Jul 31, 2018

Pertandingan Gambar dan Video Sempena Hari Pengakap Sedunia


1 Ogos 2018 adalah sambutan Hari Pengakap Sedunia. Pada tahun ini tiada pertandingan hari skaf sebagaimana tahun lepas. Pertandingan tetap di adakan pada tahun ini tetapi formatnya ditukar kepada pertandingan gambar foto dan video pendek. boleh rujuk pada gambar yang diupload. Tarikh pertandingan 1 hingga 15 Ogos 2018.









Jul 26, 2018

Gambar Rasmi Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor - Tuan Haji Yaacob bin A Karim

Gambar Rasmi Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor - Tuan Haji Yaacob bin A Karim.


Boleh cetak sendiri mengikut pelbagai saiz di Kedai Gambar Portrait Salon, Batu Pahat, Johor
atau terus berurusan dengan ASC Teknologi Informasi - Puan Rosmah binti Abdullah.




SPM 2018 – 1ST JOHOR INTERNATIONAL CAUSEWAY JAMBOREE



1st Johor International Causeway Jamboree akan berlangsung pada 2 hingga 5 Ogos 2018. Rentetan penyertaan kontinjen pengakap johor ke 1st International Muslim Scout Jamboree pada 27 – 30 July 2017 yang lalu. Good luck untuk team kerja jambori!

Penampilan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor, Tuan Haji Yaacob bin A Karim bersama Pengarah Jamboree, Tuan Mohd Khairi bin Jailani, Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor.

.

Jul 25, 2018

Jambori Kembara Mahkota Johor 2018


Jambori Kembara Mahkota Johor 2018 pada 15 hingga 18 September 2018 bertempat di Kem Pengakap Jubli Intan, Tanjung Labuh, Batu Pahat, Johor.

Pelbagai aktiviti dirancang bagi kebersamaan anak-anak Pengakap Johor dengan ke bawah DYMM Sultan Johor yang disayangi rakyat.

Maklumat lanjut tertera pada flyers biru (rasmi) dan borang penyertaan individu pada link yang berikut. Borang yang telah lengkap boleh diajukan kepada pemimpin kumpulan/sekolah masing-masing sebelum ditandatangani oleh Tuan DC.


Nota : Untuk ahli Pengakap Johor sahaja.



Jul 22, 2018

Majlis Pelantikan Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor dan Penyelaras Siri ke-3 (Terakhir) bagi sesi 2018/2019

Pada 20 Julai 2018 bertempat di Kem Pengakap Jubli Intan, Tanjung Labuh Batu Pahat, Johor telah diadakan Majlis Pelantikan Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor dan Penyelaras Siri ke-3 (Terakhir) bagi sesi 2018/2019. Sijil pelantikan telah disampaikan oleh Tuan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor, Tuan Haji Yaacob bin A Karim.

Berikut adalah penerima sijil pelantikan tersebut.

1. Tuan Ramli bin Sharip
    Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor (ASC) Zon Selatan

2.  Tuan Kwei Pei Cheng (Darren)
     Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor (ASC) Pembangunan

3.  YM Engku Tuah bin Engku Senin
     Penyelaras Pameran dan Sejarah

Tahniah diucapkan di atas pelantikan tuan-tuan. Selamat menunaikan tanggungjawab dalam memajukan lagi  Pengakap Johor!

Tuan Ramli bin Sharip
    Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor (ASC) Zon Selatan

Tuan Kwei Pei Cheng (Darren) 
     Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor (ASC) Pembangunan
YM Engku Tuah bin Engku Senin
Penyelaras Pameran dan Sejarah

Tahniah diucapkan di atas pelantikan tuan-tuan. Selamat menunaikan tanggungjawab dalam memajukan lagi  Pengakap Johor!

.

Pengalungan Manikayu Dan Penyampaian Sijil 4 Butir Dan 3 Butir oleh Pengakap Malaysia tahun 2018


Majlis Pengalungan Manikayu Dan Penyampaian Sijil 4 Butir Dan 3 Butir telah disempurnakan oleh Ketua Pesuruhjaya Latihan Negara, Tuan Ekbert Yong pada 21 Julai 2018 (Sabtu) bertempat di Dewan Templer, Ibu Pejabat PPM, Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur. Berikut adalah penerima dari Pengakap negeri Johor.

Manikayu 4 Butir - Tuan Haji Zulkifli Bin Ahmad




Manikayu 3 Butir – 1. Encik Kama Azhar Bin Ab Karim
                                 2. Encik Liang Kee Phang


Tahniah diucapkan kepada penerima dan selamat berkhidmat untuk Pengakap Johor!
Pada masa yang sama dijalankan Mesyuarat Pasukan Latihan Negara kali ke-2 untuk tahun 2018.
.

Jul 20, 2018

Dato’ Syed Esa bin Alwee


Dato' Syed Esa bin Alwee Al-Syahab (lahir 23 Oktober 1901) telah dilantik sebagai Timbalan dan kemudian Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang kedua, selama 6 bulan 6 hari, antara 18 Mei 1964 hingga 24 November 1964. Dalam Pilihan raya umum Malaysia 1959, beliau menang di Parlimen Batu Pahat Dalam, Johor atas tiket parti Perikatan/UMNO.

