Apr 23, 2020

Selamat berpuasa di bulan Ramadhan 1441H

Selamat berpuasa di bulan Ramadhan kepada seluruh ahli pengakap beragama Islam. Sucikan diri, bersihkan hati, raih redha Ilahi.

Apr 18, 2020

Program Pengakap Kanak-kanak Cuti PKP PENGAKAPDUDUKRUMAH


Program Pengakap Kanak-kanak #PENGAKAPDUDUKRUMAH
Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri JOHOR 2020
Apa perlu buat ?
➡️ Muat turun lampiran ujian
➡️buat aktiviti ini di rumah masing-masing
➡️Ibu bapa / penjaga membuat pengesahan
➡️Pemimpin meluluskan
ANDA LAYAK memakai 4 lencana ini.
Lampiran ujian boleh dimuat-turun di
https://tinyurl.com/sq39tla
Tahniah kepada Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor unit Pengakap Kanak-kanak, Tuan Rodyisnainshah bin Julaihi kerana penghasilan modul ini.


Apr 14, 2020

Rovers Face Shield Heroes Project


Jom sama-sama kita membantu termampu kita.
Bantu Kami Untuk Bantu Frontliner
#bantufrontlinerkita
#pengakapjohor
#johorscouts
#Kelana_Johor

Apr 1, 2020

Rover Face Shield Heroes


Tahniah kepada Pasukan Pengakap Kelana Batu Pahat di atas usaha murni menghasilkan dan mengagih pelindung muka (Face Shield) ke 6 buah lokasi. Ini adalah projek usaha sama di antara Pengakap Kelana seluruh Malaysia yang dikenali sebagai Rover Face Shield Heroes.

Berikut adalah lokasi serahan face shield tersebut yang telah diagihkan pada 1 April 2020.

1. Poliklinik Al-Amin, Tongkang Pechah - 40 unit
2. Klinik Kesihatan Batu Pahat - 167 unit
3. Klinik Kesihatan Parit Raja - 40 unit
4. Klinik Kesihatan Tongkang Pechah - 20 unit
5. Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat - 145 unit
6. Roadblock Polis - 20 unit

Tahniah kepada Pasukan Kelana Batu Pahat yang diketuai oleh Muhammad Izzat bin Rahmad, Pengerusi Majlis Kelana Negeri Johor.

Terima Kasih juga kepada Tuan Pesuurhjaya Pengakap Daerah, Tuan Rahmad Abd Rahman serta orang perseorang yang menyumbang wang ringgit sebagai dana untuk menghasilkan face shield ini.

Semoga semua frontliner kita dapat memanfaatkannya⚜️

#4mf
#stayathome
#kitapastimenang
#pengakapjohor
#johorscouts
#scoutsjohor