Dec 23, 2016
Mesyuarat Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor kali ke-2 Tahun 2016
Sekitar Mesyuarat Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor kali ke-2 Tahun 2016. Bertempat di SK Taman Pelangi, Johor Bahru pada 21 Disember 2016.
Dec 20, 2016
KEMBALINYA KERAHMATULLAH MANTAN KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGARA
Mantan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara (2005-2008) dan tokoh akademik negara, Kol. Prof. Dato' Dr. Hj. Kamaruddin bin Hj. Kachar (Dato' KK) telah kembali ke rahmatullah pada jam 8.40 tadi di IJN.
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Al-Fatihah
JOHOR DINOBATKAN JUARA DI MALAM APRESIASI PENGAKAP 2016
16
Disember 2016 – Malam Apresiasi Persekutuan Pengakap Malaysia 2016 telah
diadakan di Dewan Hotel Sukan Olimpik, Kuala Lumpur. Bertemakan Malam Sejuta
Kenangan, Menghimpun Warga Cemerlang telah dirasmikan oleh Tan Sri Dato’ Seri
Paduka Dr. Hj. Shafie bin Haji Mohd Salleh, Ketua Pengakap Negara. Malam
Apresiasi ini diadakan bagi memberi pengiktirafan kepada semua peringkat warga
PPM yang telah memberi sumbangan yang besar bagi memaju dan menaikkan
imej PPM sama ada pada peringkat kebangsaan, negeri, daerah dan kumpulan.
Pada
malam tersebut, Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor telah menerima 13
kejayaan. Syukur alhamdulillah. Segalanya dengan pimpinan yang sangat
kredibiliti oleh Tn Hj Yaacob A Karim, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor
yang sangat disayangi dan dikagumi.
Pengakap
Johor telah mendapat :
1.
Pemimpin Pengakap Muda Terbaik-Ust Nasaruddin JB
2.
Pemimpin Pengakap Remaja Terbaik-Cikgu Suhizulhisam Pontian
3.
Pemimpin Kumpulan Terbaik-Cikgu Anuar Pontian
4.
Pemimpin Pengakap Lelaki Terbaik-Cikgu Basri PG
5.
Anugerah Kumpulan Pengakap Terbaik-DPB Pontian
6.
Daerah Pengakap Terbaik-Pontian
7.
Penolong ADC Pengakap Terbaik-Ust Hanif PG
8.
Pendaftaran Keahlian Negeri Terbaik-JDT
9.
PIP Terbaik-Cikgu Ashly JB
10.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya Terbaik Pengakap Negeri Terbaik-Tn. Bardin Uteh
11.
Penglibatan Negeri Di Antarabangsa Terbaik-JDT
12.
Anugerah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara (Johan Keseluruhan Peringkat
Daerah)-Pontian
13.
Anugerah Ketua Pengakap Negara (Johan Keseluruhan Peringkat Negeri)-JDT
Dec 19, 2016
UJIAN PENTARAFAN PENGAKAP RAJA NEGERI JOHOR TAHUN 2016
Sedang berlansungnya Ujian Pentarafan Pengakap Raja Negeri Johor dari 19 hingga 22 Disember 2016 di SK Taman Pelangi, Johor Bahru. Semoga calon pengakap raja negeri johor cekal dan tidak gentar dengan ujian yg dijalani. Selamat menduduki ujian!
Kredit kepada pemilik gambar : kelanapasir gudang
Kredit kepada pemilik gambar : kelanapasir gudang