Sep 25, 2020

Mesyuarat Khas Jawatankuasa Tertinggi, Majlis Pesuruhjaya Negeri, Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor


Mesyuarat Khas Jawatankuasa Tertinggi, Majlis Pesuruhjaya Negeri, Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor telah berlangsung pada 25 September 2020 di Wisma Pengakap Batu Pahat, Jalan Mohd Khalid, Batu Pahat, Johor.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Ketua Pesuruhjaya Negeri, PPM Negeri Johor, Tuan Bardin bin Uteh. Turut hadir Timbalan 1 Ketua Pesuruhjaya Negeri PPM Negeri Johor, Tuan Haji Ramli bin Ibrahim, Penolong KPNJ Pentadbiran - Tuan Anuar bin Salleh, PKPNJ Program - Tuan Haji Abd Razak bin Idris, PKPNJ Antarabangsa - Tuan Mohamad Rizal Mat Said dan PKPNJ Profil Kepengakapan - Puan Rosmah Abdullah.
Mesyuarat diadakan untuk membincangkan program dan halatuju terkini PPM Negeri Johor demi anak-anak pengakap Johor tak lupa juga kepada pemimpin-pemimpin yang sentiasa menyokong pergerakan Pengakap Negeri Johor.


 

Sep 23, 2020

KURSUS IKHTIAR HIDUP PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2020

TAWARAN MENGHADIRI KURSUS IKHTIAR HIDUP PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2020

Dengan hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia
(PPM) melalui Pasukan Latihan Negara (PLN), akan menganjurkan Kursus Ikhtiar Hidup
Peringkat Kebangsaan seperti ketetapan berikut:


Tarikh Kursus : 30 Oktober hingga 01 November 2020

Sila maklum dan sebar luas kepada semua warga pengakap khususnya dalam kalangan Penolong Pesuruhjaya Daerah, Pemimpin Kumpulan dan Penolong Pemimpin yang berminat.Walau bagaimanapun pemilihan calon ke kursus ini tertakluk kepada kelulusan Ketua Pesuruhjaya Negeri. 


Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan En. Kama Azhar bin Abd Karim di talian 019-
7237777 untuk maklumat lanjut.


















Sep 15, 2020

Selamat Menyambut Hari Malaysia

 


Selamat Menyambut Hari Malaysia
Malaysia Prihatin