Program korobori merupakan perkemahan pengakap kanak-kanak yang melibatkan semua negeri di seluruh Malaysia. Program perkhemahan sudah sinonim dengan pergerakan pengakap. Dari semasa ke semasa, dan di mana-mana jua ada sahaja program ini dianjurkan. 

Berikut adalah info tentang korobori yang telah pun berjaya dilaksanakan.

Tarikh      :  6 hingga 10 Julai 2018
Tempat    :  Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Terengganu

Dianggarkan 7000 orang ahli bersama 400 orang pemimpin serta 300 orang petugas akan berhimpun bagi menjayakan program ini. Adalah menjadi harapan kami agar penyertaan ahli Pengakap Kanak-Kanak buat pertama kalinya ini dapat meningkatkan kecemerlangan ahli-ahli pengakap sekaligus mengharumkan nama sekolah.


Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan yang diPertuan bagi negeri dan jajahan takluk Johor Darul Ta'zim



Merafak sembahdengan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat kepada

Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar,
Sultan yang diPertuan bagi negeri dan jajahan takluk Johor Darul Ta'zim

sempena hari keputeraan baginda pada 23 Mac 2019.

Semoga Allah SWT lanjutkan usia Tuanku.

Mar 20, 2019

Kunjung Hormat Ketua Pengakap Negara ke Rumah Mantan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor


Pada 19 Mac 2019, Program Kunjung Hormat YBhg Tan Sri Dato' Seri Paduka Dr. Haji Shafie Bin Haji Mohd Salleh ( Ketua Pengakap Negara ) bersama ahli rombongan diteruskan. Kali ini rombongan ini menuju ke rumah Tuan Haji Ibrahim Bin Haji Junid, Mantan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor yang terletak di Taman Bunga Raya, Muar, Johor



Tuan Ketua Peusurhjaya Pengakap Negeri Johor, Tuan Haji Yaacob A Karim telah merancang dan berbincang dengan ahli jawatankuasa sempena kehadiran Ketua Pengakap Negara. Kelihatan turut sama meraikan program ini ialah barisan ASC, Pesuruhjaya Pengakap Daerah Muar, Tuan Jamaludin bin Sabu, ADC-ADC, pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli pengakap.


Terima kasih tuan Edwin Lam jurufoto rasmi Pengakap Malaysia kerana merakam detik-detik bersejarah kehadiran Ketua Pengakap Negara ke rumah Mantan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor. Walau pun kami tidak dapat hadir untuk bersama dek tuntutan tugas hakiki, tetapi kami dapat rasakan keterujaan oleh para hadirin yang hadir melihat koleksi milik Tn Hj Ibrahim Junid ini.







































Mar 12, 2019