Sep 29, 2023

Bengkel Profesional Pemimpin Organisasi 2023

 


Bengkel Profesional Pemimpin Organisasi
Anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor.
Untuk;
Pesuruhjaya Ibu Pejabat Pengakap Negeri Johor,
Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah - Pentadbiran (11 daerah),
Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah - Program (11 daerah).
6 hingga 7 Oktober 2023
Kem Jubli Intan, Tanjung Labuh, Batu Pahat, Johor.

Sep 23, 2023

Kursus Manikayu Peringkat III(1) Unit Pengakap Muda (PM) dan Unit Pengakap Kanak-kanak (PKK)

 


23 September 2023 - Kem Jubli Intan, Tanjung Labuh, Batu Pahat, Johor.
Kursus Manikayu Peringkat III(1) Unit Pengakap Muda (PM) dan Unit Pengakap Kanak-kanak (PKK) yang berlangsung selama 3 hari 2 malam melabuhkan tirainya tengahari ini.
Seramai 97 peserta yang terdiri daripada 5 sekawan unit PKK dan 5 patrol unit PM, 8 orang jurulatih serta 10 orang pembimbing menjadikan kursus manikayu III(1) ini menjadi kursus paling ramai pesertanya selepas tamat PKP yang pernah dianjurkan Pasukan Latihan Negeri Johor.
Ketua Kursus Unit Pengakap Muda, Tuan Kama Azhar bin Ab Karim dan Ketua Kursus Unit Pengakap Kanak-kanak, Tuan Tan Hsia Siong telah melaksanakan tugas sebaik mungkin dan menantikan kehadiran para peserta yang sama untuk siri Kursus Manikayu III(2) yang akan datang.
Perasmian penutupan Kursus Manikayu ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Ramli bin Ibrahim, Timbalan (1) Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri, Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor. Dalam ucapannya, beliau mengharapkan semua pemimpin yang mengikuti kursus manikayu ini dapat pulang ke kumpulan masing-masing, menjalankan tanggungjawab kepada ahli pengakap di kumpulan masing-masing. Menjadi pemimpin yang bertanggungjawab.
Syabas buat semua!
Timba ilmu di tempat yang betul!
Sekali berpengakap, selamanya berpengakap!








































Sep 13, 2023

PERTANDINGAN VIDEO KREATIF PENGAKAP JOHOR 2023

 



💥BERITA BAIK BUAT SEMUA AHLI PENGAKAP JOHOR 💥
Pertandingan Video Kreatif telah diperluaskan untuk semua Unit Pengakap
❇️Unit Pengakap Kanak-Kanak
❇️Unit Pengakap Muda
❇️Unit Pengakap Remaja
❇️Pemimpin Pengakap
Terdapat 18 Kategori akan dipertandingkan.
Jangan lepaskan peluang ini, untuk menonjolkan bakat anda.
🌟“Saya Bangga Jadi Ahli Pengakap”🌟
💡Ungkapan ini adalah ungkapan keramat bagi ahli pengakap.
📱Bersempena Sambutan Hari Pengakap Malaysia 2023. Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor akan menganjurkan:
🎬🎷📸PERTANDINGAN VIDEO KREATIF PENGAKAP JOHOR 2023 🎸🪗
⏰Tempoh Pertandingan 1 September 2023 hingga 30 September 2023
Tamat Jam 5.00 Petang.
🎞14 Kategori Pertandingan (Rujuk Site Pertandingan)
🎬Penyertaan secara Individu Pengakap Kanak-kanak, Pengakap Muda, Pengakap Remaja dan Pemimpin Pengakap Johor yang berdaftar tahun 2023.
💷Wang Tunai 🎁Hadiah🎗Sijil untuk di menangi🏵
💻Maklumat Lanjut Pertandingan :