Sep 24, 2018

Selamat menduduki Peperiksaan UPSR 2018


Selamat menduduki Peperiksaan UPSR kepada semua ahli Pengakap Kanak-kanak Negeri Johor yang berusia 12 tahun. Buat Sehabis Baik!

Sep 15, 2018

Selamat menyambut Hari Malaysia


Selamat menyambut Hari Malaysia dari Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor! #sayangimalaysiaku

Sep 3, 2018

Kem Pengakap Jubli Intan, Tanjung Labuh Dibaik Pulih siri 2

Gambar dirakam pada 1 September 2018. Kontraktor yang dipilih oleh Pejabat Daerah Batu Pahat untuk membaik pulih Dewan Syed Esa, Pentas Utama dan Surau sedang giat dilakukan. Pengakap Johor mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan pihak tuan. Sebelum ini, Kerja pembersihan kasar telah dibuat oleh Tuan Mohd Asik Saim dan kelana G Batu Pahat, dan beberapa orang yang lain. Manakala pendawaian elektrik semula telah dibuat sepenuhnya di semua bangunan oleh Tuan Nelly Iszaidy Mohd Said dan stafnya.

































Kem Pengakap Jubli Intan, Tanjung Labuh Dibaik Pulih siri 1

Alhamdulillah. Kem Pengakap Jubli Intan (KJI) Tanjung Labuh telah mula dibaik pulih. Kerja pembersihan semak menggunakan jentolak oleh Pejabat Daerah Batu Pahat dan pendawaian elektrik semula telah dibuat oleh Tuan Nelly Iszaidy Mohd Said dan stafnya. Kerja-kerja kasar seperti menebas semak telah dilakukan oleh penyelia kem sendiri, iaitu Tuan Mohd Asik bin Saim bersama Kelana G Batu Pahat.












Rumah Pengakap Pontian dan Rumah Pengakap Pasir Gudang


Kedua-dua rumah ini berada di dalam Kem Pengakap Jubli Intan (KJI), Tanjung Labuh Batu Pahat. Rumah pontian adalah rumah pontian yang lama yang kini telah di baik pulih. Manakala rumah pasir gudang adalah binaan baharu. Tahniah buat kedua-dua daerah. In shaa Allah ! daerah lain akan menyusul. Pada mesyuarat Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor kali pertama 2018, Tuan Asik Mohd Saim, Penyelia KJI mencadangkan setiap daerah mengambil satu rumah yang terdapat di kem untuk dibaik pulih dan seterusnya di gunakan oleh daerah tersebut semasa program di KJI. Cadangan ini disokong dalam mesyuarat tersebut. In shaa Allah, daerah lain akan menyusul.