Dec 29, 2022

Bengkel Pemantapan Professionalisme 2022

 


Pada 28 Disember 2022 bertempat di Pusat Latihan Guru Dalam Perkhidmatan Bandar Tenggara, Bandar Tenggara, Kulai, Johor telah berlangsungnya Bengkel Pemantapan Professionalisme untuk ahli Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri, Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor.

 

Terdapat empat slot telah disediakan bagi tujuan memantapkan profesionalisme para peserta. Dimulakan dengan Halatuju Pengakap Negeri Johor oleh Tuan Bardin bin Uteh, Ketua Pesuruhjaya Pengakap NegerI Johor. Slot kedua bertajuk Strategi Meningkatkan Pencapaian oleh Tn Hj Ramli bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap NegerI Johor. Slot ketiga telah disampaikan oleh Tuan Rodyisnanshah bin Julaihi yang bertajuk Prosedur merancang dan menjalankan program. Slot terakhir merupakan slot utama bengkel ini telah disampaikan dengan berkarsima oleh Tuan Mohd Joehadi bin Parcho dengan tajuk Kepimpinan dalam Organisasi. Rumusan bengkel pula dilakukan oleh pengarah program iaitu YM Megad Mohd Nizar bin Abd Rahman.

 

Bengkel ini telah dikelolakan oleh PPM Daerah Kulai dengan diketuai oleh Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kulai, Tuan Emir Nashriq bin Kassim, dibantu oleh barisan Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kulai, Pemimpin pengakap Daerah Kulai dan pasukan pengakap kelana daerah Kulai.

 

Semoga dengan adanya bengkel ini dapat memantapkan lagi peranan dan tanggungjawab dalam kalangan ahli-ahli Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor agar pergerakan Pengakap Negeri Johor dapat dipacu dengan lebih gemilang.

 

Sebelum bengkel bermula, telah diadakan majlis lantikan Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap NegerI Johor yang baru. PKPPNJ Unit Pengakap Kanak-kanak - Tuan Ezuwan Zailani bin Ibrahim, PKPPNJ Unit Pengakap Muda - Tuan Khairil Anuar bin Mosmin dan Pesuruhjaya Pengakap Daerah Muar - Tuan Azlan Shah Bin A Bakar. Semoga pelantikan ini memberi impak kepada unit-unit berkaitan seterusnya dapat memajukan pergerakan pengakap negeri Johor ini ke suatu tahap yang lebih gemilang.


Kredit kepada jurugambar Tuan Fitrizan bin Azizan, Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Mersing.


Klik untuk Album sepanjang bengkel
























Dec 25, 2022

BENGKEL PEMANTAPAN PROFESIONALISME AHLI MAJLIS PESURUHJAYA PENGAKAP NEGERI JOHOR 2022

 


BENGKEL PEMANTAPAN PROFESIONALISME AHLI MAJLIS PESURUHJAYA PENGAKAP NEGERI JOHOR 2022

Tarikh: 28 Disember 2022 (Rabu)
Tempat: Pusat Latihan Guru Dalam Perkhidmatan, Bandar Tenggara, Johor


Dec 22, 2022

SILVER PRIZE DALAM 21ST APR SCOUT PHOTO CONTEST 2022


SILVER PRIZE DALAM 21ST APR SCOUT PHOTO CONTEST 2022 

Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Mersing sekali lagi merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada adik Muhammad Aniff Mustaqim bin Omar dari SK Tanjung Resang yang telah memenangi Silver Prize dalam 21st Asia-Pacific Region Scout Photo Contest peringkat Antarabangsa.

Majlis penyampaian hadiah kemenangan tersebut telah disampaikan oleh Madam Luz Taray, Asia-Pacific Region Communication and Partnership Director, pada APR Partnership Forum 2023 yang telah berlangsung di Tamu Hotel and Suites, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Adik Muhammad Aniff Mustaqim telah diwakili oleh Encik Ahmad Akmal Haikal bin Ahmad Nizam, Penolong Pesuruhjaya PPM Daerah Mersing.

Semoga dengan kemenangan ini akan menyuntik semangat kepada semua ahli PPM Daerah Mersing untuk terus mengorak langkah dalam menggapai kecemerlangan sehingga ke peringkat Antarabangsa.

