Dec 31, 2020

Pelanjutan Tugas Ahli Majlis Pesuruhjaya Negeri Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor Sesi 2021.

Pelanjutan Tugas Ahli Majlis Pesuruhjaya Negeri Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor Sesi 2021.

Perkara di atas berkaitan dengan Mesyuarat Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor Bil.4/2020 secara maya pada 16 Disember 2020, Ketua Pesuruhjaya Negeri, PPM Negeri Johor, Tuan Bardin bin Uteh telah mengumumkan bahawa lantikan ahli Majlis Pesuruhjaya Negeri PPM Negeri Johor dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021.

Ahli MPN PPM Negeri Johor diminta agar meneruskan tugas dan amanah dalam memajukan PPM Negeri Johor berdasarkan portfolio jawatan mengikut penstrukturan PPM terkini yang akan dimaklumkan kemudian.

Ketua Pesuruhjaya Negeri, PPM Negeri Johor juga mengucapan terima kasih kepada ahli MPN PPM Negeri Johor di atas kerjasama dan segala usaha semasa menjalankan tugas bersama-sama beliau sepanjang tahun 2020. Semoga PPM Negeri Johor akan lebih cemerlang pada tahun 2021.

Salam pengakap.
Salam tahun baharu 2021.
‘Berkhidmat Untuk Negara Melalui Kepengakapan’
‘Pengakap Mentransformasi Generasi’










Selamat menyambut tahun baharu 2021


Selamat menyambut tahun baharu 2021

Semoga segala cita-cita dan harapan

yang telah direncanakan untuk 2021

dapat dicapai dengan jayanya.

#kitajagakita

#pengakapjohor #johorscouts #scoutsjohor

Dec 28, 2020

Persembahan Tarian Semaphore WolfCub48

 Persembahan Tarian Semaphore WolfCub48

Antara beberapa persembahan Tarian Semaphore WolfCub48 Kulai (SK Sri Pulai Perdana) di rancangan Selamat Pagi Malaysia RTM1, JISF dan di Singapura. Kumpulan ini juga pernah membuat persembahan untuk DYMM Sultan Johor dan keluarga semasa Kembara Mahkota Johor (KMJ) DYMM Sultan Johor.

Guru Kumpul Pakaian Pengakap - Khairil Anuar Mosmin, ADC Pontian

Perkongsian hobinya melalui video dengan durasi 5.44 minit semasa Weboree Kulai 2020 yang lepas, video milik Tn. Khairil Anuar bin Mosmin, Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Pontian yang merupakan seorang guru di SMK Seri Pehentian, Pontian, Johor tentang koleksi uniform pengakap yang dimilikinya sangat membuatkan semua teruja.

Pada Isnin 28 Disember 2020 pula, di akhbar harian Utusan Malaysia, minatnya ini diterjemahkan ke bentuk tulisan pula.
Tahniah Tuan Khairil Anuar bin Mosmin.
Anda menjadi satu aset kebanggaan Pengakap Johor. Teruskan minat anda. Suatu hari nanti boleh dijadikan sebagai lokasi lawatan bagi aktiviti-aktiviti kepengakapan di Pontian, Johor atau di Malaysia.
Hebat! Tahniah Tuan!
Klik link di bawah untuk melihat videonya.

.

Dec 27, 2020

Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Pengakap Negara (MPN) Ke 29, 2020

Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Pengakap Negara (MPN) Ke 29, 2020 Secara Maya telah berlangsung pada 27 Disember 2020 melalui medium zoom. PPM Negeri Johor telah diwakili oleh Ketua Pesuruhjaya Negeri PPM Negeri Johor, Tuan Bardin bin Uteh, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Negeri, Tn Hj Ramli bin Ibrahim dan Penolong Ketua Pesuruhjaya Negeri - Pentadbiran, Tn Anuar bin Salleh.

Majlis berjalan lancar dan tahniah diucapkan kepada Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia kerana berjaya menjalankan mesyuarat Agung dalam keadaan berhemah dan patuh kepada SOP.







Dec 23, 2020

JAMBORI DUNIA 2023, SAEMANGEUM KOREA SELATAN


Tahniah kepada Tuan Mohd Khairi Jailani (Ketua Pengurusan) dan Tuan Emir Nashriq Kassim (Penolong Ketua Pengurusan) di atas pelantikan bagi mengurus kontinjen PPM Negeri Johor ke Jambori Dunia 2023 di Saemungeum, Korea Selatan. Jambori Ini akan berlangsung pada 1 hingga 12 Ogos 2023.
Semua ahli pengakap negeri Johor yang berminat bolehlah menghubungi pemimpin di daerah masing-masing.

Dec 20, 2020

JENIS-JENIS UNIFORM PENGAKAP DI MALAYSIA


Uniform Pengakap Malaysia ada 3 warna.

Pemegang dulang 1- Uniform Pengakap Nombor 3
Uniform Pengakap berwarna kelabu.
Dipanggil Uniform Pengakap Nombor 3. Tiada istilah baju pengakap darat. Yang ada hanya istilah baju Pengakap. Jika ada yang memberitahu, "Saya memakai baju pengakap". Itu bermaksud baju pengakap warna kelabu. Dalam pengakap, TIADA istilah PENGAKAP DARAT.

