May 29, 2019

Program Ihya Ramadan PPM Daerah Tangkak 2019


Program Ihya Ramadan PPMDT 2019
Tarikh : 18 Mei 2019
Masa : 8.30 pg - 2.00 tgh (zohor)
Tempat : SMK Tengku Mahmud Iskandar, Sg. Mati, Tangkak.
Penyertaan : 45 ahli dan 20 pemimpin
Perasmian : En Khairulhizam b. Hassan, TPPD Tangkak.
Pengisian : Pertandingan bercerita, azan, tilawah, hafazan, khat dan tadarus Al Quran.






Program Memasak Bubur Lambuk Dan Iftar Peringkat Daerah anjuran PPM Daerah Batu Pahat


Program Memasak Bubur Lambuk Dan Iftar Peringkat Daerah anjuran PPM Daerah Batu Pahat bersempena Bulan Ramadhan 1440 Hijrah.
Tarikh : 25hb Mei 2019
Hari : Sabtu
Masa : kumpul jam 8:00 pagi
Tempat : No 14, Jalan Mustafa ,83000 Batu Pahat,Johor
(Kediaman rasmi Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor,Tn Hj Yaacob A Karim)

Aktiviti yang telah dijalankan;
1. Penyediaan bubur lambuk 2 periuk (8.30 pg)
2. Gotong royong pembersihan sekitar kawasan kediaman (8.30 pg)
3. Agihan bubur lambuk (1.30 ptg)
4. Persiapan iftar (6.00 ptg)

Bubur akan diagih-agihkan ke;
1. IPD Batu Pahat
2. Balai Bomba
3. Pejabat kerajaan
4. Jiran tetangga
5. Pusat membeli belah BP Mall & Aeon Big

Tahniah buat semua yang terlibat.
Album Gambar http://bit.ly/2Ws999M

Program Jalinan Ukhwah, Ihya’ Ramadhan Pemimpin dan Ahli PPM Daerah Segamat bersama kariah Masjid Spang Loi.


Sabtu, 25 Mei 2019 – Bertempat di Masjid Saidina Ali, Kampung Spang Loi, Buloh Kasap, Segamat, Johor telah diadakan Program Jalinan Ukhwah, Ihya’ Ramadhan Pemimpin dan Ahli PPM Daerah Segamat bersama kariah Masjid Spang Loi. Program bermula sekitar jam 9.30 pagi dan berakhir pada 5.00 petang.

Aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti gotong royong memasak bubur lambuk, pembungkusan bubur lambuk dan penyerahan bubur lambuk kepada komuniti sekitar iaitu 2 lokasi bazar Ramadhan Bandar Utama dan Taman Yayasan.

Selain itu pengisian aktiviti seperti Program Tazkirah, Tadarus Al Quran, Penyerahan Sumbangan kepada golongan asnaf, Khatam Al Quran turut dijalanakan. Tahniah PPM Daerah Segamat yang dipimpin Tn Hj Anuar Halim dan buat semua yang terlibat.
















May 27, 2019

Iftar Ramadhan & Bakti Kasih Pengakap Peringkat Negeri Johor


22 Mei 2019, PPM Daerah Muar yang diketuai oleh Pesuruhjaya Pengakap Daerah Muar, Tuan Jamaluddin bin Sabu bersama pasukannya telah diberi tanggungjawab untuk mengendalikan Iftar Ramadhan & Bakti Kasih Pengakap Peringkat Negeri Johor yang telah berlangsung pada 22 Mei 2019 di SK Seri Menanti, Batu Pahat, Johor. Program telah dirasmikan Timbalan 1, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor iaitu Tuan bardin bin Uteh.
Aktiviti yang dipertandingankan adalah seperti tilawah Al-Quran, Azan, hafazan, tulisan khat dan pertandingan bercerita tentang kisah nabi.
Manakala aktiviti senggang dijalankan berbentuk stesyen. Dan aktivitinya ialah buat pelita raya, doodle raya, buat kad raya dan ketupat raya.
Serentak waktu aktiviti dipertandingkan, acara memasak bubur lambuk turut dijalankan. Sebanyak 250 bungkus bubur lambuk kemudiannya diedarkan kepada jiran sekeliling sekolah dan kenderaan yang lalu lintas di hadapan sekolah. Edaran bubur lambuk telah diketuai Tuan Bardin Uteh sendiri.
Sementelah majlis Iftar, disampaikan hadiah-hadiah kepada pemenang. Turut sama diadakan majlis penyerahan bungkusan kepada golongan asnaf yang layak. 
Majlis Iftar berlangsung dengan meriah. Turut hadir bersama-sama iftar ialah Tuan Haji Ibrahim Hj Jonid, Mantan Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor dan Tuan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor, Tn Hj Yaacob b A Karim.
Jumlah peserta adalah seramai 227 orang ahli pengakap, 41 orang pemimpin. Jumlah keseluruhan penyertaan ialah 268 orang.
Tahniah buat penganjur dan tahniah buat semua yang terlibat!