glokal dan global. Satu medan aspirasi untuk membina bakat anak-anak muda yang mempunyai keperluan khas melalui berpengakap. Melalui agoonoree ini juga diharapkan pendedahan aktiviti-aktiviti lasak yang memerlukan disiplin tinggi menjadi sebahagian aspirasi bagi melahirkan modal insan kelas pertama.

objektif:
1. Mewujudkan dan menghargai perpaduan. Rasa kebersamaan dan tanggungjawab antara satu sama lain.
2. Menerapkan nilai menghormati diri sendiri, orang lain dengan menekankan hak sama rata dan keamanan.
3. Menggalakkan pengakap berkeperluan khas ini memainkan peranan aktif dalam membangunkan persekitaran
4. Mewujudkan rangkaian perkongsian maklumat di antara sesama pemimpin pengakap sama ada dalam negara, negeri, daerah mahupun kumpulan pengakap tempatan.

5th Agoonoree International Johor 2015 melabuhkan tirai pd 24 April 2015


Gambar Kenang-kenangan

Sekitar Majlis Penanaman pokok oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Johor.



Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor - Tn Hj Yaacob A Karim turut sama mendaki Gunung Arong bersama pendaki yang lain. Syabas Tuan!





























Apr 16, 2015

Letterhead Rasmi Pengakap Johor

Perahtian kepada Penolong Ketua Pesurhjaya Pengakap Negeri, Pesuruhjaya Pengakap Daerah, Penolong Peusurhjaya Pengakap Daerah, Kumpulan-kumpulan dan Pemimpin.

Berikut adalah link/pautan untuk pihak puan memuat turun letterhead rasmi Pengakap Johor.