Apr 15, 2018

PENGAKAP JOHOR MEMANG HEBAT!


Tahniah buat semua yang menjayakan program hujung minggu 12 hingga 15 April 2018.

Program Peringkat Negeri
1.   3rd Johor Girls Scouts Gathering 2018, Kem PLKN Padang Hijau, Kluang Johor pada 12 hingga 14 April 2018.


2.   Johor International Youth Forum 2018. Anjuran Bersama SMK Tasek Utara dengan Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor pada 13 hingga 15 April 2018. 


3.   Perkhemahan Penarafan Pengakap Raja 2018 Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor di Tanjung Labuh, Batu Pahat. pada 13 hingga 15 April 2018. 






Program Peringkat Daerah
1.  Kursus Manikayu Pengenalan siri 1/2018 Pengakap Daerah Muar pada 14 April 2018
2.  Pekbori Lencana Keris Perak Pengakap Daerah Batu Pahat pada 12 hingga 14 April 2018
3.  Perkhemahan Lencana Keris Gangsa Pengakap Johor Bahru 13 dan 14 April 2018
4.  Kempori Pengakap Daerah Tangkak 5-7 April 2018



Apr 14, 2018

JOHOR INTERNATIONAL YOUTH FORUM 2018


JOHOR INTERNATIONAL YOUTH FORUM 2018.


Program ini adalah anjuran Bersama antara SMK Tasek Utara, Johor Bahru dengan Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor.


Dimulakan dengan program Toward A Greener Tasek disempurnakan oleh Tn Hj Yaacob A Karim, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor dengan upacara penanaman pokok oleh semua deligasi. Pada sebelah petang pula diteruskan dengan acara sukan tradisional dan persiapan forum di dewan seminar Jabatan Pelajaran Negeri Johor. Seminar telah dirasmikan oleh Pengarah Pelajaran Negeri Johor, Tuan Haji Shaharudin bin Sharif pada 14 April 2018.


Berita dan gambar disalin dari akaun facebook Pengetua SMK Tasek Utara yang juga Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor, Tuan Mohd Khir bin Muda.





Apr 6, 2018

Majlis Pelantikan Majlis Pesuruhjaya Pengakap Johor 2018/2019 Siri 2


Majlis Pelantikan Majlis Pesuruhjaya Pengakap Johor 2018/2019 Siri 2.
Tarikh : 6 April 2018 / Jumaat
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Negeri Johor, Taman Nong Chik Height, Johor Bahru.
Majlis di adakan buat kali kedua kerana ASC, DC dan penyelaras yang dilantik pada majlis pelantikan siri 1 tidak dapat hadir atas sebab yang dimaklumkan kepada Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor. Tahniah diucapkan!


Tuan Ketua Pesuruhaya Pengakap Negeri Johor, Tuan Haji Yaacob A Karim turun memberi penerangan carta organisasi Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor serta peranan setiap ASC dan DC.
.