Jul 29, 2021

Salam perpisahan buat Tuan Jairuddin Hadjilani, mantan ASC Pengakap Remaja PPM Negeri Johor.

Salam perpisahan buat Tuan Jairuddin Hadjilani, mantan ASC Pengakap Remaja PPM Negeri Johor.

Permohonan perpindahan suami isteri untuk pulang ke kampung halaman - Kudat diluluskan. Banyak jasa bakti yang ditabur buat Pengakap di bumi Johor.
Pemimpin K67-2008-2009
Pemimpin K60-2010-2013
PLD Kulai-2014-2016
DC Kulai-2017-2019
ASC Johor (Remaja)-2020-2021
Menabur bakti di bumi Johor.
Iringan perpisahan 25 Julai 2021.
Diketuai Tuan Bardin bin Uteh - Ketua Pesuruhjaya Negeri, Tuan Anuar Salleh, Tuan Rodyisnansyah Julaihi dan Tuan Emir Nasriq Mohd Kassim. Pelan Pemulihan Fasa 1 - MCO3 membataskan kita untuk membuat majlis perpisahan.
Selamat pulang & berbakti di kampung halaman tn jai !.. Jasa dan bakti in shaa Allah sentiasa di kenang. Ada rezeki berjumpa lagi!








Jul 25, 2021

Ahli Jawatankuasa Sekretariat Pengakap Kelana Kebangsaan 2021 - 2023


Tahniah diucapkan kepada Daniel Alief Arshad bin Che Hasnan, Pengakap Kelana, PPM Negeri Johor di atas pelantikan sebagai Ahli Jawatankuasa Sekretariat Pengakap Kelana Kebangsaan 2021 - 2023. Tahniah dan syabas!




Jul 24, 2021

Pertandingan Foto Kreatif ; Pengakap Johor Berskaf 2021


 Pertandingan Foto Kreatif ; Pengakap Johor Berskaf 2021

Maklumat lanjut, klik link dibawah
==========
TELEGRAM CHANNEL INFORMASI
PERTANDINGAN FOTO KREATIF
PENGAKAP JOHOR BERSKAF 2021

Klik link ini untuk ke channel https://t.me/PengakapJohorBerskaf



.

Johor Virtual Cuboree 2021


Salam Pengakap!

Johor Virtual Cuboree 2021 sudah berlangsung. Jom sertai 3 acara yang dirancang:- 📍Aktiviti, 📍Pertandingan 📍Virtual Fitness Challenge. Untuk maklumat lanjut, layari www.jvc2021.scoutjohor.org Tiada yuran dikenakan bagi acara Aktiviti (16-18 Sept) & Pertandingan (Tutup 31 Ogos) . Rebut peluang dapatkan lencana program bagi 200 peserta awal selesaikan Aktiviti & hadiah menarik bagi Pertandingan. Panduan login Pertandingan :
Klik di sini untuk membaca panduan pertandingan Jangan lupa juga sertai Virtual Fitness Challenge (VFC) bersama ahli keluarga & rakan². 200 pendaftaran awal (VFC) akan menerima 1 lencana program secara percuma.

LAMAN CHAT AKTIVITI RASMI JVC 2021 Klik Laman Chat Aktiviti JVC 2021
JVC2021 adalah Program Johor Virtual Cuboree 2021 yang akan berlangsung dari 1hb Julai hingga 18hb September 2021. Program ini khas untuk Ahli Pengakap Kanak Kanak & Pemimpin PKK yang berdaftar pada tahun 2021 dengan Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor.

.

Jul 23, 2021

Mesyuarat Penyelarasan Tugas : Jawatankuasa Kerja Pertandingan Foto Kreatif; Pengakap Johor Berskaf 2021


24 Julai 2021 jam 9.00 malam

Medium : Google meet.
Telah berlangsungnya mesyuarat penyelarasan tugas bagi Jawatankuasa Kerja Pertandingan Foto Kreatif; Pengakap Johor Berskaf 2021 anjuran bersama PPM Negeri Johor dengan Unit Pembangunan Bakat Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Johor.
Dimulakan dengan bacaan doa oleh Tuan Mohd Faiz Danuri, ADC Profil Pontian.
Mesyuarat dipengerusikan oleh penyelaras program, Pn Rosmah Abdullah dan turut sama pada mesyuarat adalah Jawatankuasa Induk yang terdiri daripada Tn Hj Ramli Ibrahim, Tuan Basri Efendy bin Masri, Tuan Rodyisnansyah bin Julaihi, Tuan Anuar Salleh dan Tuan Muhammad Falihin Kamari.
Jawatankuasa Kerja bagi pertandingan ini adalah terdiri daripada semua ADC Profil yang datang dari 11 buah daerah di negeri Johor.
Kata semangat yang diberikan pada awal mesyuarat oleh Tn Hj Ramli dan Tuan Rody sedikit sebanyak dapat menaikkan semangat ajk yg terlibat.
Pelbagai teguran dan bimbingan diberi oleh Tuan Basri sepanjang mesyuarat berjalan. Semoga ianya menjadikan pertandingan ini mencapai matlamat sebenar.
6 hari lagi pertandingan ini akan bermula.
Tahniah buat semua yang terlibat!





