Sila dapatkan maklumat lanjut pada daerah masing-masing. Surat telah diedarkan oleh Pasukan Latihan Negeri Johor di tapak Jambori Malaysia ke-13, Kuala Lumpur.
Nov 30, 2016
Nov 28, 2016
Anugerah Pingat Kehormat Pengakap Udara
TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH!
Bapa Pengakap Johor Terima Sayap Kehormat dan Pingat Jubli Emas
27 November 2016, Jambori Pengakap Malaysia Ke-13, Kuala Lumpur. Tahniah buat Tn Hj Yaacob bin A. Karim, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor kerana telah menerima Sayap Kehormat dan Pingat Jubli Emas Pengakap Udara semasa Jambori Malaysia ke-13 dan Jambori Antarabangsa Kuala Lumpur. Anugerah tersebut disampaikan oleh YBhg Tan Sri Dato' Seri Paduka Dr Shafie bin Mohd Salleh, Ketua Pengakap Negara. Satu penghormatan untuk Pengakap Johor. #msjkl16
Tahniah Tuan!
.
KEM JUBLI INTAN, TANJUNG LABOH - SIRI 1
Dibuka pada tahun 1954 oleh Dato’ Syed Esa Alwee, Cikgu
Baba bin Othman, Dato’ Bidin Login, Cikgu Shuib Ismail, Cikgu Mohd Diah Abd
Rahman dan beberapa orang pemimpin Pengakap.
Nama Diamond Jubilee Park (Jubli Intan) diambil
sempena nama dari perayaan perajaan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni
Almarhum Sultan Abu Bakar (1895-1955).
TN HJ BABA BIN OTHMAN
TN HJ SHUIB BIN ISMAIL
* Dibuka setelah kerajaan Johor menganugerahkan tanah di
Tanjung Laboh. Pemimpin Pengakap bergotong royong menebang pokok kelapa, pokok
nibong, pohon buluh, menebas semak samun di kawasan yang akan didirikan kem
tersebut.
* Menggunakan kudrat tulang empat kerat dengan bantuan
gergaji dan alat-alat tradisional
sahaja untuk membersihkan dan membina kem tersebut.
sahaja untuk membersihkan dan membina kem tersebut.
* Terletak di kampung Tanjung Laboh, mukim IX kira-kira
14 ½ km dari Bandar Penggaram menghala ke Pontian. Luasnya 23 ½ ekar
* Keadaannya
berbukit-bukit dengan bertanahkan pasir putih poros.
* Pada asalnya, terdapat beberapa pondok Pengakap dan
sebuah dewan kayu diberi nama Dewan Dato’ Syed Esa . Luas dewan ini 199kaki x
20 kaki.
* Terdapat empat buah bilik di dewan tersebut dengan
diberi nama; Baba Room, Bidin Room,
Shuib Room dan Majid Room iaitu di antara empat tokoh Pengakap yang mengasaskan pembinaan
kem tersebut.
Shuib Room dan Majid Room iaitu di antara empat tokoh Pengakap yang mengasaskan pembinaan
kem tersebut.
* Pondok-pondok telah dibina disekitar kawasan terdiri
dari Home Guard Hut, Paiman Hut, Bakri Hut, Lenga Hut, Kluang Hut, Penggaram
Hut, Johor Bahru Hut, Pontian Hut, Tangkak Hut dan Cordeiro Hut.
* Telah dirasmikan oleh Tengku Mahkota Johor, Tengku
Ismail Ibni Sultan Ibrahim pada 23 Mac 1956
Nov 25, 2016
Nov 22, 2016
Retreat Pesuruhjaya Pengakap PPM 2016
Petikan dari laman web Pengakap Malaysia
http://www.pengakapmalaysia.org/utama/?p=5276
http://www.pengakapmalaysia.org/utama/?p=5276
Seremban 20hb November, 2016
Mej. Jen. Prof. Dato’ Haji Mohd Zin bin Bidin (Bersara) selaku Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara (KPPN) telah menutup Retreat Pesuruhjaya Pengakap Negara, Persekutuan Pengakap Malaysia hari ini dengan menyarankan kepada semua peserta-peserta Retreat supaya berkhidmat dalam Pengakap dengan lebih berkualiti dan professional.
Retreat Pesuruhjaya ini diadakan di Klana Resort, Seremban, Negeri Sembilan, berlangsung 3 hari 2 malam bermula dari 18hb hingga 20hb November, 2016. Retreat Pesuruhjaya Pengakap ini dihadiri oleh 50 orang peserta yang terdiri dari Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Pesuruhjaya Pengakap Negeri dari seluruh Malaysia dan kakitangan ibupejabat Pengakap.