Salam Pengakap 

Mersing Hebat







Dec 21, 2022

Kem Eksplorasi Alam Rakan Muda 2022

 


Kem Eksplorasi Alam Rakan Muda 2022

Pada 2 hingga 3 Disember 2022 bertempat di Kem Kaizen Gunung Pulai, Kulai, Johor telah berlansungnya Kem Eksplorasi Alam Rakan Muda 2022. Program ini telah dianjurkan oleh Badan Operasi Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda dan Unit Pengakap Remaja Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor. Program ini mendapat kerjasama penuh dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor serta Jabatan Pendidikan Negeri Johor.


Seramai 118 orang peserta yang terdiri dari ahli pengakap muda dan remaja PPM Negeri Johor. Program ini dikendalikan penuh oleh 5 orang jurulatih bertauliah dari Kem Kaizen dengan dibantu oleh 17 orang pemimpin pengakap daripada sekolah-sekolah yang terlibat.


Sekolah yang terlibat terdiri daripada SMK Dato’ Penggawa Barat, SMA An Nur, SMK Tan Sri Osman Sa’at, SMK Benut, SMK Sri Tanjung, Sekolah Maahad Pontian, SMK Dato’ Syed Esa, SMKA Haji Mohd Yassin, SMK Dato’ Sri Amar DiRaja dan SMK Tun Perak.


Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Encik Sidek bin Md Said, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pontian.


Menurut Penyelaras Program, Encik Suhizulhisham Kliwon, Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor Unit Pengakap Remaja, program Eksplorasi Alam Rakan Muda ini bertujuan untuk membuka minda ahli pengakap dengan suasana dan pengalaman baharu melalui konsep pembelajaran melalui pengalaman berkonsepkan aktiviti belia. Objektif utama adalah untuk membentuk disiplin, memupuk kerjasama dengan menerapkan semangat sepasukan dalam aktiviti yang dijalankan. Selain itu, melalui program ini diharapkan sifat-sifat kepimpinan dapat diserapkan dalam diri peserta. Ia juga menjadi platform pendedahan kepada ahli pengakap berkaitan aktiviti Rakan Muda dapat disatukan dalam aktiviti berpengakap.


Album 1 Kem Eksplorasi Alam Rakan Muda

Album 2 Kem Eksplorasi Alam Rakan Muda


Slot Kembara Hutan merupakan salah satu aktiviti semasa Kem Eksplorasi Alam Rakan Muda 2022 anjuran Rakan Muda Negeri Johor dan Unit Remaja Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor yang telah diadakan di Kem Kaizen pada 2 hingga 3 Disember 2022.
Dikongsikan rakaman video yang telah disediakan oleh Ustaz Hafiz Bin Kamarudin, pemimpin kumpulan 08 Muar, SMK Dato’ Sri Amar DiRaja. Beliau merupakan salah seorang pemimpin yang bersama-sama dalam kem ini.

Dec 18, 2022

Majlis Penganugerahan Bintang dan Pingat PPM 2022

Sabtu, 17 Disember 2022 bertempat di Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya telah berlangsungnya Majlis Penganugerahan Bintang dan Pingat Persekutuan Pengakap Malaysia bagi tahun 2022. Seramai 39 orang penerima daripada PPM Negeri Johor hadir bagi menerima penganugerahan tersebut.

Tuan Bardin bin Uteh, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor menjadi penerima pertama pada majlis tersebut dengan dianugerahkan Bintang Semangat Rimba - Emas, diikuti dengan Pingat Perkhidmatan Gemilang, Pingat Perkhidmatan Cemerlang, Pingat Perkhidmatan Setia, Pingat Perkhidmatan Baik dan Sijil Kepujian Ketua Pengakap Negara.

Persekutuan Pengakap Malaysia merakamkan ucapan tahniah kepada semua penerima. Semoga dengan penerimaan anugerah ini, menjadi pemangkin kepada usaha-usaha yang lebih baik untuk ahli pengakap kita.

Tanpa ahli pengakap, tiada ertinya bagi seorang pemimpin.

Album Kenangan sepanjang majlis

https://photos.app.goo.gl/5xE6SqU6NTGKLFV37