Oct 10, 2019
Malam Apresiasi Persekutuan Pengakap Malaysia 2018
Pengakap Johor hebat demi anak-anak pengakap. Terima Kasih buat Ketua Pesuruhjaya Negeri, Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor, Tuan Haji Yaacob A Karim di atas kepimpinan tuan menerajui bahtera besar pengakap Johor. Tahniah! sangat-sangat hebat!
Oct 6, 2019
Tunjang Karisma : Lensa Pengakap Johor
Tunjang Karisma merupakan dokumen bercetak yang memaparkan catatan sejarah dan aktiviti kepengakapan yang telah berlaku di negeri Johor. Memetik kata alu-aluan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor, Tuan Haji Yaacob A Karim, walaupun dokumentasi yang dipaparkan dalam buku Tunjang Karisma ini tidak lengkap, namun diharapkan dengan penerbitan Tunjang Karisma ini agar dapat membuka mata semua pihak untuk sama-sama menyumbang bahan dan catatan sejarah pengakap Johor bagi edisi yang setereusnya.
Nama buku ini adalah hasil gabungan cadangan daripada Tuan Bardin bin Utih (Tunjang) dan Tuan Haji Ramli Ibrahim (Karisma). Buku ini telas disusun atur oleh Tuan Haji Yaacob bin A Karim, Tuan Anuar bin Salleh dan Puan Rosmah binti Abdullah. Anda boleh membeli naskhah ini dengan menghubungi Tuan Anuar bin Salleh.
video gimik pelancaran buku Tunjang Karisma
.