Mar 15, 2020

BIODATA TUAN BARDIN BIN UTEH


Nama Penuh  :  Bardin bin Uteh

Dilahirkan tanggal 21 Februari 1954 di Kampung Paya Emas, Tangkak, Johor. Mula menceburi dunia kepengakapan pada tahun 60an. Pada tahun 1967, ketika beliau berada di tingkatan 1, beliau telah menerima lencana keahlian dari kuasa penganjur kumpulan ke-2 Tangkak di SMK Tangkak. Majlis penerimaan lencana ini menjadi titik permulaan secara rasminya beliau menjadi seoranga ahli pengakap. Majlis ini terpahat dalam ingatan beliau.

Pada tahun 1977, ketika berkhidmat di Sibu, Sarawak, beliau telah dilantik sebagai penolong pemimpin bagi Kumpulan Ke-5 Sibu. Ianya menjadi detik permulaan sebagai seorang pemimpin dalam pengakap. Dunia kepengakapan beliau seterusnya diisi dengan menjadi Pengerusi Latihan Daerah Segamat (1980), Pesuruhjaya Daerah Segamat, Penolong Ketua Pesuruhjaya Negeri dan seterusnya Timbalan Ketua Pesuruhjaya Negeri.

Beliau merupakan seorang pesara guru. Jasa dan bakti dalam dunia kepengakapan membolehkan beliau dianugerahkan Pingat Ibrahim Sultan (II) pada tahun 1995. Persekutuan Pengakap Malaysia juga telah menganugerahkan beliau Pingat Perkhidmatan Baik, Pingat Perkhidmatan Setia, Pingat Perkhidmatan Lama, Pingat Perkhidmatan Cemerlang, Pingat Semangat Rimba (Perak), Pingat Anugerah Presiden dari PPM Negeri Melaka, Bintang Darul Takzim (2017) dan Anugerah Timbalan Ketua Pesuruhjaya Negeri Terbaik pada Malam Apresiasi Persekutuan Pengakap Malaysia (2016). 

Beliau pernah berkelana ke negara matahari terbit, iaitu Jepun sebanyak tiga (3) kali dan mendiami bumi sakura melebihi satu bulan membuatkan beliau banyak menjadikan segala pengalaman yang dikutip sepanjang tempoh perjalanan itu dipraktikkan budaya masyarakat Jepun dalam setiap tugasannya sebagai seorang pendidik mahu pun seorang pemimpin pengakap.

Pada 4 Januari 2020, bertempat di Ibu Pejabat Pengakap Kuala Lumpur Tuan Bardin bin Uteh dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor yang baharu. Beliau menjadi Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor yang ke-14. Majlis Pelantikan Pesuruhjaya Pengakap Peringkat Kebangsaan Bagi Penggal Tauliah 2020 - 2021.

Moto beliau " Kerja bertangguh tidak akan menjadi"




Mar 14, 2020

Edaran gambar rasmi Ketua Pesuruhjaya Negeri, Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor, Tuan Bardin bin Uteh.


Edaran gambar rasmi Ketua Pesuruhjaya Negeri,
Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor,
Tuan Bardin bin Uteh.



Mar 13, 2020

PENANGGUHAN AKTIVITI PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA NEGERI JOHOR BERIKUTAN PENULARAN JANGKITAN COVID-19


Memo Rasmi dari Persekutuan Pengakap Malaysis Negeri Johor
PENANGGUHAN AKTIVITI PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA NEGERI JOHOR
BERIKUTAN PENULARAN JANGKITAN COVID-19
#pengakapjohor
#johorscouts
#scoutsjohor

Mar 12, 2020

Penangguhan Sambutan Hari Pengasas Pengakap 2020 di Maktab Sultan Abu Bakar anjuran PPM Daerah Johor Baharu Berikutan Penularan Jangkitan Novel Coronavirus (COVID19)


Penangguhan Sambutan Hari Pengasas Pengakap 2020 di Maktab Sultan Abu Bakar anjuran PPM Daerah Johor Baharu Berikutan Penularan Jangkitan Novel Coronavirus (COVID19).

Pesanan dari pihak urusetia PPM Daerah Johor Bahru

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Untuk makluman semua Pemimpin, adalah dimaklumkan bahawa Sekretariat Sambutan Hari Pengasas Pengakap 2020 dinasihatkan untuk menangguhkan program pada 14 Mac 2020 di Maktab Sultan Abu Bakar (EC) ke satu tarikh baru yang akan dimaklumkan nanti atas sebab bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19.

Sehubungan dengan itu, kit program akan disimpan terlebih dahulu oleh Pihak Penganjur sehingga tarikh baru akan diumumkan.

Kami memohon maaf diatas segala kesulitan.
Terima kasih


Mar 4, 2020

Johor Air Scouts Camp 2020



Johor Air Scouts Camp 2020 
Tarikh : 26 hingga 28 Februari 2020 
Tempat : Kem Outward Bound UTM, Skudai 
Anjuran : Unit Pengakap Udara, PPM Negeri Johor 
Peserta : 92 orang Tahniah di atas penganjuran yang sangat hebat!