Beliau belajar di English College, kerajaan Johor dan mengajar di Sekolah English Bukit Zahara pada 1926. Beliau pernah menjadi pengetua Maktab Latihan Guru-Guru Johor di Jalan Air Molek, Johor Bahru. Setelah maktab itu ditutup pada 1928, Dato’ Syed Esa bin Alwee menjadi Penolong Nazir dan Nazir Pelajaran. 

Ketika menjadi Nazir Sekolah-sekolah Melayu Daerah Batu Pahat, beliau adalah Naib Presiden Persatuan Melayu Semenanjung Johor (PMSJ) dan 15,000 orang turut sama mengadakan tunjuk perasaan menentang Malayan Union pada 12 Februari 1946. Dato’ Onn Jaafar menjadi Presiden persatuan ini dan berjaya menyatukan orang Melayu menghadapi keganasan Bintang Tiga/Parti Komunis Malaya. Perbincangan penubuhan PMSJ ini telah diadakan di rumah Syed Ahmad bin Syed Alwee.

Dato‘ Syed Esa bin Syed Alwee telah menerima anugerah DPMJ, PLP, JMN, PIS, JP.


Beliau aktif dalam pergerakan Pengakap. Beliau merupakan pemimpin pengakap yang terawal bersama-sama Scout Master (SM) Abd Rahman bin Jaafar, Assistant Scout Master Abd Hamid bin Omar dan Assistant Scout Master Said bin Mohd Tahir. Pada tahun 1928, tertubuhnya pula kumpulan Pengakap kedua bagi pelajar Melayu di Malay Training College Johor Bahru dan pada masa inilah bermulanya Pergerakan Pengakap Negeri Johor.


Beliau menjadi Ketua Pesuruhjaya Pengakap Johor (1946) dan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara (Malaysia) ke-3 dari 1963 hingga 968. Beliau menjadi tokoh Pengakap Johor yang berjasa.


Beliau penggerak utama pembukaan Kem Pengakap Jubli Intan, Tanjung Labuh, Batu Pahat, Johor bersama-sama Cikgu Baba bin Othman, Dato’ Bidin Login, Cikgu Shuib Ismail, Cikgu Mohd Diah Abd Rahman dan beberapa orang pemimpin pengakap. Kem ini dibuka dengan rasminya pada tahun 1954. Tanah tapak kem ini adalah kurniaan dari DYMM Sultan Johor ketika itu, DYMM Sultan Sir Ibrahim Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar.

Sebuah bangunan utama di Kem Pengakap Jubli Intan ini telah dinamakan Dewan Dato'Syed Esa sempena nama beliau. Dewan ini dibuka pada tahun 1954. Ia telah dirasmikan oleh Tengku Mahkota Johor, Tengku Ismail Ibni Sultan Ibrahim pada 23 Mac 1956.

Pada 15 Ogos 2008 bersamaan 13 Sya‘ban 1429H, bersempena salah satu jalan yang menuju ke SMK Jalan Kolam Air mengguna kan nama Jalan Dato’ Syed Esa dan rumah agam Dato’ Syed Esa terletak berhampiran dengan sekolah ini serta jasa beliau yang merupakan tokoh ulung Batu Pahat telah terpahat dalam sejarah Johor, pengetua SMK Jalan Kolam Air ketika itu, Tuan Haji Fauzan bin Sukimi telah memohon kepada Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menukar nama sekolah kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Syed Esa.


Pertukaran nama ini telah dirasmikan oleh Penolong Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran Malaysia, Dr. Haili bin Dolhan dalam satu majlis gilang-gemilang. Majlis tersebut dihadiri oleh
pegawai-pegawai daripada Kementerian, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, bekas pengetua-pengetua sekolah ini dan sekolah lain, ahli-ahli keluarga allahyarham Dato' Syed Esa
serta warga SMKDSE sendiri.

Tulisan semula oleh Rosmah Abdullah, Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor unit ICT. 

Mesyuarat Khas JAMBORI KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2018



Mesyuarat Khas Majlis Pesuruhjaya Pengakap Johor bersempena
JAMBORI KEMBARA MAHKOTA JOHOR

Tarikh: 20 Julai 2018 / Jumaat
Masa : 9.30 pagi
Tempat: Kem Pengakap Tanjung Labuh,  Batu Pahat
Pakaian: Nombor 3
Kehadiran: ASC,  DC & Penyelia (Penyelaras)

 




Kursus Latihan & Persijilan Malaysian Scouting Standard


Kursus Latihan & Persijilan Malaysian Scouting Standard
Tarik : 14 Julai 2018
Tempat : Dewan Templer BP House KL

Pengakap Johor telah diwakili oleh :
1. Tuan Bardin bin Uteh
2. Tuan Mohd Afiq bin Imam
3. Cik Salihah Aqilah