Feb 26, 2017

Perkhemahan Ujian Pra Pentarafan Pengakap Raja Negeri Johor Tahun 2017


Perkhemahan Ujian Pra Pentarafan Pengakap Raja, Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor tahun 2017. Berlangsung pada 23 hingga 25 Februari 2017 di SMK Dato’ Penggawa Barat, Pontian, Johor. Seramai 110 orang calon mengikuti ujian ini. syabas untuk semua pentaraf dan urusetia juga tuan rumah SMK Dato' Penggawa Barat, Pontian, Johor. Gambar milik group telegram Pasukan Latihan Negeri dan Group telegram Pemimpin Pengakap Johor.


Perkhemahan Gabungan Lencana Ahli Udara Utama, Peringkat Kebangsaan


Perkhemahan Gabungan Lencana Ahli Udara Utama, Peringkat Kebangsaan pada 24 hingga 26 Februari 2017 bertempat di Lapangan terbang Antarabangsa Melaka. Anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia, Pengakap negeri Melaka, Sekteriat Pengakap Udara Kebangsaan, DCA Malaysia, MAB, Polis DiRaja Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pengakap Johor telah menghantar 56 peserta (Sekolah Tinggi Kluang-38, Smk Tunku Aris Bendahara, Kluang-9. SMK Senai-9) dan 5 pemimpin (Sekolah Tinggi Kluang : En. Borham Marwan dan En. Arshad Hamid, SMK Tunku Aris Bendahara, Kluang : En. Sharizam Abd Talib dan SMK Senai : En. Roslee Mohamed Junid dan Cik. Hafsah Abu Sajid).









Feb 25, 2017

Kem Kesenian dan Kebudayaan

Kem Kesenian dan Kebudayaan
‘Pengakap Menyambung Warisan Seni Budaya Bangsa’
24 hingga 26 Februari 2017
Kem Latihan Khidmat Negara, Pagoh, Muar, Johor
Anjuran bersama Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Pasir Gudang dengan ASWARA.
Promosi program telah dibuat pada 15 Februari 2017 di Johor FM berkaitan program kem kesenian dan kebudayaan oleh Tuan Mohammad Rizal bin Mat Said ASC Johor.










Feb 24, 2017

LOGO PENGAKAP


MAKSUD DAN KETERANGAN LOGO PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
Terdapat 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud 3 Persetiaan Pengakap iaitu:
Taat kepada Tuhan,Raja dan Negara, Menolong orang setiap masa, Menurut undang-undang Pengakap.
Bintang pecah lima (berwarna hijau) menandakan undang-undang Pengakap yang sepuluh.
Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan “Persaudaraan Pengakap”
Bintang pecah 14 melambangkan “Kesemua negeri-negeri dalam Malaysia”
Bulan Sabit menandakan “Agama rasmi Negara iaitu Agama Islam”.
Lingkaran Tali melambangkan “Perpaduan Rakyat Malaysia dan Persaudaraan Pengakap Sedunia”.
Warna kuning,hijau,merah yang terdapat pada lambang menandakan unit-unit Pengakap:
Kuning – “Pengakap Kanak-Kanak”,
Hijau – “Pengakap Muda”,
Merah – “Pengakap Remaja”
Warna kuning pada bulan sabit dan bintang juga melambangkan warna diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Feb 23, 2017

Perkhemahan Ujian Pra Pentarafan Pengakap Raja Negeri Johor

Sedang berlangsungnya Perkhemahan Ujian Pra Pentarafan Pengakap Raja Persekutuan Pengakap Negeri Johor bagi tahun 2017 bermula 23 hingga 25 Februari 2017 di SMK Dato’ Penggawa Barat, Pontian. Seramai 110 orang calon menduduki ujian tersebut. Selamat berjuang untuk para calon!


















Feb 16, 2017

Kursus Retreat Pentaraf Pengakap Raja Negeri Johor 2017


Kursus Retreat Pentaraf Pengakap Raja Negeri Johor
16 Februari 2017

SMK Dato’ Penggawa Barat, Pontian, Johor







Feb 8, 2017

KEMBARA ALAM 2017 | EKSPEDISI GUNUNG LAMBAK


Program anjuran PPM Daerah Kluang dengan kebenaran Jabatan Pendidikan Negeri Johor akan menganjurkan Program Kembara Alam 2017, Ekspedisi Gunung Lambak, Kluang, Johor.
Tarikh    :  11 Februari 2017
Tempat  :  Gunung Lambak, Kluang, Johor
Tempat mula/tamat  :  Dewan Kg Abdul Rahman Yassin
Masa     :  7.00 pagi hingga 2.00 petang.

Selamat mengembara untuk para peserta dan selamat bertugas untuk semua urusetia dan petugas.
Tahniah!

.