Majlis penyerahan watikah pelantikan Ahli Majlis Pesuruhjaya, Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor siri ke-1 tahun 2019. Bertempat di Kem Pengakap Jubli Intan, Tanjung Laboh, Batu Pahat, Johor pada 12 April 2019.
Apr 19, 2019
Majlis penyerahan watikah pelantikan Ahli Majlis Pesuruhjaya siri 2/2019
Majlis penyerahan watikah pelantikan Ahli Majlis Pesuruhjaya, Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor siri ke-2 tahun 2019. Bertempat di Ibu Pejabat Pengakap Johor di Taman Nong Chik Height pada 19 April 2019.
Majlis dimulakan dengan pembaharuan persetiaan oleh Tuan Basri Efendi bin Masri, bacaan doa oleh Tuan Haji Anuar Halim bin Ismail dan Pembacaan ikrar penerimaan tugas dan aku janji telah diketuai Oleh Tn Hj Ramli bin Ibrahim, Timbalan 3 Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor. Tahniah buat semua. Selamat menjalankan amanah dan tanggungjawab.
Apr 17, 2019
Perkhemahan Pengakap Wanita Kebangsaan 2019
Kontinjen Pengakap Wanita negeri Johor telah selamat bertolak menuju ke Kuala Terengganu bagi menyertai Perkhemahan Pengakap Wanita Kebangsaan yang akan berlangsung pada 18 hingga 21 April 2019.
Satu majlis ringkas penyerahan bendera kontinjen oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor, Tuan Haji Yaacob A Karim kepada ketua kontinjen Pengakap Wanita Johor, Pn Nihayah Shahadan telah berlangsung pada pagi tadi (17 April 2019).
Tahniah buat ASC Wanita, Pn Ruzaidah Ibrahim yang dapat membentuk kontinjen Pengakap Wanita Johor pada kali ini. Seramai 63 peserta dan 19 pemimpin serta 2 orang penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri. Tahniah kepada 7 daerah yang mengikuti program ini iaitu daerah Batu Pahat, Pasir Gudang, Kluang, Muar, Segamat, Kota Tinggi dan Pontian.