Sep 26, 2019

Karnival Keamanan : Program Lestari Cinta Alam (PLITA) 2019


Karnival Keamanan : Program Lestari Cinta Alam (PLITA) bersempena Bulan Keamanan Sedunia 2019 telah berlangsung pada 24 September 2019 di SMK Pengerang Utama, Pengerang, Johor. Program ini melibatkan 17 buah sekolah menengah di daerah Kota Tinggi. Seramai 300 orang pelajar menyertai pelbagai aktiviti menarik. Majlis telah dirasmikan oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor, Tuan Haji Yaacob bin A Karim. Tahniah buat PPM Daerah Kota Tinggi yang menganjurkan program hebat ini.


Sep 23, 2019

PPMD Pasir Gudang : Hand to Heart CPR course in UNIKL


Repost from facebook page PPM Pasir Gudang.
21.09.2019 Hand to Heart CPR course in UNIKL coached by doctors from Regency Specialist Hospital. Pasir Gudang scouts are ready to be CPR troopers for the next upcoming event on 19.10.2019.
Congratulations!

Page Facebook PPM Pasir Gudang

























Sep 20, 2019

Memori Pengakap Johor bersama Ketua Pengakap Negara



Memori Pengakap Johor bersama Allahyarham Ketua Pengakap Negara.

Dihasilkan oleh unit media Pengakap Johor, hasil perkongsian gambar daripada ahli pengakap johor dan dari sumber photo media rasmi PPM yang melibatkan ahli Pengakap Johor. September 2019.

Alfatihah buat arwah YBhg Tan Sri Dato’ Sri Paduka Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd Salleh, Ketua Pengakap Negara yang telah kembali kerahmatullah jam 0930 pagi pada 11 September 2019.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ واعف عنه*ُ
*“Allahumma firlahu warhamhu wa`afihi wa`fu`anhu"* Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. Aamiin Aamiin Ya Rabbal Alamin
.

Sep 15, 2019

Selamat Menyambut Hari Malaysia


Selamat Menyambut Hari Malaysia.
Semoga Negara tanah lahir ini akan kekal aman sejahtera sentosa, maju dan berjaya.

Sep 11, 2019

Belasungkawa Ketua Pengakap Negara



*إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن*
Dukacita dimaklumkan bahawa 
YBhg Tan Sri Dato’ Sri Paduka Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd Salleh,
Ketua Pengakap Negara,
 kepada semua Pesuruhjaya dan Pemimpin Pengakap Malaysia
telah kembali kerahmatullah jam 0930 pagi ini (11 September 2019) di Hospital Selayang.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ واعف عنه*ُ
*“Allahumma firlahu warhamhu wa`afihi wa`fu`anhu"*

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..
Aamiin Aamiin Ya Rabbal Alamin

Sep 8, 2019

Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang Di-pertuan Agong


Dirgahayu Tuanku

Merafak Sembah dan Setinggi-Tinggi Ucapan Tahniah

Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Seri Paduka Baginda Yang Di-pertuan Agong
Al-sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-mustafa Billah Shah

Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-musta’in Billah

D.K.P., D.K.M., D.K., D.M.N., S.S.A.P., S.I.M.P., D.K.(Terengganu)., D.K.(Johor).,
S.P.M.J., P.A.T., D.K.M.B.(Brunei).

Sempena
Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku

Pada
9 September 2019 Bersamaan 9 Muharram 1441H
Sembah Takzim Daripada PPM Negeri Johor

Sep 3, 2019

UPSR 2019


Selamat menduduki Peperiksaan UPSR 2019 kepada ahli Pengakap Kanak-kanak Negeri Johor khasnya dan ahli PKK seluruh negara yang akan memulakan peperiksaan UPSR pada hari esok.

Semoga kalian beroleh kejayaan cemerlang!