Jun 26, 2021

Kumpulan Pengakap Kanak-kanak - SK Paya Jakas, Segamat, Johor : Pertandingan Idea Kreatif Dan Innovatif (IKI) PPM 2021 Kali Pertama Secara Online.

Tahniah Kumpulan Pengakap Kanak-kanak, SK Paya Jakas, Segamat, Johor memenangi Pertandingan  Idea Kreatif Dan Innovatif (IKI) - Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) 2021 Kali Pertama Secara Online.


KATEGORI SEKOLAH RENDAH
Tempat Ketiga
Kumpulan Pengakap Kanak-kanak - SK Paya Jakas, Segamat, Johor
Markah - 823
Layak Anugerah EMAS

Anugerah Khas - Poster Terbaik: 
Kumpulan Pengakap Kanak-kanak - SK Paya Jakas, Segamat, Johor

Anugerah Khas - Montaj Terbaik: 
Kumpulan Pengakap Kanak-kanak - SK Paya Jakas, Segamat, Johor

Pegumuman Keputusan Keseluruhan Pertandingan Idea Kreatif Dan Inovatif Peringkat Kebangsaan Persekutuan Pengakap Malaysia Kali Pertama Tahun 2021.

Tahniah kepada semua peserta-peserta dan pemenang-pemenang Pertandingan Idea Kreatif Dan Inovatif Peringkat Kebangsaan Persekutuan Pengakap Malaysia Kali Pertama Tahun 2021.







 

Jun 17, 2021

Youth Advisors to the World Scout Committee

 

Semoga berjaya Ahmad Syauqi bin Taufik
Kami Pengakap Johor tumpang tuah!
Tahniah juga buat ayahnya Tuan Taufiq Serah, pemimpin pengakap johor. Orang lama Pengakap Johor!

Pertubuhan Pengakap Dunia telah mengumumkan senarai calon-calon bagi jawatan Penasihat Belia kepada Jawatankuasa Pengakap Dunia. Pilihanraya itu akan berlangsung semasa Forum the World Scout Committee ke-14 pada Ogos 2021.
Didoakan ada sinar menyebelahi Ahamd Syauki!

World Scouting
Announcing the candidates for Youth Advisors to the World Scout Committee, ahead of the election at the 14th World Scout Youth Forum this August. Candidates are presented in alphabetical order.


Jun 8, 2021

kursus Pengurusan Pemimpin Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Peringkat Negeri Johor (Khas Untuk Pemimpin Pengakap)

 


Rabu, 9 Jun 2021 - Seramai 90 orang pemimpin pengakap Persekutuan Pengakap Negeri Johor sedang menghadiri kursus Pengurusan Pemimpin Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Peringkat Negeri Johor (Khas Untuk Pemimpin Pengakap) secara google meet dari jam 8.00 pagi dan akan berakhir pada jam 5.00 petang ini (9 Jun 2021).

Penyelaras ARP Pengakap Negeri Johor yang telah dilantik iaitu - Tuan Suhizulhisham Kliwon (ASC Pengakap Muda) telah menguruskan kursus ini.

Program dimulakan dengan ucapan dan penerangan oleh Penolong Pegawai Belia dan Sukan, Negeri Johor - Encik Abd Isa bin Abd Rasah. Sesi penerangan diteruskan oleh Cikgu Aris Mohd Dol, seorang pakar dalam bidang ARPRM. Slot penerangan disambung oleh Encik Armizam Abd Rahim, Ketua Mentor Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) - Panel Penilai ARPRM Emas Kebangsaan.

Semoga amanat dan harapan Ketua Pesuruhjaya Negeri, PPM Negeri Johor, Tuan Bardin bin Uteh menjadikan ARP sebagai program atau aktiviti berkembar dengan segala aktiviti Pengakap Negeri Johor dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Harapan juga agar program ini memberi manfaatkan kepada seluruh ahli pengakap negeri Johor.

Untuk makluman, telah dilantik penyelaras ARP Pengakap di setiap daerah di negeri Johor. Boleh hubungi Pesuruhjaya Pengakap Daerah anda.













Jun 6, 2021

Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi KDYMM Yang di-Pertuan Agong

 


DIRGAHAYU TUANKU
Merafak Sembah dan Setinggi-tinggi Ucapan Tahniah

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,
Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni AlMarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah

Sempena
Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku

pada
7 Jun 2021 bersamaan 26 Syawal 1442H.

Dirgahayu Tuanku, Daulat Tuanku.
Menjunjung Kasih Tuanku.

Sembah Takzim Daripada
Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor

Facebook Page: Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Selangor
Instagram: pengakapjohor
Blog : Pengakap Johor
Youtube Channel : Pengakap Johor


Jun 4, 2021

Mesyuarat Pengurusan Program Pengakap Johor Fasa 2/2021


Pada 4 Jun 2021 jam 9.00  malam telah berlangsungnya Mesyuarat Pengurusan Program Pengakap Johor Fasa 2/2021 secara online menggunakan medium google meet. Mesyuarat dipengerusikan oleh Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor - Program, Tuan Rodyisnainsyah Julaihi.

Mesyuarat ini telah disertai oleh semua unit utama dalam Pengakap Negeri Johor iaitu Pn Noraishah binti Idris (ASC Pengakap Lebah), Tuan Mohd Khairi bin Jailani (ASC Pengakap Kanak-kanak), Tuan Suhizulhisham bin Kliwon (ASC Pengakap Muda), Tuan Jairuddin bin Hadjilani (ASC Pengakap Remaja), Tuan Mohd Faris bin Adanan (ASC Pengakap Pendidikan Khas) dan Pn Maslinda binti Mat Daros(ASC Pengakap Laut). Pada mesyuarat ini ASC Profil - Pn Rosmah binti Abdullah turut sama bagi merancakkan lagi program pengakap Johor.

Pada mesyuarat ini juga telah diumumkan pelantikan Cik Norhidayah Abd Jalil sebagai setiausaha Program Pengakap Negeri Johor yang baharu.

Tujuan utama mesyuarat adalah membincangkan dan membuat penyelarasan perihal program anjuran Pengakap Negeri Johor bagi fasa kedua bagi tahun 2021 untuk ahli-ahli pengakap Johor.



Jun 2, 2021

Sembang Santai Program Pengurusan Tertinggi Pengakap Johor Fasa 2 - Siri 1


Pada 2 Jun 2021 jam 9.15  malam telah berlangsungnya Sembang santai secara online menggunakan medium google meet.

Program dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri, Tn Hj Ramli Ibrahim, Tn Hj Abd Razak bin Idris bersama ASC Program, Tuan Rodyisnainsyah Julaihi serta unit-unit utama dalam Pengakap Negeri Johor iaitu Pn Noraishah binti Idris (ASC Pengakap Lebah), Tuan Mohd Khairi bin Jailani (ASC Pengakap Kanak-kanak), Tuan Suhizulhisham bin Kliwon (ASC Pengakap Muda), Tuan Jairuddin bin Hadjilani (ASC Pengakap Remaja), Tuan Zalini bin Johari (ASC Pengakap Kelana), Tuan Mohd Faris bin Adanan (ASC Pengakap Pendidikan Khas) Tuan Mohd Khairul bin Zainal (ASC Pengakap Udara). Turut hadir ASC Pentadbiran, Tuan Anuar bin Salleh.

Tujuan utama adalah membincangkan perihal program anjuran Pengakap Negeri Johor bagi fasa kedua bagi tahun 2021. Satu mesyuarat sambungan akan dijalankan pada 4 Jun 2021 dipengerusikan oleh ASC Program PPM Negeri Johor.