SALAM MAULIDURRASUL 1439H


Salam Maulidurrasul 1439 Hijrah dari PPM Negeri Johor.
Kesatuan Ummah, Kesejahteraan Negara.

Nov 26, 2017

JAMBORI PENGAKAP ASEAN 2017 FILIPINA



Selamat pergi dan kembali buat kontinjen Pengakap Johor yang telah bertolah pagi tadi ke Jambori Pengakap ASEAN ke-6 bagi tahun 2017 yang bertempat di Energy Park, Apokon, Tagum, Davao, Filipina. Semoga dipermudahkan segala urusan di sana.



Kontinjen terdiri daripada Tuan Bardin bin Uteh, Tuan Jairuddin bin Hadjilani, Tuan Asik Mohd Saim, seorang penolong pemimpin, seorang pengakap remaja, 4 orang pengakap muda dan 2 orang pengakap kanak-kanak. Ketua kontinjen Malaysia ialah Skip Raymond Epun dari PPM Negeri Sabah.


Sebelum itu, Tuan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor, Tuan Haji Yaacob A Karim sendiri yang mengetuai bacaan doa selamat sebelum kontijen bertolak.


Mabuhay! #ASEANJambo2017
Akaun Facebook Jambori Pengakap ASEAN 2017, Filipina







Nov 14, 2017

ULANG TAHUN KELAHIRAN KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGERI JOHOR KE-72

Selamat menyambut ulang tahun kelahiran buat insan yang paling disayangi oleh ahli pengakap Johor, Tuan Ketua Pesuurhjaya Pengakap Negeri Johor - Tuan Haji Yaacob bin A Karim pada 15 November 2017. Kami, warga pengakap Johor mendoakan semoga Tuan Haji sentiasa dibawah rahmat Ilahi, dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan dipermudahkan segala urusan dan terus membakar semangat kepengakapan buat seluruh warga pengakap Johor. Salam Pengakap!

Korobori Pengakap Kanak-Kanak Peringkat Negeri Johor 2017

Korobori Pengakap Kanak-Kanak Peringkat Negeri Johor tahun 2017 telah melabuhkan tirainya 11 November 2017. Program selama 3 hari itu berlangsung di Bukit Layang-Layang Pasir Gudang, Johor.  Korobori pada kali ini dengan tema Pengakap Memperkasa Budaya Melestari Seni disertai oleh 450 peserta PKK dan 125 Pemimpin dari seluruh negeri Johor. Fokus program pada edisi kali ini adalah memperkasa permainan laying-layang yang merupakan sebahagian daripada budaya masyakarat yang kian pupus. Pelbagai aktiviti lain juga dijalankan termasuk pameran daripada beberapa agensi kerajaan seperti Bomba, Polis, Jabatan Kesihatan dan juga muzium Layang-Layang yang diuruskan oleh Majlis Perbandaran Pasir Gudang.


Pada Korobori kali ini juga, seramai 70 ahli PKK telah menerima Anugerah Ketua Pesuruhjaya Ketua Pengakap Negeri (Rambu PKK). Majlis penutupan rasmi telah disempurnakan oleh Tuan Azman Bin Adnan yang merupakan Timbalah Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Johor, wakil rasmi YB Menteri Besar Johor.








Sumber: Mohamad Rizal Mat Said - Pen. Ketua PesuruhjayaPengakap Negeri Johor (merangkap) Pengarah Program Korobori Johor 2017

Nov 3, 2017

Penyerahan Bendera Kontinjen Johor ke Jambori Filipina


Majlis Penyerahan Bendera oleh Ketua Kontinjen Johor, Tuan Jairuddin bin Hadjilani kepada Ketua Pesuruhjaya Pengakap Johor, Tuan Haji Yaacob A Karim yang akan ke Jambori Asean ke 6 di Energy Park, Tagum City Davao, Philippines pada 27 November hingga 3 Disember 2017.