Jan 31, 2020
Jan 17, 2020
Ketua Pengakap Johor yang Baharu (2020) Tuan Bardin bin Uteh
Nama Penuh : Bardin bin Uteh
Dilahirkan tanggal 21 Februari 1954 di Kampung Paya Emas, Tangkak, Johor. Mula menceburi dunia kepengakapan pada tahun 60an. Pada tahun 1967, ketika beliau berada di tingkatan 1, beliau telah menerima lencana keahlian dari kuasa penganjur kumpulan ke-2 Tangkak di SMK Tangkak. Majlis penerimaan lencana ini menjadi titik permulaan secara rasminya beliau menjadi seoranga ahli pengakap. Majlis ini terpahat dalam ingatan beliau.
Pada tahun 1977, ketika berkhidmat di Sibu, Sarawak, beliau telah dilantik sebagai penolong pemimpin bagi Kumpulan Ke-5 Sibu. Ianya menjadi detik permulaan sebagai seorang pemimpin dalam pengakap. Dunia kepengakapan beliau seterusnya diisi dengan menjadi Pengerusi Latihan Daerah Segamat (1980), Pesuruhjaya Daerah Segamat, Penolong Ketua Pesuruhjaya Negeri dan seterusnya Timbalan Ketua Pesuruhjaya Negeri.
Beliau merupakan seorang pesara guru. Jasa dan bakti dalam dunia kepengakapan membolehkan beliau dianugerahkan Pingat Ibrahim Sultan (II) pada tahun 1995. Persekutuan Pengakap Malaysia juga telah menganugerahkan beliau Pingat Perkhidmatan Baik, Pingat Perkhidmatan Setia, Pingat Perkhidmatan Lama, Pingat Perkhidmatan Cemerlang, Pingat Semangat Rimba (Perak), Pingat Anugerah Presiden dari PPM Negeri Melaka, Bintang Darul Takzim (2017) dan Anugerah Timbalan Ketua Pesuruhjaya Negeri Terbaik pada Malam Apresiasi Persekutuan Pengakap Malaysia (2016).
Beliau pernah berkelana ke negara matahari terbit, iaitu Jepun sebanyak tiga (3) kali dan mendiami bumi sakura melebihi satu bulan membuatkan beliau banyak menjadikan segala pengalaman yang dikutip sepanjang tempoh perjalanan itu dipraktikkan budaya masyarakat Jepun dalam setiap tugasannya sebagai seorang pendidik mahu pun seorang pemimpin pengakap.
Moto beliau " Kerja bertangguh tidak akan menjadi"
Jan 9, 2020
Jan 4, 2020
Ucapan perletakan jawatan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Malaysia Negeri Johor
Tn. Hj.Yaacob bin A Karim telah meletakkan jawatan sebelum tauliah CSC tamat pada 31 Disember2019.
Pengumuman rasmi mengundur diri jawatan "nombor satu" telah diluahkan semasa ucapan pada Majlis Penutup Bengkel Pemantapan Profesionalisme Pesuruhjaya Daerah dan Majlis Pelantikan Ahli Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor bagi tahun 2020 bertempat di Tanjung Piai Resort pada 24 Disember 2019.
Pengunduran diri Tokoh Kepengakapan Moden Negeri Johor amat dirasai serta meninggalkan reaksi emosi sedih terharu berbaur kehilangan dalam kalangan warga pengakap Johor khususnya.
Admin ingin mendedikasikan ucapan selamat bersara kepada mantan CSC Johor (2002-2019)
.
Jan 3, 2020
Penyerahan Surat Pelantikan Jawatan Pemangku Ketua Pesuruhjaya Negeri PPM Negeri Johor
Jan 2, 2020
Penyerahan watikah pelantikan Ahli Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor Siri 2
Pada 31 Disember 2019 bertempat di Ibu Pejabat PPM Negeri Johor, Taman Nong Cik Height telah diadakan penyerahan watikah pelantikan Ahli Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor kepada Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor (PKPPNJ) yang tidak dapat hadir sewaktu majlis yang sama di Tanjung Pia, Pontian, Johor.
PKPPNJ Program - Tuan Haji Abd Razak bin Idris, PKPPNJ Pengakap Muda - Encik Suhizulhisham bin Keliwon dan PKPPNJ Pengakap Sekolah Swsta - Encik Tan Check Meng