Antara saranan lain KPPN, beliau mengharapkan pada tahun 2017 nanti, Pengakap Malaysia akan memperolehi kejayaan dalam audit kualiti pentadbiran yang dijalankan oleh wakil Ibu Pejabat Pengakap Dunia yang beribupejabat di Brickfiled, Kuala Lumpur. “Ini adalah audit kualiti pentadbiran yang pertama sekali dibuat setelah Pengakap Malaysia telah mencapai usia 108 tahun” ujar beliau dalam ucapan penutup. Antara bidang yang perlu dikemaskinikan ialah dalam bidang urus tadbir pejabat, pengurusan kewangan, risiko pengurusan dan profil kepengakapan.
Dalam retreat ini, semua peserta telah dibahagikan kepeda 5 kumpulan dan setiap kumpulan membincangkan secara terperinci bagaimana menyelesaikan masalah dalaman Pengakap Malaysia, menaikkan imej Pengakap, mencari dana Pengakap serta memperkemaskan pentadbiran Pengakap Malaysia dan sebagainya.
Haji Ahmad Sabri Bin Haji Saad
Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Malaysia
(Media-Profil Kepengakapan)
Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Malaysia
(Media-Profil Kepengakapan)
Petikann dari sumber Laman Web Pengakap Malaysia
Nov 21, 2016
JISF DIDADA AKHBAR INDONESIA
Our 1st Johor International Scouts Festival in the Indonesian newspaper. Good job team and thank you to our Indonesian counterpart for the coverage.
.
SEJARAH JAMBORI PENGAKAP MALAYSIA
Jambori
Malaysia yang pertama diadakan adalah pada tahun 1966. Ketika itu, Pulau Pinang
destinasi yang pertama menganjurkan Jambori Malaysia. Manakala Terengganu
adalah destinasi yang ke 12 diadakan, iaitu pada tahun 2011. Kini, tiba giliran
Kuala Lumpur menjadi tuan rumah bagi mengemudi Jambori Malaysia ke 13 yang akan
berlangsung dari 25 November hingga 1 Disember 2016 di Taman Metropolitan Batu, Kuala Lumpur.
Ayuh semua pengakap, bersama-sama kita jayakan Jambori Malaysia ke 13.
SUMBER BERITA : https://www.facebook.com/MSJKL16/
Nov 17, 2016
HARI ULANG TAHUN KELAHIRAN KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGERI JOHOR
Selamat menyambut
ulangtahun Hari Lahir buat Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor yang di
sayangi iaitu Tn Hj Yaacob A Karim pada 15 November 2016 yang lepas. moga Tuan
dikurniakan kesihatan tubuh badan serta minda, diberikan kebahagiaan bersama
keluarga tersayang dan berjaya dalam apa jua yang dijalankan. Semoga Tuan terus
bersemangat memartabatkan kepengakapan di Johor. In shaa Allah kami senantiasa
bersama-sama tuan. amiin.
Pingat Presiden oleh Pengakap Melaka
Majlis Penganugerahan Bintang, Pingat dan Sijil Pengakap Raja PPM Melaka pada 31 Oktober 2016 di Hotel Ramada, Melaka. Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor iaitu Tuan Bardin bin Uteh telah dianugerahkan Pingat Presiden pada majlis tersebut. Tahniah Tuan!
Nov 11, 2016
Nov 10, 2016
Bagheera Rovers lancar kelab memanah pertama di Johor
Tn Hj Yaacob(kiri) dan Abu Khan selepas merasmikan kelab memanah Bagheera Rovers di Batu Pahat, pada Sabtu.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/209725
BATU PAHAT: Pengakap Kelana B (Bagheera Rovers) Zon Parit Sulong, Batu Pahat mencipta sejarah apabila melancarkan kelab memanah, pada Sabtu, sekali gus menjadi satu-satunya kumpulan Pengakap Kelana yang mempunyai kelab itu di Johor. Majlis perasmiannya disempurnakan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor, Yaacob A Karim di Sekolah Kebangsaan Gambut, Parit Simen, di sini. Yaacob yang berbangga dengan penubuhan kelab, yakin lebih ramai belia akan menyertai aktiviti sihat berkenaan sekali gus berupaya mengekang gejala tidak sihat dalam kalangan generasi muda. "Aktiviti memanah ini bukan sahaja sebahagian daripada sunnah Rasulullah SWT, malah mampu melahirkan lebih ramai bakat baharu serta memartabatkan sukan ini ke peringkat antarabangsa," katanya. Beliau berkata, menerusi aktiviti sukan itu juga mampu memupuk kasih sayang, persefahaman dan kerjasama semangat berpasukan. Kira-kira 40 ahli Pengakap Kelana hadir pada majlis itu yang turut disertai Pesuruhjaya Daerah Batu Pahat, Abu Khan Misran.