Pemegang dulang ke-2 - Uniform Pengakap Nombor 2
Uniform Pengakap berwarna kelabu berbutang emas.
Masih baju Pengakap tapi dipanggil uniform Pengakap nombor 2. Di pakai oleh Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah(ADC), pesuruhjaya pengakap daerah(DC), Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri(Asc), Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri(SCC) dan jawatan lebih tinggi dari itu.

Pemegang dulang yang ke-3 - Uniform Pengakap Udara Nombor 2
Uniform Pengakap berwarna biru. Uniform ini hanya dipakai apabila kumpulan tersebut telah mendaftar sebagai kumpulan pengakap udara. Pengakap Udara adalah satu aliran Pengakap, dan bukannya organisasi berasingan. Pengakap Udara tetap mengikuti program teras kepengakapan sambil menambah unsur-unsur aeronautika ke dalam program dan aktiviti-aktivitinya. Objektifnya adalah untuk melatih diri dengan kemahiran-kemahiran aeronautika dan airmanship. Namun ia bukanlah program latihan bagi kerjaya tentera udara, tetapi sangat berguna bagi anak-anak muda. Rujukan dari buku Skim Latihan Pengakap Muda Udara yang diterbitkan oleh Pasukan latihan Negara (2010).

Pemegang dulang ke-4 - Uniform Pengakap Laut Nombor 2
Uniform Pengakap berwarna putih.
Uniform ini hanya dipakai apabila kumpulan tersebut telah mendaftar sebagai kumpulan pengakap laut. Pengakap Laut menyediakan alternatif kepada program Pendgakap dan Pengakap Udara. Sebagai sebuah negara maritim yang dikelilingi perairan, Malaysia mempunyai tradisi pelautan sejak berkurun lamanya. Skim Pengakap Laut mengandungi ilmu berkait rapat dengan kehidupan sebagai seorang pelaut dan ahli Pengakap Laut. Rujukan dari buku Skim Latihan Pengakap Muda Laut yang diterbitkan oleh Pasukan latihan Negara (2010).

Kesimpulan:
1. Uniform pengakap nombor 3 (kelabu)
2. uniform pengakap nombor 2 (kelabu butang emas)
3. uniform pengakap udara (biru)
4. uniform pengakap laut (putih)

Nota:
Uniform pengakap nombor 1 berwarna putih seperti pakaian mess kit. Semua pemimpin boleh memakainya. Kos perbelanjaan untuk menyiapkan uniform nombor 1 agak tinggi. Uniform ini juga kurang kerap dipakai. Oleh sebab itu tidak ramai yang memiliknya.

Ditaip oleh;
Pn Rosmah binti Abdullah
Penolong Ketua Pesuruhjaya Negeri,
PPM Negeri Johor - Profil
#pengakapjohor
#uniformpengakap

MESYUARAT MAJLIS PESURUHJAYA PENGAKAP NEGERI JOHOR Bilangan 4/2020

MESYUARAT MAJLIS PESURUHJAYA PENGAKAP NEGERI JOHOR
Bilangan 4/2020

Tarikh: 15/12/2020 (Selasa)
Masa : 9.00 malam
Tempat : Rumah/ Kediaman masing masing
Medium: Google Meet
Pakaian: Bebas/ santai
Pengerusi : Tn Bardin bin Uteh, KPPNJ
Moderator: En Anuar bin Salleh PKPPNJ Pentadbiran
Kehadiran : 32 orang
1. Ucapan Aluan KPPNJ

2. Mengesahkan Minit Mesyuarat

3. Perkara Berbangkit

4. Maklumat Semasa
4.1 Taklimat Tn Bardin bin Uteh - Perkongsian maklumat mesyuarat Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negara 5 Disember 2020
4.2 Pn. Rosmah Abdullah (a)Panduan dan tatacara penggunaan lambang PPM (b) Pemakaian Uniform (c) e-Buletin Pengakap Negeri Johor (d) Format surat rasmi PPM Johor
4.3 Tn Hj Ramli Ibrahim - Majlis Semusim Pertemuan Seumur Kenangan (persaraan Hj Yaacob)
4.4 Tn Asfaizal Hasran (i) E-training (ii) Pengalungan Manikayu.
4.5 Tn Hj Abd Razak Idris (i) Laporan Program PPM Johor yang telah dijalankan sepanjang tahun 2020.
4.6 Tn Mohd Rizal Mat Said (i) Panduan ke Jambori Antarabangsa di luar negara (ii) Jambori Dunia-Korea
4.7 Tn Anuar ohd Salleh (i) Strategic Planning (ii) Sistem Fail (iii) Pangkalan Data ASC dan DC
4.8 Tn Mohd Afiq Imam - Laporan Keahlian 2020 dan Pendaftaran 2021
4.9 Tn Mohd Asik Saim - Laporan Pengurusan Kem Jubli Intan
5.0 Tn Suhizulhisham Kliwon - Anugerah Remaja Perdana (ARP)

5. Hal-hal lain
5.1 Tuan Basri Efendi - (i) Data kumpulan pengakap kelana (tingkatan 6) negeri johor (ii) Program kemahiran online pengakap 2021

6. Bersurai
Mesyuarat tamat pada jam 11.56 malam.