Jun 19, 2022

Program Prolog Sistem ARPRM Peringkat Negeri Johor.

Program Prolog Sistem ARPRM Peringkat Negeri Johor.

18 Jun 2022
Kolej Komuniti Ledang, Tangkak, Johor
Anjuran : Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor
Seramai 5 orang pemimpin pengakap Negeri Johor menghadiri kursus ini.
Peserta diberi pendedahan kepada sistem perekodan log aktiviti cara baharu iaitu secara atas talian. Satu platform memperkenal dan mempraktikkan fungsi sistem ARPRM dengan melestarikan pendigitalan sepenuhnya dalam proses perekodan, pengurusan data dan pentadbiran.
Kursus dirasmikan oleh Encik Shamsuhaime bin Nasir, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor.
Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor, Tuan Bardin bin Uteh turut hadir sama di sepanjang kursus berlangsung.














Jun 5, 2022

Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah DYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG


Merafak Sembah dan Setinggi-tinggi Ucapan Tahniah
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG
AL-SULTAN ABDULLAH RI’AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH
IBNI ALMARHUM SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA’IN BILLAH.
D.K.P., D.K.M., D.K., D.M.N., S.S.A.P., S.I.M.P., D.K.(Terengganu).,D.K.(Johor)., S.P.M.J., D.K.M.B.(Brunei)., D.K.(Kedah)., D.K.(Perlis)., D.K.(Perak)., D.K.(Selangor).,
Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku,
Pada 6 Jun 2022 Bersamaan 6 Zulkaedah 1443H
Sembah takzim daripada;
Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor