Apr 20, 2017

3in1...Pengakap Johor Hebat!


Harinya sudah sampai.....

Jom kita!

Pada 20 hingga 22 April 2017, berlangsungnya 3 Program besar Pengakap Negeri Johor Secara serentak di tiga lokasi berlainan. 

1.   Perkhemahan Lencana Pengakap Remaja di SMK Seri Pulai Perdana, Kulai, Johor oleh unit Pengakap Remaja

2.  Johor Girls Scouts Gathering di Kem BTN Gunung Pulai, Kulai Johor anjuran Unit Helwa. 

3.  Perkhemahan Pelantikan Pengakap Kelana Negeri Johor di Kem Pengakap Jubli Intan, Tanjung Labuh, Batu Pahat, Johor oleh unit Pengakap Kelana. 

Jom Pengakap Johor!
@pengakapjohor
@johorscout
#pengakapjohor
#johorscout


.

Apr 16, 2017

PENDAFTARAN KEAHLIAN PENGAKAP 2017


Teruskan usaha anda untuk mendaftarkan keahlian pengakap untuk tahun 2017. Memiliki kad keahlian pengakap menjadi syarat utama bagi semua penyertaan program-program yang dianjurkan daerah, negeri dan juga kebangsaan.

Elakkan dari ahli pengakap anda kecewa akibat terlepas dari mengikuti program hebat pengakap disebabkan tiadanya kad keahlian.

Hubungi unit pentadbiran di daerah anda untuk urusan pendaftaran keahlian.

Borang MS Excell untuk tujuan pendaftaran :

Surat kebenaran mengutip wang pendaftaran keahlian pengakap bagi tahun 2017 oleh Jabatan Pendidikan Negeri Johor.


3 PROGRAM SERENTAK DI VANUE BERBEZA! PENGAKAP JOHOR HEBAT!




Pada 20 hingga 22 April 2017, minggu depan - Akan berlangsungnya 3 Program besar Pengakap Negeri Johor Secara serentak di tiga lokasi berlainan. 

1.   Perkhemahan Lencana Pengakap Remaja di SMK Seri Pulai Perdana, Kulai, Johor oleh unit Pengakap Remaja
2.  Johor Girls Scouts Gathering di Kem BTN Gunung Pulai, Kulai Johor anjuran Unit Helwa. 
3.  Perkhemahan Pelantikan Pengakap Kelana Negeri Johor di Kem Pengakap Jubli Intan, Tanjung Labuh, Batu Pahat, Johor oleh unit Pengakap Kelana. 

Kesimpulannya...ada 3 pergerakan serentak bagi ahli dan pemimpin pengakap pada hujung minggu depan. Semoga semua program berjaya dan Buat Sehabis Baik buat semua! 

Bravo! Bravo! Bravo! 

Tahniah Tuan Pesuruhjaya Pengakap Johor, Tuan Haji Yaacob A Karim atas kepimpinan tuan. Tahniah Tuan!



Apr 15, 2017

Instagram Perkhemahan Pengakap Remaja Johor 2017



Jom ramai-ramai follow akaun instagram bagi Perkhemahan Pengakap Remaja yang buat pertama kali di adakan oleh Persekutuan Pengakap Negeri Johor. sila follow akaun berikut di instagram ! 

1st_pprnj_2017


.

WELLDONE JOHORE SCOUTS !

Tahniah PPM Negeri Johor kerana telah menganjurkan 3 aktiviti kepengakapan untuk ahli-ahli pengakap Johor iaitu;

1.  Ujian Pentarafan Pengakap Raja Negeri Johor di Kem Pengakap Jubli Intan, Tanjung Labuh, Batu Pahat pada 18 hingga 22 Mac 2017.
2.  Jambori Lencana Jaya di Tanjung Leman, Mersing pada 6 hingga 8 April 2017. 
3.  3rd Singapore International Friendship Fiesta 2017.

Serta urusan pendaftaran keahlian pengakap juga sedang giat dilaksanakan.



















Tahniah PPM Negeri Johor kerana telah menganjurkan 2 aktiviti kepengakapan untuk ahli-ahli pengakap Johor iaitu Ujian Pentarafan Pengakap Raja Negeri Johor di Kem Pengakap Jubli Intan, Tanjung Labuh, Batu Pahat pada 18 hingga 22 Mac 2017 dan Jambori Lencana Jaya di Tanjung Leman, Mersing pada 6 hingga 8 April 2017. Juga penyertaan Kontinjen Pengakap Johor di 3rd Singapore International Friendship Fiesta 2017 serta urusan pendaftaran keahlian pengakap juga sedang giat dilaksanakan.

Apr 8, 2017

JAMBORI LENCANA JAYA 2017

Bermula 6 hingga 8 April 2017 bertempat di Tunjuk Laut Beach Resort,Tanjung Leman, Mersing, seramai 462 orang terdiri daripada 343 peserta, 44 orang pemimpin, 16 orang pembantu daerah, 23 Calon Pengakap Raja dan 44 orang kelana telah turut serta dalam  Jambori Lencana Jaya Pengakap Muda Peringkat Negeri Johor 2017 (JLJ2017) anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor.

Pelbagai program telah dijalankan seperti Pertolongan cemas, istana pasir, membersihkan pantai, cita-cita pengakap, penulisan buku log, pengembaraan malam, malam kebudayaan, ikatan dan simpulan, kawad tongkat, halangan komando dan senaman pagi senambrobik.

Majlis Penutupan dirasmikan oleh Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor, Tuan Haji Yaacob bin A Karim. Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor juga telah bersama-sama ahli dan juga pemimpin selama 3 hari 2 malam di tapak jambori tersebut. Peserta yang lulus dikalungkan rambu pengakap muda.

Berikut Merupakan Keputusan Anugerah Sempena Jambori Lencana Jaya Pengakap Muda Peringkat Negeri Johor 2017

A) Pertandingan Pintu Gerbang & Gajet Piala ASC Muda
Johan: Batu Pahat
Naib Johan: Pontian
Ketiga: Kota Tinggi

B) Pertandingan Malam Kebudayaan Piala Pengarah Program
1) Johan: Kluang
2) Naib Johan: Batu Pahat
3) Ketiga: Kulai

C) Peserta Lelaki Terbaik
- Mohamad Arfan Karim (Mersing)

D) Peserta Perempuan Terbaik
- Noranniana Bt Mohd Khir (Kota Tinggi)

E) Peserta Paling Popular
- Mohd Rais Bin Sulaiman (Batu Pahat)

F) Kontinjen Daerah Terbaik Piala Pusingan Pesuruhjaya Pengakap Johor
- Batu Pahat

Sumber berita dari Cikgu Izra @ Tengku Izra Paduka Raja, Pengarah Program Jambori Lencana Jaya Pengakap Muda Peringkat Negeri Johor 2017.





























































 Kredit gambar milik Tuan Izranuddin, Tuan Junaini Othman dan Tuan Rizal Abdullah.