May 26, 2017

Salam Ramadhan


Selamat menunaikan ibadah puasa buat ahli pengakap beragama Islam. Semoga amal ibadah kita diterima dan mendapat manfaat dari berpuasa.

Majlis Pengakap Kelana Negeri Johor 2017-2019


Barisan baharu Majlis Pengakap Kelana Negeri Johor 2017-2019 telah pun dilantik dengan rasminya. Barisan muka baharu ini masih diterajui oleh Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor, Tuan Zalini bi Johari. 

Semoga ahli majlis yang baharu dapat membantu Pengakap Johor bagi menaikkan nama dan merealisasikan visi mahupun misi PPM Johor serta mampu melahirkan lebih ramai lagi pemimpin khususnya dari kalangan pengakap kelana yang holistik, seimbang dan mempunyai ciri-ciri keusahawanan keseluruhannya. 

Selain itu, mampu membantu melahirkan lebih ramai lagi penerima Anugerah Baden Powell dikalangan kelana Johor. Serta mampu memberikan Inspirasi kepada bakal-bakal Kelana Johor kelak.

Rise of The Southern Rover !

May 13, 2017

Majlis Penganugerahan Bintang dan Pingat Johor Darul Takzim


Tahniah buat semua penerima bintang dan pingat Johor Darul Takzim. 

Terima kasih dan tahniah buat Tn Haji Yaacob A Karim kerana majlis ini berjaya disempurnakan dengan cemerlang sekali. untuk makluman semua, pingat ini diperkenalkan semasa Jambori Antarabangsa Johor ke-25 pada tahun 2013. 

Pingat ini adalah cetusan idea oleh Tuan Haji Dr Mohd Azlan Ab Jalil dan ia dizahirkan. Pada perasmian JIJ25 juga telah disampaikan Bintang Johor Darul Takzim kepada 25 penerima. Di antara penerima ketika itu ialah Ketua Pengakap Negara, Yang Berhormat Dato Sri Shafie Salleh dan Datuk Zulkurnain Hj Kamisan, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan negeri Johor. 

Tahniah buat tuan Bardin dan semua jawatankuasa yang melaksanakan tugas dgn sehabis baik. Kepada pnerima, teruskan mencurah ilmu kepada ahli pengakap...tanpa ahli pengakap...tiadalah kita. Sama-sama memajukan lagi pengakap johor. Salam Pengakap! Salam Muafakat Pengakap Johor!