Jul 22, 2021

Mesyuarat Majlis Pesuruhjaya Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor Bil.2/2021

Mesyuarat Majlis Pesuruhjaya Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor Bil.2/2021 telah pun berlangsung pada 23 Julai 2021 jam 9.15 malam.

Dipengerusikan oleh Ketua Pesuruhjaya Negeri, Tuan Bardin bin Uteh.
Pembentangan laporan oleh
- Laporan Keahlian PPMNJ 2021 oleh ASC Pendaftaran Keahlian Pengakap Johor, Tuan Afiq Imam.
- Laporan Latihan oleh ASC Latihan Tuan Kama Azhar Ab Karim
- Laporan Program oleh ASC Program Tuan Rodyisnansyah Julaihi
- Laporan Tauliah ASC/DC/Pemimpin oleh PIP Tauliah Tuan Muhammad Falihin Kamari
- Hal-hal lain disampaikan oleh Tuan Bardin.
Mesyuarat tamat pada 12.03 pagi.












e-ScoutMerdeka

 


Assalamualaikum, Salam sejahtera dan Salam Pengakap.

Anda ....Ye anda lah yang kami cari 📢📢

Program Kokurikulum Dalam Talian

 *e-ScoutMerdeka* Unit Beruniform Pengakap Sekolah-sekolah Rendah Negeri Johor
.
📌PENYERTAAN
Semua murid Tahun 4, 5 dan 6 Sekolah Rendah yang *berdaftar keahlian Pengakap* dengan Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor
.
📌PERJALANAN PROGRAM
1. Pelaksanaan dari 1 Ogos hingga 31 Ogos 2021.

📌HADIAH
 _Peserta_ 
Sijil Penyertaan, Sijil Pencapaian serta hadiah pemenang
 _Kategori Pemenang_ 
Tahun 4, 5 dan 6 (Lelaki & Perempuan)
 _Sekolah_ 
3 buah sekolah penyertaan terbanyak 

📌MAKLUMAT LANJUT DAN SYARAT PERTANDINGAN

https://mylink.la/skrambah
.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
.
1. En Basri Efendi Bin Masri, Penolong Pengarah Pembangunan Bakat Murid JPNJ: 012-7410257 atau

2. Cikgu Supiatun Binti Md Halid, Penyelaras Program :012-7673862


Jul 21, 2021

Pertandingan Pengakap Johor Berskaf 2021!

 Assalamualaikum wbt dan salam pengakap.

Dikongsikan hebahan pertandingan anjuran PPM Negeri Johor dengan Kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Johor, sempena Hari Skaf Sedunia – Pengakap Johor Berskaf 2021!
Hebahan telah dibuat oleh Unit Pembangunan Bakat Murid, Tuan Basri Efendi bin Masri ke seluruh sekolah-sekolah di negeri Johor.
Jangan lupa sertai tau!
Yok kita!













.






Jul 11, 2021

Mantan Bendahari Kehormat Allahyarham Tn Hj Samsi bin Nasir Pulang Ke Rahmatullah

 



Khamis, 8 Julai 2021
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
DariNya kita datang. KepadaNya kita kembali. 

Dengan penuh rasa duka yang sangat dalam, kami keluarga besar PPM Negeri Johor memaklumkan bahawa telah kembalinya ke Rahmatullah Allahyarham Tuan Haji Samsi bin Nasir PPN, PIS, PLP pada 8 Julai 2021. Allahyarham adalah mantan Bendahari Kehormat ke-3, Majlis Pengakap Negeri Johor bermula tahun 2007 hingga 2015. Allahyarham juga merupakan mantan pengetua di beberapa sekolah menengah di negeri Johor. Allahyarham telah disemadikan di perkuburan Parit Hailam, Batu Pahat, Johor yang berdekatan dengan kawasan rumahnya.

PPM Negeri Johor mengucapkan salam takziah kepada keluarga arwah. Semoga roh allahyarham dicucuri rahmat dan di tempatkan dikalangan muslimin muslimat yang soleh. Semoga segala jasa dan bakti yang dicurahkan pada pengakap Johor diberikan ganjaran setimpal oleh Nya.

Alfatihah (dibaca)













Jul 10, 2021

25th World Scout Jamboree 2023, Republic of Korea

Salam Hormat dan Salam Pengakap!

Dilampirkan Surat Siaran mengenai Jambori Pengakap Sedunia kali ke-25, Republik Korea (25th World Scout Jamboree 2023, Republic of Korea) dan juga Pek Maklumat Kontinjen Malaysia ke Jambori ini.
Sukacita diingatkan tarikh akhir PPM menerima permohonan penyertaan ke Jambori ini adalah pada 30 September 2021.
Oleh itu bagi ahli pengakap Johor yang berminat sila layari :
Untuk maklumat & pendaftaran. Tarikh tutup pendaftaran bagi Pengakap Johor adalah 15 September 2021
Anda yang berminat boleh menyertai channel telegram yang diwujudkan khas bagi kontinjen negeri Johor.