Nov 19, 2023

Bengkel Perancangan Strategik & hala Tuju Persekutuan Pengakap Malaysia 2023



Pada 17 hingga 19 November 2023 telah berlangsungnya Bengkel Perancangan Strategik & hala Tuju Persekutuan Pengakap Malaysia di Grand Barakah Hotel, Ampang, Selangor.

 

3 orang peserta dari Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor telah mengikuti bengkel tersebut yang terdiri daripada Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri - Tuan Bardin bin Uteh, Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri PPM Negeri Johor (Profil Kepengakapan) – Puan Rosmah binti Abdullah dan Pesuruhjaya Ibu Pejabat Negeri PPM Negeri Johor – Puan Syairatul Nadiah binti Abdul Rahman.

 

Intipati bengkel adalah menilai dan membincangkan Perancangan Strategik PPM 2018-2023 untuk penambahbaikan bagi Perancangan Strategik PPM yang baharu, sesi 2024-2028. Seterusnya dipanjangkan perancagan strategik ini ke negeri-negeri dan daerah-daerah seluruh Malaysia. Selain itu, peserta bengkel juga diberi pendedahan kepada Sistem Maklumat Bersepadu yang bakal dijadikan sistem utama pendaftaran keahlian Persekutuan Pengakap Malaysia.







Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 3.2 Tahun 2023 Anjuran PLNJ

 



Pada 15 hingga 18 November 2023 telah berlangsungnya Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 3.2 anjuran Pasukan Latihan Pengakap Negeri Johor bagi Unit Pengakap Muda (15-18 November 2023) dan Unit Pengakap Kanak-Kanak (16-18 November 2023) di Kem Jubli Intan, Tanjung Labuh, Batu Pahat, Johor.
Ketua Kursus bagi Unit Pengakap Muda ialah Tuan Kama Azhar Bin Ab Karim, manakala Ketua Kursus bagi Unit Pengakap Kanak-kanak ialah Tuan Tan Hsia Siong.
Seramai 93 orang peserta terdiri daripada 47 orang peserta kursus Unit Pengakap Muda dan 46 orang peserta kursus Unit Pengakap Kanak-kanak. Kursus ini dikendalikan oleh 8 orang jurulatih dan 10 orang pembimbing. Kursus ini dibantu oleh 12 orang urusetia dan ahli pengakap kelana. Pasukan urusetia telah diketuai oleh Tuan Muhammad Nizam bin Mat Sariff.
Perasmian penutupan Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 3.2 ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Ramli bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri, Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor. Pada ucapan perasmian tersebut, beliau mengharapkan peserta dapat memohon tauliah pemimpin bagi peserta yang belum ada tauliah. Kerana pemimpin harus mengetahui tujuan serta kepentingan memiliki tauliah pemimpin. Selain itu beliau berharap agar pemimpin perlu memahami dan mematuhi tatacara yang betul bagi menguruskan sesuatu program, di samping bertanggungjawab memohon kebenaran terlebih dahulu daripada badan induk.





















Nov 4, 2023

Bengkel Profesional Pemimpin Organisasi PPM Negeri Johor 2023

4 November 2023 - Persekutuan Pengakapp Malaysia Negeri Johor telah mengadakan Bengkel Profesional Pemimpin Organisasi PPM Negeri Johor yang telah berlangsung selama 2 hari 1 malam bertempat di Kem Jubli Intan, Tanjung Labuh, Batu Pahat, Johor.

Peserta bengkel ini adalah terdiri daripada semua PIPN (Pesuruhjaya Ibu Pejabat Negeri Johor ), semua ADC Pentadbiran bagi 11 daerah dan semua ADC Program bagi semua daerah di Negeri Johor. Turut hadir Pengerusi Majlis Pengakap Kelana Negeri Johor yang baharu dan mantan Majlis Pengakap Kelana Negeri Johor.
9 slot dengan pengisian berbeza telah disampaikan oleh;
Slot 1 - Job Description PIPN
Tn Hj Ramli Ibrahim (Timbalan PPM Negeri Johor)
Slot 2 - Pengurusan Profil
Pn Rosmah Abdullah (ASC Profil Kepengakapan)
Slot 3 - Urustadbir PPMNJ
En Anuar Salleh (ASC Pentadbiran)
Slot 4 - Kualiti Pemimpin Pengakap
Tn Hj Abd Razak Idris (Timbalan PPM Negeri Johor)
Slot 5 - Tazkirah Maulidurrasul (Maghrib/Isya')
Ustaz Khairunizam
Slot 6 - Dasar dan Hala Tuju PPMNJ
En Bardin bin Uteh (SC PPM Negeri Johor)
Slot 7 - Job Description ADC Pentadbiran dan ADC Program
Tn Hj Abu Khan bin Misran (ASC Penaraf Pengakap Raja & Penilai BP Awards)
Slot 8 - Skim Latihan
En Kama Azhar Ab Karim (ASC Latihan)
Slot 9 - Strategi Perancangan Efektif PPMNJ
En Basri Efendi b Masri
Penolong Pengarah Pembangunan Bakat Murid,
Jabatan Pendidikan Negeri Johor
(ASC Global Inisiatif)
Bengkel profesional ini bertujuan memberi pendedahan dan penerapan prosedur kerja Pesuruhjaya Ibu Pejabat Negeri yang lebih khusus berhubung dengan bidang tugas serta peranan bagi melancarkan jentera pengurusan PPM Negeri Johor.
Di samping itu peserta dapat memahami dasar serta prosedur operasi pengurusan organisasi kepengakapan yang dipraktik selaras dan berkesan di segenap peringkat.
objektif program adalah membentuk pasukan pengurusan yang berkesan dan menguasai bidang tugasnya, mempraktikan kemahiran merancang serta bertindak selaras dengan matlamat organisasi dan merealisasi budaya kolaboratif bagi membentuk mutu kerja yang berkualiti tinggi.

Tahniah kepada pengarah program, Tuan Haji Ramli bin Ibrahim dan pasukan yang menggerakkan hingga terlaksananya bengkel ini dengan cemerlang dan matlamat tercapai!