Oct 28, 2021

Mesyuarat Agung Majlis Pengakap Negeri Johor Tahun 2021


Mesyuarat Agung Majlis Pengakap Negeri Johor.
Tarikh : 28 Oktober 2021
Masa : 12.00 tengahari
Tempat : Bilik Gerakan Bangunan Dato' Jaafar Muhammad, Kota Iskandar, Iskandar Puteri, Johor

Seramai 9 orang dari Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri mesyuarat secara bersemuka manakala yang lain mesyuarat secara dalam talian menggunakan platform Cisco Webex.

Mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan oleh pengerusi majlis, Tuan Anuar bin Salleh, Penolong Ketua Pesuruhjaya Negeri PPM Negeri Johor - Pentadbiran. Majlis diteruskan dengan upacara memperbaharui persetiaan diketuai oleh Tuan Muhammad Rizal Mat Said, Penolong Ketua Pesuruhjaya Negeri PPM Negeri Johor - Antarabangsa. Bacaan doa diketuai oleh Tuan Mohd Firdaus bin Maskan, Penolong Ketua Pesuruhjaya Negeri PPM Negeri Johor - Global Inisiatif.

Mesyuarat diteruskan dengan ucapan perutusan Y.B. Dato' Haji Mohd Noh bin Ibrahim, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pengurusan). Kemudian Tuan Bardin bin Uteh membentangkan minit mesyuarat yang lepas. Agenda seterusnya membentangkan Penyata Kewangan Majlis Pengakap Negeri, melantik Setiausaha Kehormat, Penolong Setiausaha Majlis, Bendahari Kerhormat dan Juru Audit Majlis Pengakap Negeri Johor yang baharu.

Seterusnya mengesahkan pemilihan ahli-ahli majlis yang baharu, mengesahkan pelantikan ahli-ahli Jawatankuasa Kerja MPNJ.

Pada akhir mesyuarat ini disampaikan cendermata kepada mantan Ketua Pesuruhjaya Negeri, PPM Negeri Johor, Tuan Haji Yaacob bin A Karim dan juga Tuan Daud bin Abd Rahman, mantan bendahari kehormat Majlis Pengakap Negeri Johor.

Berikut adalah lantikan baharu dalam MPNJ;

Setiausaha Kehormat
Encik Muhammad Nor bin Jaafar
Penolong Setiausaha (Pentadbiran Am)
Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor

Penolong Setiausaha
Encik Mohamed Azahari bin Mohamed Rawi
Penolong Setiausaha (Tugas Khas) Bahagian Khidmat Pengurusan
Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor

Bendahari Kehormat
Tuan Mohamad Rizal Bin Mat Said
Ketua Unit Undang-undang
Majlis Daerah Kota Tinggi

Tahniah pada yang dilantik.
Tahniah pada Tuan Bardin kerana mesyuarat ini yang ditunggu-tunggu.
Tahniah pada semua yang hadir mesyuarat sama ada bersemuka mahupun secara dalam talian.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.15 petang.

























Oct 18, 2021

Salam Mulidurrasul 12 Rabiulawal 1443 Hijrah Manhaj Rabbani, Ummah Berkualiti.

 Salam Mulidurrasul 12 Rabiulawal 1443 Hijrah

Manhaj Rabbani, Ummah Berkualiti.


Oct 9, 2021

sumbangan Prihatin PPM Negeri Johor kepada ADC Kluang, mangsa kebakaran rumah.

 


8 Oktober 2021
Penyampaian sumbangan Prihatin oleh PPM Negeri Johor kepada ADC Kluang, Pn Intan Faezah bt M Noor, mangsa kebakaran rumah.
Penyerahan wang sumbangan telah disampaikan oleh Tuan Bardin bin Uteh, Ketua Pesuruhjaya Negeri, PPM Negeri Johor.
Turut diadakan penyerahan baju uniform pengakap yang baharu kepada Pn Intan Faezah dan juga anak-anaknya sumbangan Pengakap Daerah Kluang.
Didoakan agar Puan Intan Faezah sabar dengan ujian yang menimpa keluarganya.
Laporan oleh Norazlinah bt bachik, ADC Pengakap Daerah Kluang.









sumbangan Prihatin oleh PPM Negeri Johor kepada ADC kluang, Pn Intan Faezah bt M Noor, mangsa kebakaran rumah.
Penyerahan wang sumbangan telah disampaikan oleh Tuan Bardin bin Uteh, Ketua Pesuruhjaya Negeri, PPM Negeri Johor.
Turut diadakan penyerahan baju uniform pengakap yang baharu kepada Pn Intan Faezah dan juga anak-anaknya sumbangan Pengakap Daerah Kluang.
Didoakan agar Puan Intan Faezah sabar dengan ujian yang menimpa keluarganya.
Laporan oleh Norazlinah bt bachik, ADC Pengakap Daerah Kluang.



Perasmian Johor Scout Integrated Scratch Challenge 2021


 Johor Scout Integrated Scratch Challenge 2021

9 Oktober 2021 jam 10.00 pagi

Telah berlangsungnya majlis perasmian Pertandingan Johor Scout Integrated Scratch Challenge 2021.

Majlis dimulakan dengan meraikan kehadiran para peserta dan guru pembimbing oleh pengacara majlis Cikgu Nurul Nadia Zulkifli.

Majlis diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Tuan Bardin bin Uteh, Ketua Pesuruhjaya Negeri, Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor. Ucapan yang padat dengan nasihat, panduan dan dorongan kepada peserta yang bakal mengisi dalam pertandingan ini.

Ucapan oleh penyelaras program Tuan Mohd Firdaus Maskan dan penerangan tentang statistik penyertaan dan status terkini pertandingan serta perubahan dalam kategori pertandingan yang bakal dijalankan.

Majlis diteruskan lagi dengan taklimat dan panduan pertandingan oleh Ustaz Huszarudin Hussin, Penyelaras MyDigital Maker School Champion Negeri Johor. Taklimatnya padat, sangat jelas dan mudah difahami.

Tahniah kepada semua peserta dan guru pembimbing yang turut sama menjayakan perasmian Pertandingan Johor Scout Integrated Scratch Challenge 2021.














Tuan Haji Sahak bin Haron, Mantan Penolong Ketua Pesuruhjaya Negeri, PPM Negeri Johor telah kembali ke Rahmatullah


 Assalamualaikum Wrt Wbh dan salam pengakap!

إنا لله وإنا إليه راجعون
“Sesungguhnya kita adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kita kembali.”

DUKACITA dimaklumkan bahawa Tuan Haji Sahak bin Haron, Mantan Penolong Ketua Pesuruhjaya Negeri, PPM Negeri Johor telah kembali ke Rahmatullah malam tadi, 8 Oktober 2021 bersamaan 1 Rabiulawal 1443H.

Sama-sama kita berdoa semoga roh beliau dicucuri rahmat Allah SWT.

اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه
“Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dia”