Feb 16, 2020

Perkhemahan Hari Pengasas Peringkat Negeri Johor 2020


Klik di bawah untuk :

Download surat, maklumat perkhemahan dan borang pertandingan
https://docdro.id/peUT8lK



.

Feb 14, 2020

Tuan SCC ke Udara di Johor FM sempena promosi Sambutan Hari Pengasas Pengakap 2020


Pada hari Isnin, 17 Februari 2020, jam 12.30 tengahari bertempat di konti radio Johor FM, Tuan Ketua Pesuruhjaya Negeri, PPM Negeri Johor - Tuan Bardin bin Uteh bersama timbalannya Tuan Haji Ramli bin Ibrahim akan bersiaran ke udara sempena promosi Sambutan Hari Pengasas Pengakap Peringkat Negeri Johor. Terima kasih kepada Tuan Mohd Rizal Md Said yang menguruskan janji temu ini buat ke sekian kalinya bersama Johor FM.

Jom sama-sama kita dengar radio Johor FM pada tengahari Isnin ni ye!

Mesyuarat Sambutan Hari Pengasas 2020

Mesyuarat Sambutan Hari Pengasas 2020 telah berlangsung pada 14 Februari 2020 bertempat Kem Pengakap Jubli Intan, Tanjung Laboh, Batu Pahat, Johor.





























Feb 7, 2020

Pendaftaran keahlian tahunan Pengakap Negeri Johor untuk tahun 2020


Assalamualaikum dan Salam Pengakap

Pendaftaran keahlian tahunan Pengakap Negeri Johor untuk tahun 2020 telah bermula pada 16 Januari dan akan tamat pada 29 Februari 2020.

♦️Pemimpin Kumpulan sila bertindak segera untuk mengumpulkan data dan bayaran semua ahli pengakap di kumpulan tuan puan.

Untuk makluman, memperbaharui keahlian adalah wajib untuk semua ahli Pengakap berdasarkan POR Persekutuan Pengakap Malaysia dan Undang-undang Kecil PPM Negeri Johor.

Kadar bayaran adalah seperti berikut:
🔸RM 7.00 : PKK, PM, PR
🔹RM10.00 : Kelana, Pen. Pemimpin, Pemimpin Kumpulan, Kuasa Penganjur, AJK Kumpulan, BP Guild, Persaudaraan Pengakap Raja, Ahli Majlis Pengakap dan semua ahli dewasa

▶️Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan Pesuruhjaya Daerah atau Urus setia keahlian daerah masing-masing.

*untuk muat turun surat dan dokumen pendaftaran, sila ke laman

 http://skpnj.blogspot.com

Mohd Afiq Imam
ASC Keahlian

.

DAFTAR MELALUI DAERAH. BUKAN SECARA ONLINE


*SEGERA UNTUK MAKLUMAN SEMUA DC DAN URUS SETIA DAERAH*

Mohon tidak membuat sebarang pembayaran keahlian ke Akaun Maybank Majlis Pengakap Malaysia Negeri Johor buat masa ini sehingga diberitahu.

Sila dapatkan pengesahan saya sebelum pembayaran ingin dilaksanakan.

Maklum,

Terima kasih

Mohd Afiq Imam
ASC Keahlian

Gambar Rasmi Ketua Pesuruhjaya Negeri PPM Negeri Johor yang baharu

Assalamualikum wbt dan salam pengakap. Ini merupakan gambar rasmi Ketua Pesuruhjaya PPM Negeri Johor, Tuan Bardin bin Uteh yang tuan-tuan dan puan-puan boleh gunakan.

Nama  :  Bardin bin Uteh.
Jawatan : Ketua Pesuruhjaya Negeri, Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor.
Format Gambar  :  JPEG dan PNG.

Biodata beliau boleh diperolehi melalui link berikut
https://ppmnjptd.blogspot.com/2020/01/ketua-pengakap-johor-baharu-2020-tuan.html





Feb 1, 2020

Pendaftaran Keahlian Pengakap Negeri Johor 2020

Tatacara penggunaan Sistem Keahlian Pengakap Negeri Johor 2020

Untuk tindakan - PEMIMPIN KUMPULAN (Ketua Guru Penasihat Pengakap di Sekolah)